MASJID UBUDIYAH AYER KEROH, MELAKA.
(Masjid Kariah Ayer Keroh) مسجد عبوديه، اير كروه، ملاك | |
---|---|
Maklumat am | |
Siap dibina | Tahun 1985 |
Dibuka pada | Tahun 1985 |
Maklumat pentadbiran | |
Dimiliki oleh | Nombor Pendaftaran Masjid No.Daftar: MY-04-MT-00111 Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri
Daerah Parlimen DUN Poskod | Melaka
Hang Tuah Jaya Ayer Keroh 75450 |
Nama Kariah | Kariah Ayer Keroh |
Lokasi | Masjid Ubudiyah Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, 75450, Ayer Keroh, Melaka,Malaysia. |
Maklumat pembinaan | |
Gaya seni bina | Senibina Islam |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Kapasiti jemaah | >1,000 orang |
Laman sesawang | |
https://www.facebook.com/masjid.ubudiyyah Facebook Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka | |
sunting |
Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka | ||
---|---|---|
imej:Masjid-tiada | ||
Status | Masjid Kariah Ayer Keroh | |
Negeri | Melaka | |
Daerah | Melaka Tengah | |
Parlimen | Hang Tuah Jaya | |
DUN | Ayer Keroh | |
Senarai Pegawai Syarak Masjid(2024) | ||
IMAM 1 | TUAN IMAM YAZID BIN LANAK(2024) | |
IMAM 2 | TUAN IMAM ABUZAR BIN HJ.MOHD ARIFF(2024) | |
IMAM RAWATIB | TUAN IMAM USTAZ MOHAMED ZULKARNAIN BIN HJ.ISMAIL(2024) | |
IMAM RAWATIB | TUAN IMAM AHMAD AKMAL BIN HJ.JOHARI(2024) | |
BILAL | TUAN BILAL KAPT(B)HJ.ISMAIL BIN MOHAMAD(2024) | |
BILAL | TUAN BILAL HJ.HASSAN BIN MAT ZAIN(2024) | |
BILAL | TUAN BILAL MUHAMMAD HARITH BIN ISMAIL(2024) | |
NOJA | TUAN NOJA MOHD NAZERI BIN TUKIMAN(2024) | |
PENGURUS JENAZAH WANITA | PUAN HJH.HAMIMAH BINTI HJ.ARIP(2024) | |
PENGURUS JENAZAH WANITA | PUAN HJH.NORLIDA BINTI BIDIN(2024) | |
Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh Mufti Negeri Melaka ketika itu, Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim |
Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka merupakan 'Masjid Kariah Ayer Keroh', lokasinya berada di 'Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Ayer Keroh, Melaka'. Masjid ini terletak didalam 'Daerah Melaka Tengah' di 'Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah'.
Memiliki Nombor Pendaftaran Masjid No.Daftar:MY-04-MT-00111.
Sejarah 'Masjid Ubudiyah' ini bermula dari sebuah bangunan surau yang dibina di tapak tanah yang disediakan oleh 'Pihak Pemaju' di kawasan perumahan Ayer Keroh Heights.
Sebelum itu, sebuah rumah teres di Lorong Setia 7, Taman Ayer Keroh Heights telah disewa dan dijadikan sebagai surau sementara.
Setelah ianya siap dibina pada Tahun 1984, Surau ini terus dimakmurkan dan diimarahkan bersama.
Kira-kira pada akhir Tahun 1984, Surau ini mula diperbesarkan bangunannya, dan pada Tahun 1985 ia telah dinaiktaraf dari sebuah Surau ke sebuah 'Masjid' serentak dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), mewujudkan satu lagi kariah baru iaitu 'Kariah Ayer Keroh'.
Dimana sebelumnya, kawasan perumahan Ayer Keroh Heights terletak di bawah 'Kariah Bukit Katil'.
Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh 'Mufti Negeri Melaka' ketika itu, (Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim).[1]
Sejarah Masjid
Tahun 1980
ditakdirkan Allah Subhanahu wa ta'ala, pada tahun 1980, telah bermulanya penghijrahan penduduk yang beragama Islam ke taman perumahan di kawasan Ayer Keroh Heights, Melaka. Ketika itu, kesedaran dan keimanan yang tinggi telah mula timbul dikalangan penduduk Islam, diatas keperluan dan kefardhuan sebagai Ummat Islam supaya diwujudkan tempat untuk muslimin dan muslimat dapat berkumpul bersama-sama, khasnya bagi mendirikan Solat Fardhu Berjemaah.
Asbab fikir tentang keadaan pada waktu itu, dan setelah berbincang dan bermesyuarat bersama, ianya telah mendapat persetujuan dan juga kesepakatan, 'Lembaga Surau Sementara' telah ditubuhkan, dan Saudara Ismail bin Jaafar (seorang Pegawai Kastam DiRaja, Melaka) telah dilantik sebagai Pengerusi. Waktu itu sebuah rumah teres di Lorong Setia 7 telah disewa dan dijadikan sebagai surau sementara.
Surau sementara ini telah mula dimakmurkan bersama dan pada masa yang sama, atas kebenaran Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), Lembaga Surau telah bergerak memohon sumbangan derma ikhlas untuk membina bangunan sebuah surau di atas tapak tanah yang disediakan oleh 'Pihak Pemaju' di kawasan Ayer Keroh Heights.
Kira-kira pada tahun 1984, dengan dana terkumpul sebanyak RM60,000.00 (Derma:RM30,000.00 dan Sumbangan Kerajaan:RM30,000.00) maka terbinalah bangunan sebuah surau di kawasan ini.
Selepas itu, dari tahun ke tahun, Lembaga Surau dan penduduk Islam meneruskan kegiatan dengan memakmurkan 'Rumah Allah' ini dan dalam masa yang sama juga terus giat mengumpul dana dengan impian untuk memperbesarkan bangunan surau (supaya jika boleh, ia dapat dijadikan sebagai sebuah 'Masjid' dimasa akan datang), memandangkan kehadiran penduduk Islam di kawasan ini semakin bertambah ramai.
Tahun 1984
Setelah bangunan surau ini siap dibina pada tahun 1984, 'Rumah Allah' ini terus dimakmurkan dan diimarahkan bersama.
Kira-kira pada akhir tahun 1984, surau ini mula diperbesarkan bangunannya, dan pada tahun 1985 ia telah dinaiktaraf dari sebuah surau ke sebuah 'Masjid' serentak dengan keputusan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM), mewujudkan satu kariah baru iaitu 'Kariah Ayer Keroh'. Sebelum itu, Ayer Keroh Heights terletak di bawah 'Kariah Bukit Katil'.
Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh 'Mufti Negeri Melaka' ketika itu, (Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim).
Tahun 2000
Setelah hampir dua dekad berlalu, penduduk Islam didalam kawasan Kariah Ayer Keroh dianggarkan sudah mencecah angka 3,500 orang penduduk. Justeru itu, untuk menampung kehadiran jemaah yang semakin ramai, dari semasa ke semasa, Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka telah melalui beberapa peringkat pembesaran dan pengubahsuaian bangunannya.
Tahun 2006
Pada bulan Februari 2006, bangunan masjid ini telah diubahsuai dan diperbesarkan. Projek pembangunan ini telah memakan belanja lebih dari RM1juta yang mana RM300,000.00 adalah sumbangan daripada 'Pihak Kerajaan'.
Pada waktu ini, Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka boleh menampung kira-kira 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dimana 'Ruang Utama Solat' telah dilengkapkan dengan beberapa unit penyaman udara untuk memberikan keselesaan yang sebaik-baiknya kepada para Jemaah Masjid.
Tahun 2008
Pada tahun 2008, Jawatankuasa Masjid Ubudiyah telah merancang untuk membina sebuah bangunan baru bagi menggantikan 'tempat berwuduk', 'tandas dan bilik air' bagi 'lelaki dan wanita', 'bilik setor', dan juga 'dapur dan ruang pelbagai guna'. Sekali lagi pada tahun 2009, Pihak Kerajaan telah meluluskan sumbangan sebanyak RM450,000.00 untuk projek pembangunan yang dirancang ini. Pembangunan projek ini telah bermula pada Julai 2009 dan siap sebelum menyambut 'Aidilfitri 1430H' bersamaan Oktober 2009.
Jawatankuasa Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka sentiasa berbincang, bermesyuarat dan juga berusaha dari semasa ke semasa untuk sentiasa memakmurkan, mengimarahkan dan menghidupkan Masjid ini. Ianya meliputi dalam segala aspek termasuk pemantapan rohani dan juga pembangunan kemajuan Masjid, khasnya dengan melaksanakan pelbagai kegiatan di Masjid, supaya Rumah Allah ini akan sentiasa diimarahkan dan dimakmurkan bersama.
Tuan Haji Ismail bin Jaafar telah menjadi 'Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ubudiyah' sejak Masjid ini mula diwujudkan sehinggalah pada 28 Februari 2009 lalu.
Tahun 2018
Tahun 2018 yang lalu, pemilihan Jawatankuasa Masjid ( 'Pengerusi', 'Setiausaha', 'Bendahari' ) di seluruh Negeri Melaka telah dipilih secara melalui pencalonan dan temuduga dari Pihak Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM).
Kuliah Agama Masjid
Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka | ||
---|---|---|
Kuliah Agama Tahun 2022 | ||
KULIAH HARI ISNIN-JUMAAT | ||
Setiap Hari Isnin Maghrib | ||
Minggu 1 | Ustaz Muhammad Idris bin Muharam | |
Minggu 2 | Ustaz Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian | |
Minggu 3 | Ustaz Muhammad Idris bin Muharam | |
Minggu 4 | Ustaz Muhammad Ridhwan bin Mohd Danian | |
Setiap Hari Selasa Maghrib | ||
Minggu 1 | Ustaz Faezal bin Che Man | |
Minggu 2 | Ustaz Abdul Manap bin Mohamad | |
Minggu 3 | Ustaz Faezal bin Che Man | |
Minggu 4 | Ustaz Abdul Manap bin Mohamad | |
Setiap Hari Rabu Maghrib | ||
Minggu 1 | Ustaz Muhammad Hariz bin Ruslan | |
Minggu 2 | Ustaz Datuk Hj Mohd Sidek bin Md Raus | |
Minggu 3 | Ustaz Muhammad Hariz bin Ruslan | |
Minggu 4 | Ustaz Datuk Hj Mohd Sidek bin Md Raus | |
Setiap Hari Khamis Maghrib | ||
Minggu 1 | Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman | |
Minggu 2 | Majlis Bacaan Yasin | |
Minggu 3 | Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman | |
Minggu 4 | Majlis Bacaan Yasin | |
Setiap Hari Jumaat Maghrib | ||
Minggu 1 | ||
Minggu 2 | Ustaz Mohd Najib bin Kasim | |
Minggu 3 | ||
Minggu 4 | Ustaz Mohd Najib bin Kasim | |
KULIAH HARI SABTU & AHAD | ||
Setiap Hari Sabtu Subuh | ||
Minggu 1 | ||
Minggu 2 | Ustaz Faisol bin Sheikh Mohammed | |
Minggu 3 | Ustaz Ismail bin Ibrahim | |
Minggu 4 | Ustaz Faisol bin Sheikh Mohammed | |
Setiap Hari Sabtu Maghrib | ||
Minggu 1 | Ustaz Hj Mohd Nazri bin Hj Zainal | |
Minggu 2 | Ustaz Hj Mohd Nazri bin Hj Zainal | |
Minggu 3 | Ustaz Hj Mohd Nazri bin Hj Zainal | |
Minggu 4 | ||
Setiap Hari Ahad Subuh | ||
Minggu 1 | Ustaz Mohammad Azli bin Abdul Rahman | |
Minggu 2 | Ustaz Dr Redwan bin Datuk Wira Yasin | |
Minggu 3 | Ustaz Mohammad Azli bin Abdul Rahman | |
Minggu 4 | Ustaz Dr Redwan bin Datuk Wira Yasin | |
Setiap Hari Ahad Maghrib | ||
Minggu 1 | Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) | |
Minggu 2 | Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) | |
Minggu 3 | Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) | |
Minggu 4 | Sahibus Samahah Ustaz Datuk Wira Hj.Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) |
Kariah Masjid
Berikut adalah senarai Kariah Masjid di bawah Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Melaka :
Kariah Masjid Ubudiyah Ayer Keroh, Melaka | ||||
---|---|---|---|---|
MASJID UBUDIYAH AYER KEROH | ||||
Taman Ayer Keroh Heights | ||||
Alamat | Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Ayer Keroh | |||
SURAU AL-HIDAYAH | ||||
Taman Muzaffar Shah | ||||
Alamat | Jalan Sri Aman 2, Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh | |||
SURAU AL-WAHDAH | ||||
Taman Muzaffar Heights | ||||
Alamat | Jalan MH30, Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh | |||
SURAU AL-ISLAH | ||||
Taman TAKH | ||||
Alamat | Jalan TAKH 5, Taman TAKH, Ayer Keroh | |||
SURAU AL-MUTTAQIN | ||||
Taman Ayer Keroh Heights 1 | ||||
Alamat | Jalan TAKH 14, Taman Ayer Keroh Heights 1, Ayer Keroh |
Sejarah Nama Masjid
Nama 'Masjid Ubudiyah' telah diberi oleh 'Mufti Negeri Melaka' ketika itu, Sahibus Samahah Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Yunus Bin Haji Mohd Yatim.
Alamat Masjid
- Masjid Ubudiyah Ayer Keroh,
Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.
Rujukan
- ^ http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=aW5mby1tYXNqaWQucGhw&id=2977&jenis=&nama=&negeri=&daerah=. Missing or empty
|title=
(bantuan)