Pentarikhan atau penentuan umur bahan-bahan yang dipetik dari rekod arkeologi boleh dilakukan dengan mengkaji artifak itu secara langsung, ataupun disimpulkan dengan perkaitan dengan bahan-bahan yang ditemui dalam konteks petikan bahan tersebut, atau disimpulkan mengikut titik penemuannya dalam urutan berkenaan dengan konteks-konteks yang boleh ditentu umurnya. Pentarikhan biasanya dilakukan selepas artifak digali keluar, tetapi demi mendukung amalan luhur, biasanya terdapat kerja pentarikhan awal yang serentak dengan penggalian iaitu "spot dating". Pentarikhan itu penting sekali dalam bidang kaji purba untuk membentuk gambaran zaman lampau kerana ia bersandarkan keutuhan benda-benda dan contoh-contoh yang boleh ditentu umur. Kerja pentarikhan didalami oleh pelbagai cabang ilmu sains arkeologi.
Kaedah pentarikhan
Kaedah mutlak
Kaedah-kaedah pentarikhan mutlak bersandarkan penggunaan ciri-ciri fizikal sesebuah benda atau contoh untuk menghitung umurnya. Contoh-contohnya:
- Pentarikhan radiokarbon – untuk mentarikhkan bahan organik (hidupan)
- Dendrokronologi – untuk mentarikhkan pokok dan benda buatan kayu, tetapi juga penting untuk menentukur tarikh radiokarbon
- Pentarikhan termopendarcahaya – untuk mentarikhkan bahan bukan organik termasuk tembikar
- Pendarcahaya rangsangan optik atau pentarikhan optik – untuk aplikasi arkeologi
- Pentarikhan kalium–argon – untuk mentarikhkan tinggalan hominid (rumpun manusia) terfosil
- Pentarikhan arkeomagnetik – perdiangan api berlapik tanah liat mengikut momen magnetik yang menghala ke Kutub Utara sesekali dinyala lalu dibiarkan menyejuk. Kedudukan Kutub Utara untuk kali terakhir perdiangan digunakan boleh ditentukan dan dibandingkan dengan carta-carta lokasi dan tarikh yang diketahui[1]
- Pentarikhan kakisan plumbum[2]
- Pentarikhan asid amino[3][4][5][6]
- Pentarikhan penghidratan obsidian - kaedah geokimia untuk menentukan umur secara mutlak mahupun relatif terhadap artifak buatan obsidian
- Pentarikhan penghidroksilan semula - untuk mentarikhkan bahan seramik[7]
Kaedah relatif
Kaedah-kaedah relatif atau tidak langsung sering menggunakan perkaitan yang terbentuk daripada jasad pengetahuan kaji purba. Contohnya, penderetan. Walau bagaimanapun, kaedah relatif bersandarkan ikatan dengan pentarikhan mutlak dengan rujukan ke masa kini. Contohnya, dendrokronologi yang menggunakan proses mengikat kronologi kasar gelang pokok dengan merujuk silang bahan karya sedia ada.
Secara amali, sesetengah kes memerlukan penggunaan berbilang jenis teknik pentarikhan sekali gus, maka pentarikhan bukti untuk kebanyakan urutan arkeologi yang tercatat sewaktu penggalian memerlukan pemadanan maklumat dari kaedah-kaedah mutlak atau berkaitan dengan penelitian perhubungan stratigrafi.
Penanda bertulis
- Epigrafi – analisis catatan dengan mengenal pasti abjad tulisan, menjelaskan erti, mengelaskan kegunaannya mengikut tarikh dan konteks budaya, dan membuat kesimpulan tentang tulisan itu dengan penulisnya
- Paleografi – kajian penulisan purba, termasuk amalan mentafsir, membaca dan mentarikhkan naskhah-naskhah bersejarah
- Numismatik – kebanyakan syiling terukir tarikh pengeluarannya, ataupun penggunaannya ternyata dalam rekod sejarah
Rujukan
- ^ Eighmy, Jeffery, Sternberg, Robert (editors) (1990). ""Archaeomagnetic Dating."". Tucson: The University of Arizona Press.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Profesor Kimia Shimon Reich, seorang pakar keberaliran lampau telah menunjuk cara suatu kaedah pentarikhan artifak berasaskan ciri-ciri magnetik plumbum. Reich dan rakan-rakan sejawatnya mendapati bahawa pada suhu kriogenik, plumbum menjadi pengalir lampau, tetapi hasil kakisan yang terbentuk dari berabad-abad pendedahan kepada udara dan air (plumbum oksida dan plumbum karbonat) tidak mengalir lampau. Berdasarkan ukuran magnetik dan perbandingan dengan artifak-artifak yang diketahui berumur sehingga 2,500 tahun (berasaskan kaedah lain), mereka bertiga menunjukkan bahawa jasad hasil kakisan plumbum berkadar langsung dengan umur sesebuah benda (Reich, S.; Leitus, G.; Shalev, S. (28 Julai 2003). "Measurement of corrosion content of archaeological lead artifacts by their Meissner response in the superconducting state; a new dating method". New Journal of Physics. 5, 99. Dicapai pada 19 Mac 2014.CS1 maint: date and year (link))
- ^ http://arjournals.annualreviews.org/doi/abs/10.1146/annurev.ea.13.050185.001325
- ^ Kinetics of amino acid racemization (epimerization) in the dentine of fossil and modern bear teeth Laureano Canoira, Maria-Jess Garca-Martnez, Juan F. Llamas, Jos E. Ortz, Trinidad De Torres International Journal of Chemical Kinetics 35(11):576-591 (2003)
- ^ [APPLICATIONS OF AMINO ACID RACEMIZATION]
- ^ 2008 [1] Diarkibkan 2015-01-22 di Wayback Machine quote: [results provide a compelling case for applicability of amino acid racemization methods as a tool for evaluating changes in depositional dynamics, sedimentation rates, time-averaging, temporal resolution of the fossil record, and taphonomic overprints across sequence stratigraphic cycles.]
- ^ "Fire And Water Reveal New Archaeological Dating Method". Science Daily. May 25, 2009. Dicapai pada 2009-05-26.
A team from the University of Manchester and the University of Edinburgh has discovered a new technique which they call 'rehydroxylation dating' that can be used on fired clay ceramics like bricks, tile and pottery.