![]() | |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Kerusi Nenggiri di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | |||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengundi hadir | 73.88% | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil Nenggiri 2024 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri Kelantan ke-15. Pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos 2024 berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Amar bin Abdullah.
Latar belakang
DUN Nenggiri ditandingi dalam pilihan raya negeri 2023 dan diwakili oleh Mohd Azizi Abu Naim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN)[1]. Pada 7 November 2023, Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan yang berseteru dengan PN, tanpa keluar daripada partinya.[2]
Pada Mac 2024, Bersatu telah mengadakan perhimpunan agung khas bagi meminda perlembagaannya bagi menilai semula fasal pemberhentian dan pemecatan ahlinya[3], dan diluluskan pendaftar pertubuhan pada 1 April 2024.[4]
Pada 13 Jun 2024, keanggotaan Mohd Azizi dalam Bersatu terhenti, dan pada 19 Jun 2024, Yang Dipertua DUN Kelantan mengisyitharkan DUN Neggiri telah dikosongkan.[5]
Garis masa
Tarikh penting disenaraikan di bawah
Tarikh | Peristiwa |
---|---|
13 Jun 2024 | Notis kekosongan daripada Bersatu |
19 Jun 2024 | DUN Nenggiri diisytiharkan kosong |
28 Jun 2024 | Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya |
3 Ogos 2024 | Hari penamaan calon |
3 - 17 Ogos 2024 | Tempoh berkempen pilihan raya |
13 Ogos 2024 | Hari mengundi awal |
17 Ogos 2024 | Hari mengundi & pengumuman keputusan |
Calon
Barisan Nasional
Barisan Nasional mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani. Pengumuman calon disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub di Dewan UMNO Negeri, Kota Bharu pada 18 Julai 2024.[6]
Perikatan Nasional
Perikatan Nasional pada asalnya mahu meletakkan calon dari PAS namun dibantah oleh Bersatu sehingga terpaksa menamakan anggota Bersatu yang baru iaitu bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon untuk memindah parti dari PAS ke Bersatu. Pengumuman calon disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud di Renok, Gua Musang pada 26 Julai 2024.[7] Walaupun calon telah memindah parti dari PAS ke Bersatu, Gabungan Perikatan Nasional masih bertanding atas tiket PAS dan mengunakan logo PAS.
Keputusan
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani | 9,091 | 61.35 | ▲ 14.61 | |
PAS | Mohd Rizwadi Ismail | 5,739 | 38.65 | ▼ 14.61 | |
Jumlah undi sah | 14,830 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 135 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | 3 | ||||
Keluar mengundi | 14,968 | 73.88 | ▲ 12.79 | ||
Pemilih berdaftar | 20,259 | ||||
Majoriti | 3,352 | 22.70 | ▲ 16.08 | ||
BN ambil alih dari PAS | Unjuran | ? | |||
Keputusan terdahulu
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PAS | Mohd Azizi Abu Naim | 6,517 | 53.31 | ▲ 8.82 | |
BN | Ab Aziz Yusoff | 5,707 | 46.69 | ▼ 1.87 | |
Jumlah undi sah | 12,224 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 120 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | 7 | ||||
Keluar mengundi | 12,351 | 61.09 | ▼ 17.19 | ||
Pemilih berdaftar | 20,219 | ||||
Majoriti | 810 | 6.62 | |||
PAS ambil alih dari BN | Unjuran | ? | |||
Sumber |
Rujukan
- ^ "PRU15: Ku Li tewas selepas 12 penggal pertahan Gua Musang". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ "Demi rakyat Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi daripada PN isytihar sokong Anwar". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ Zain, Nizam (2024-03-02). "Perhimpunan Agung Khas Bersatu lulus pindaan Perlembagaan - Muhyiddin". MalaysiaGazette. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ MOHAMAD, SITI AISYAH (2024-04-02). "RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ Osman, Muhammad Azizul (2024-06-19). "DUN Nenggiri diisytiharkan kosong". MalaysiaGazette. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ "Mohd Azmawi Fikri calon BN untuk PRK Nenggiri". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-04.
- ^ KAMARUDIN, HAZELEN LIANA (2024-07-29). "Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang calon PN PRK Nenggiri". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-08-04.
- ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bagi Kelantan" (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2023-08-29. Dicapai pada 2024-05-13.CS1 maint: date and year (link)