Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Zihar ia perbuatan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan.[1] Ia biasanya menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Hukum
Zihar hukumnya haram. Ini bermakna lelaki yang menziharkan isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang halal. Perbuatan zihar sekali imbas dapat dilihat seakan-akan ila’ kerana kedua-duanya adalah satu pernyataan untuk tidak bersetubuh dengan isteri dan persetubuhan hanya boleh dilakukan setelah membayar kifarat (denda).
Syarat-syarat zihar
- Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
- Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
- Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
- Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
- Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
- Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Bentuk bentuk Zihar
Zihar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
- Zihar mutlak seperti kata suami kepada isterinya, “Kamu seperti ibu aku” atau “Hidung kamu seperti hidung ibu aku”.
- Zihar secara taklik seperti kata suami kepada isterinya, “Kalau kamu pakai blouse tu, aku nampak kamu macam adik perempuanku”.
- Zihar sementara seperti kata suami kepada isteri, “Pada bulan puasa, kamu macam ibuku”.
Kesan menutur perkataan sedemikian
Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Kifarat bagi zihar
Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
- Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
- Berpuasa dua bulan berturut-turut.
- Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.