Dekad kosmologi ( CÐ ) merupakan bahagian dalam hayat kosmos. Bahagian-bahagian itu bersaiz logaritma dengan asas 10. Setiap dekad kosmologi berturut-turut mewakili peningkatan 10 kali ganda dalam jumlah usia alam semesta.[1]
Diungkapkan dalam log(saat seÐekad)
Apabila CÐ disukat dalam log( saat/Ð ), CÐ 1 bermula pada 10 saat dan tempohnya 90 saat (hinggalah 100 saat selepas Waktu Sifar). CÐ 100, iaitu dekad kosmologi ke-100, tempohnya dari 10100 hingga 10101 saat selepas Waktu Sifar. CÐ bersamaan dengan Time Zero.
Epok CÐ −43.2683 adalah 10(−43.2683) saat, iaitu mewakili waktu Planck semenjak Letupan Besar (Waktu Sifar). Tidak terhingganya bilangan dekad kosmologi antara Letupan Besar dan epok Planck (atau bila-bila sahaja). Epok sekarang iaitu CÐ 17.6389, tempohnya 10(17.6389) saat, atau 13.798(37) bilion tahun, semenjak Letupan Besar.[2] Terdapat 60.9 dekad kosmologi antara epok Planck, CÐ −43.2683, dengan epok sekarang, CÐ 17.6389.
Diungkapkan dalam log(tahun seÐekad)
Dekad kosmologi boleh diungkapkan dalam tahun log sedekad. Dalam takrifan ini, dekad kosmologi ke-100 tempohnya 10100 tahun ke 10101 tahun selepas Waktu Sifar. Untuk menukar ke format ini, cuma bahagikan dengan saat setahun; atau dalam istilah logaritma, tolak 7.4991116 dari nilai-nilai yang tersenarai di atas. Oleh itu, apabila CÐ diungkapkan dalam log( tahun/Ð ), waktu Planck juga boleh diungkapkan sebagai 10(−43.2683 − 7.4991116) tahun = 10(−50.7674) tahun.
Dalam takrifan ini, epok semasa adalah CÐ (17.6355 − 7.4991116) atau CÐ 10.1364. Seperti yang disebut terdahulu, terdapat 60.9 dekad kosmologi antara epok Planck dengan epok sekarang.