Pilihan raya kecil Parlimen Kemaman 2023 ialah pilihan raya kecil ketiga selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang bakal diadakan pada 2 Disember 2023.[1][2] Pilihan raya ini diadakan berikutan kemenangan penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan oleh mahkamah yang menyebabkan kekosongan kerusi.[3]
Keputusan pilihan raya ini menyaksikan kemenangan calon PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220.[4]
Calon PAS yang juga penyandang, Che Alias Hamid memenangi kerusi Kemaman dalam pilihan raya umum Malaysia 2022.[5]
2023
3 Januari
Seorang pengundi, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil[6] memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 di Mahkamah Pilihan Raya Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Petisyen dibantah oleh penyandang, Che Alias.
13 Februari
Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Wan Mohamad Hisham apabila membenarkan bantahan awal oleh penyandang berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah. Keputusan dirayu oleh pempetisyen.[3]
2 Mei
Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.[3]
26 September
Hakim Mahkamah Tinggi, Anselm Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil, dan membatalkan kemenangan penyandang.[3]
3 Oktober
PAS memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen.[7]
17 Oktober
Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya.