
Negara dikelilingi daratan (juga dikenali sebagai negara tidak berpantai dan negara tanpa laut)[1] ialah negara berdaulat yang dikelilingi oleh daratan atau pesisir pantainya hanya terletak di laut tertutup. Pada masa kini, terdapat 44 buah negara berdaulat dan lima negara yang sebahagiannya diiktiraf merupakan negara dikelilingi daratan.
Daripada negara-negara tersebut, hanya Bolivia dan Paraguay yang berada di luar kawasan Afro–Eurasia (Dunia Lama), Liechtenstein dan Uzbekistan merupakan negara yang dikelilingi oleh negara dikelilingi daratan yang lain, manakala Kota Vatikan, Lesotho dan San Marino dikelilingi oleh satu negara sahaja (enklaf).
Senarai negara dan wilayah
Afghanistan
Andorra
Armenia
Artsakh[a]
Austria[b]
Azerbaijan[c]
Belarus
Bhutan
Bolivia[d]
Botswana
Burkina Faso
Burundi[e]
Chad
Eswatini
Habsyah[e]
Hungary[b]
Kazakhstan[e]
Kosovo[a]
Kota Vatikan
Kyrgyzstan
Laos
Lesotho
Liechtenstein
Luxembourg
Macedonia Utara
Malawi
Mali
Moldova[b]
Mongolia
Nepal
Niger
Ossetia Selatan[a]
Paraguay[d]
Republik Afrika Tengah
Republik Czech[b]
Rwanda[e]
San Marino
Serbia[b]
Slovakia[b]
Sudan Selatan[e]
Switzerland
Tajikistan
Transnistria[a]
Tebing Barat[a]
Turkmenistan[c]
Uganda[e]
Uzbekistan[f]
Zambia
Zimbabwe
- a Negara atau wilayah dengan pengiktirafan terhad.
- b Negara yang mempunyai capaian ke Laut Hitam melalui sungai Danube.
- c Negara yang mempunyai capaian ke Laut Kaspia.
- d Negara yang mempunyai capaian ke Lautan Atlantik melalui laluan air di sungai-sungai Paraguay, Paraná dan Plata.
- e Negara yang mempunyai capaian ke Laut Mediterranean melalui sungai Nil.
- f Negara yang mempunyai capaian ke Laut Aral.
Rujukan
- ^ "Carian: landlocked". prpmv1.dbp.gov.my. Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 21 Februari 2018.