Babi بابــي | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Filum: | Kordata
|
Subfilum: | Vertebrat
|
Order: | Artiodactyla
|
Keluarga: | Suidae
|
Genus: | Sus
|
Spesies: | sila lihat bawah
|
Subspesies: | Pelbagai spesies:
Sus barbatus Sus bucculentus Sus cebifrons Sus celebensis Sus domesticus Sus heureni Sus philippensis Sus salvanius Sus scrofa Sus timoriensis Sus verrucosus |
Sinonim[1] | |
|
Babi (Jawi: بابي ), khinzir (Jawi: خنزير ) atau bayi (Brunei)[2] ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi adalah binatang maserba, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.[3]
Biologi
Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.[4] Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies. Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baharu.[5] Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling. Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.[6]
Babi memiliki muncung sebagai hidung, mata kecil, dan ekor yang kecil, yang mungkin bergelung, berkedut, atau lurut. Ia memiliki badan yang montok, kaki pendek, dan bulu kasar. Terdapat empat jari pada setiap kaki, dengan dua jari tengah besar yang digunakan bagi berjalan.[7] Babi memiliki set penuh 44 batang gigi. Gigi taring, dipanggil gading, tumbuh berterusan dan ditajamkan dengan gading atas dan bawah bergesel sesama sendiri.[8]
Babi adalah maserba, yang bererti babi memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan. Babi akan makan bangkai dan diketahui makan sebarang jenis makanan, termasuk serangga mati, cacing, kulit pokok, bangkai reput, sampah, malah babi lain. Secara liar, mereka merupakan haiwan meragut, terutamanya makan daun, rumput, akar, buah dan bunga. Kadang kala semasa dalam kurungan, babi mungkin makan anak mereka sendiri sekiranya ia tertekan. Babi biasa memiliki kepala yang besar dengan muncung panjang yang diperkukuhkan dengan tulang prenasal khas dan dengan gelung rawan pada muncungnya.[8] Muncungnya digunakan bagi menggali tanah bagi mencari makanan dan merupakan organ deria amat sensitif.
Sudut pandang
Agama
Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah Al-An'am Ayat 145)
Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Di kalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Kitab Imamat, Bab 11, Ayat 7& 8:
- "Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam Kitab Ulangan, Bab 14, Ayat 7 & 8, Kitab Yesaya, Bab 65, Ayat 2 to 4: , dan Kitab Yesaya, Bab 66, Ayat 17.
Bangsa
Dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi dianggap hina dan gelaran babi ialah satu gelaran buruk. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama babi turut dianggap bernilai sebagai mata wang dalam sesetengah masyarakat seperti puak asli di Papua New Guinea. Babi juga terkenal dalam masyarakat cina, yang mana Tahun Babi dimasukkan ke dalam kalendar cina. Epik cina yang terkenal, Perjalanan ke Barat juga mengandungi watak babi yang dikenali sebagai Zhū Wùnéng.[perlu rujukan]
Selain itu, babi juga dianggap sebagai hidangan istimewa oleh Orang Cina dan Orang Jerman yang menjadikannya sebagai hidangan istimewa. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi.[perlu rujukan]
Hidangan
Beberapa contoh makanan yang mengandung babi:
- Babi panggang merah (manis) khas Cina
- Babi panggang putih (masin) khas Cina
- Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Cina (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)
- Kitoba (hirisan bagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus. Untuk menikmatinya harus dicelupkan ke dalam cuka kabung yang disediakan khas Cina Bogor.
- Sate babi: sama seperti daging sate pada umumnya namun tusukannya lebih besar dan rasanya manis.
- Ngo hiang: Daging babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tahu tipis.
- Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis kerana kecap manis.
- Bak kut teh: Hidangan khas masyarakat Cina yang merupakan campuran dari sayur jeruk masin dan sumsum tulang babi.
- Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli
- Babi rica-rica: Daging babi olahan khas Manado yang rasanya sangat pedas.
- Babi guling: Olahan daging babi khas Bali
- Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.
-
Bak kut teh
-
Babi guling
-
Char siu (babi panggang merah)
-
Ham babi
-
Sumsum babi dengan sayur
Kesihatan
Babi diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, termasuk sebagai inang berkembangnya virus H5N1, virus flu burung yang sangat berbahaya, kemudian babi menularkannya kepada manusia. Selain itu sistem biokimia babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya, menyebabkan ia haiwan yang sangat kotor[9].
Perladangan
Perladangan moden babi boleh didapati di seluruh Eropah dan berkembang ke Asia seperti Indonesia, Malaysia dan Jepun. Najis babi yang dilepaskan (seperti New Zealand) dikenal pasti sebagai menyebabkan kerosakan yang amat teruk kepada alam sekitar[10] [11]. Di Australia, para bijak pandai saintis memberi amaran babi-babi yang mengancam peladang dan alam sekitar. Pakar di Queensland mengatakan populasi babi yang tidak terkawal menyebabkan kerosakan tak terkata terhadap tanaman dan mengancam hidupan liar. Terdapat 23 juta babi di Australia yang bermaksud lebih babi dari penduduk Australia[12].
Pembiakan
Babi yang dibenarkan meragut boleh digembala oleh penggembala babi. Oleh kerana keupayaan meragut mereka dan deria bau mmereka yang kuat, babi digunakan bagi mencari truffle dikebanyakan negara Eropah. Babi ternakan biasanya diternak oleh peladang bagi dagingnya (dikenali sebagai "pork"), dan juga bagi kulitnya. Bulu kasar babi juga digunakan sebagai bulu berus. Sesetengah penternak babi, seperti babi perut buncit Asia ("Asian pot-bellied"), dijaga sebagai haiwan peliharaan.
Pembiakan berlaku spenjang tahun di kawasan tropika, tetapi kelahiran memuncak sekitar musim hujan. Babi betina mampu bunting sekitar usia 8-18 bulan. Ia kemudian kembali subur setiap 21 hari jika tidak mengawan. Babi jantan menjadi aktif seksual sekitar usia 8-10 bulan.[8] Anak-anak babi biasanya sekitar 6 hingga 12 ekor.[13] Selepas anak babi berhenti menyusu, dua atau tiga keluarga mungkin berkumpul sehingga musim mengawan berikutnya.
Babi tidak memiliki kelenjar peluh yang berfungsi,[14] dengan itu babi menyejukkan diri mereka dengan berendam dalam air atau lumpur semasa musim panas. Babi juga menggunakan lumpur sebagai satu bentuk pelindung matahari bagi mengelakkan kulit mereka dari selaran matahari. Lumpur turut memberikan perlindungan terhadap lalat dan parasit lain.[13]
Rujukan
- ^ Groves, Colin P. (1995). "On the nomenclature of domestic animals". Bulletin of Zoological Nomenclature. 52 (2): 137–141. doi:10.5962/bhl.part.6749. Biodiversity Heritage Library
- ^ "bayi II". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ The 10 smartest animals - How do humans compare to other intelligent creatures? - Pigs are wise ... and clean
- ^ (Inggeris) Why Pig Organs Could Be the Future of Transplants.
- ^ (Inggeris) New pig virus found to be a potential threat to humans., May 14, 2018 by Misti Crane, The Ohio State University.
- ^ (Inggeris) Tapeworm infection - beef or pork.
- ^ Feral Pig / Hog / Pig / Wild Boar Hunting
- ^ a b c ADW: Sus scrofa: Information
- ^ Disarikan oleh Mulyorini Rahayuningsih bersumber dari Ibrahim Ali Ahmad, "Mengapa babi haram?" Diarkibkan 2008-05-18 di Wayback Machine, Jurnal Halal Edisi 58, 2006
- ^ Alien Species Threaten Hawaii's Environment.
- ^ Introduced Birds and Mammals in New Zealand and Their Effect on the Environment.
- ^ Australia diancam babi liar, BBC, 13 Oktober 2007
- ^ a b "Pigs (2006)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-29. Dicapai pada 2009-08-04.
- ^ Managing Heat Stress In Outdoor Pigs