Republik Seychelles ريڤوبليك سيشيل Republic of Seychelles République des Seychelles Repiblik Sesel | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Finis Coronat Opus" (bahasa Latin) "Hasil menghiasi kerja" | |||||
Lagu kebangsaan: Koste Seselwa | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Victoria | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris Bahasa Perancis Kreol Seisela | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Wavel Ramkalawan | ||||
Ahmed Afif | |||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 459 km2 (177 bt2) (ke-181) | ||||
negligible | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 94,228[1] (ke-195) | ||||
205.3/km2 (531.7/sq mi) (ke-67) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $2.919 bilion[2] | ||||
$30,486[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2 | ||||
• Jumlah | $1.564 bilion[2] | ||||
Gini (2013) | 46.8[3] tinggi | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.801[4] sangat tinggi · ke-62 | ||||
Mata wang | Rupee Seychelles ( SCR ) | ||||
Zon waktu | UTC+4 (SCT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+4 (tidak diperhatikan) | ||||
Kod panggilan | 248 | ||||
Kod ISO 3166 | SC | ||||
DPT internet | .sc |
Republik Seychelles (Perancis: [sɛʃɛl][5][6][7] atau [seʃɛl][8] bahasa Kreol: Repiblik Sesel) adalah sebuah negara kepulauan di tengah Lautan Hindi, sekitar 1.600 km sebelah timur daratan Afrika, dan sebelah timur laut Madagaskar. Negara dan wilayah tetangganya ialah Mauritius dan Réunion di sebelah selatan, Comoros dan Mayotte. di barat daya, dan Kepulauan Maldives di timur laut.
Sejarah
Penamaan
Kepulauan ini dinamakan para peneroka Perancis sempena Jean Moreau de Séchelles, seorang negarawan yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Raja Louis XV.[9]
Zaman penerokaan
Pulau ini langsung tidak pernah dihuni mana-mana manusia sehinggalah abad ke-16, apabila sebuah armada Portugis diketuai Vasco da Gama menemui Pulau Silhouette dan Pulau Desroches pada 15 dan 16 Mac 1503, sepertimana yang dicatat Thomé Lopes.
Zaman moden
Negara ini dimerdekakan sebagai suatu republik pada tahun 1976, ia turut menyertai Alam Komanwel pada tahun sama.[10]
Suatu rampasan kuasa diketuai France Albert René menggulingkan pemerintahan presiden pertama James Mancham pada tahun 1977.[11] Perlembagaan yang digubal rejimnya menjadikan ia suatu negara ekaparti sehingga 1991.
Pentadbiran
Daerah pentadbiran
Seychelles terbahagi menjadi 23 daerah:
Geografi
Seychelles ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Laut Somali, di timur laut Madagascar dan kira-kira 835 bt (1,344 km) dari Mogadishu, ibu negara Somalia.[12] Dalam perlembagaan negara, Seychelles memiliki 155 buah pulau bernama,[13] tetapi kebanyakannya tak berpenghuni serta dijadikan rizab alam. Keluasan tanah negara ialah 452 km2 (175 bt2), dengan zon ekonomi ekslusif seluas 1,336,559 km2 (516,048 bt2). Kira-kira 90 peratus penduduk (kira-kira 90 ribu orang) menetap Mahé, 9 peratus lagi di Praslin dan La Digue. Mahé merangkumi kira-kira sepertiga keluasan tanah negara, dan sepertiga lagi dirangkumi pulau Aldabra.[14]
Iklim Seychelles adalah sederhana tetapi agak lembap disebabkan oleh saiz pulau yang kecil,[15] dan dikelaskan sebagai iklim hutan hujan tropika (Af). Suhu persekitaran berjulat sedikit sahaja sepanjang tahun. Suhu persekitaran Mahé boleh daripada 24 hingga 30 °C (75 hingga 86 °F), dan taburan hujan adalah 2,900 mm (114 in) secara tahunan di Victoria ke 3,600 mm (142 in) di kaki gunung. Taburan hujan di pulau-pulau lain adalah sedikit lebih rendah.[16]
Ekonomi
Ekonomi Seychelles secara utamanya berdasarkan perikanan, pelancongan, pemprosesan hasil pertanian, binaan kapal, perabot dan minuman.[17][18] Hasil-hasil pertanian negara termasul kayu manis, keledek, ubi kayu, pisang, ternakan poltri dan tuna.[17][18]
Rujukan
- ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
- ^ a b c "Seychelles". Tabung Kewangan Antarabangsa. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Jun 2017.
- ^ "GINI index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2018. Dicapai pada 20 Januari 2018.
- ^ "2019 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
- ^ "Seychelles – English translation in German – Langenscheidt dictionary French-German" (dalam bahasa Inggeris, Jerman, dan Perancis). Dicapai pada 29 December 2018.
- ^ "Traduction: Seychelles - Dictionnaire français-anglais Larousse" (dalam bahasa Inggeris dan Perancis). Dicapai pada 29 December 2018.
- ^ "Seychelles | French » English | PONS" (dalam bahasa Inggeris dan Perancis). Dicapai pada 29 December 2018.
- ^ "English Translation of "Seychelles" | Collins French-English Dictionary" (dalam bahasa Inggeris dan Perancis). Dicapai pada 29 December 2018.
- ^ "Our History". National Assembly of Seychelles. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 12 Mei 2012.
- ^ "History of Seychelles". seychelles.com. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2010. Dicapai pada 9 September 2010.
- ^ Joanna Symons (21 March 2005). "Seychelles: Life's a breeze near the equator" Diarkibkan 4 Mei 2018 di Wayback Machine. Telegraph.co.uk.
- ^ Werema, Gilbert. "Safeguarding Tourism and Tuna: Seychelles’ Fight against the Somali Piracy Problem." (2012).
- ^ "Constitution of Seychelles". seylii.org.
- ^ "Geography of Seychelles - Archive - Seychelles Nation". www.nation.sc. Dicapai pada 2020-05-26.
- ^ "Background Note: Seychelles". state.gov. U.S. Department of State. Dicapai pada 25 Mei 2010.
- ^ "Climate". STGT.com. Stuttgart Information. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2012. Dicapai pada 23 Mac 2012.
- ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". Dicapai pada 11 Jun 2015.
- ^ a b "The World Factbook". Dicapai pada 11 Jun 2015.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seychelles |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Seychelles. |
- (Inggeris) Situs resmi Diarkibkan 2006-08-22 di Wayback Machine
- (Inggeris) Galeri foto Diarkibkan 2006-01-11 di Wayback Machine