Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Najis dari segi perspektif Islam boleh didefinasikan kepada tiap-tiap benda yang kotor iaitu tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat ia mengerjakan solat.
Kejadian Najis terbahagi tiga
a. Keluar dari Qubul atau Dubur dalam keadaan cair atau lembut.
- Contoh najis yang keluar daripada qubul atau dubur :
- Tahi
- Air kencing
- Air mani anjing/babi atau keturunannya.
b. Keluar daripada saluran lain.
- Contoh najis yang keluar daripada saluran lain :
- Muntah
- Air liur basi
c. Benda-benda lain yang telah ditetapkan.
- Contoh najis yang telah ditetapkan hukumnya :
- Darah
- Nanah
- Danur
- Susu binatang yang tidak boleh dimakan
- Arak
- Tiap-tiap benda yang cair dan memabukkan (bukan jenis beku dan keras)
- Anjing dan semua keturunannya
- Babi dan semua keturunannya
- Semua jenis bangkai
Bangkai-Bangkai yang tidak najis
- Mayat Manusia
- Bangkai Ikan
- Bangkai Belalang
Bahagian-bahagian najis
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu najis mughallazah (najis berat) najis mukhaffafah (najis ringan), dan najis mutawassitah (najis sederhana).
Najis Mughallazah (Berat)
Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang terjadi daripadanya. Cara menyucikan najis mughallazah:
- Bersihkan bahagian yang terkena najis.
- Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
- Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan rasa.
Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."
Najis Mukhaffafah (Ringan)
Najis mukhaffafah ialah najis ringan. Najis mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibu. Cara menyucikan najis mukhaffafah:
- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.
Najis Mutawassitah (Pertengahan)
Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali mayat manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
- Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
- Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
Najis-najis lain
Selain tiga jenis najis di atas, masih terdapat satu najis lagi iaitu "Najis Ma'fu" (najis yang dima'afkan), contohnya nanah atau darah yang cuma sedikit, atau air kotor yang memercik sedikit dan sulit dihindarkan.
Mengenai basuhan
Cara Membasuh Yang Betul
- Membasuh semua benda-benda yang najis ialah dengan cara dijurus atau dilalukan air padanya.
Cara Membasuh Yang Salah
- Sediakan satu bekas air mutlak yang sedikit.
- Celupkan benda yang najis itu berkali-kali di dalamnya seperti membasuh ikan atau daging dan sebagainya.