| Laluan Persekutuan Malaysia 143 | |
|---|---|
| Lebuh Ayer Keroh[1] ليبوه ايير كروه Jalan Tun Abdul Razak جالن تون ابدول رازق | |
| Maklumat laluan | |
| Panjang | 11.8 km (7.3 mi) |
| Wujud | 1993–kini |
| Simpang utama | |
| Hujung utara | |
| Hujung selatan | |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Ayer Keroh Batu Berendam Bukit Baru Bukit Beruang Bukit Katil Durian Tunggal Peringgit |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Laluan Persekutuan 143 (dikenali sebagai Lebuh Ayer Keroh atau Jalan Tun Abdul Razak, disingkatkan sebagai FT143) ialah salah satu daripada laluan persekutuan di Malaysia. Jalan raya ini terletak di negeri Melaka dan dikenali sebagai pintu masuk utama untuk ke Bandaraya Melaka dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)[2] kerana ianya dihubungkan secara terus melalui Plaza Tol Ayer Keroh sehingga ke destinasi akhir laluan ini di Peringgit, berdekatan dengan Hospital Melaka. Kebanyakkan lokasi tumpuan pelancongan yang terdapat di Ayer Keroh terletak di sekitar jalan raya ini.
Kesemua bahagian sepanjang Laluan Persekutuan 143 merupakan jalan raya berkembar yang memiliki empat lorong (dua lorong di kedua-dua arah) dan ia dihubungkan juga dengan beberapa jalan utama untuk ke bandar dan pekan lain di Melaka. Terdapat juga sebuah laluan bertingkat di persimpangan MITC yang siap dibina pada tahun 2019 bagi tujuan penyuraian trafik berikutan pertambahan kenderaan yang menggunakan laluan ini terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum[3]. Di bahagian paling selatan laluan ini pula menghubungkan sebuah lagi jejambat yang dibina sebagai sebahagian daripada persimpangan Peringgit.
Latar belakang
Lebuh Ayer Keroh lebih dikenali pengguna terutamanya kepada mereka yang melancong ke Bandaraya Melaka memasuki Plaza Tol Ayer Keroh dari Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan[2]. Walaupun laluan ini dikenali sebagai Lebuh Ayer Keroh, namun pewartaan FT143 merangkumi beberapa laluan iaitu bermula selepas sempadan penyelenggaraan PLUS di Plaza Tol Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, Jalan Padang Jambu dan Jalan Peringgit[4]. Keseluruhan laluan FT143 diwartakan sebagai Jalan Protokol, iaitu jenis laluan yang memerlukan bilangan penyelenggaraan rutin melebihi daripada penyelenggaraan yang dilakukan untuk Jalan Persekutuan[4].

Laluan FT143 ini terkenal kerana kebanyakkan lokasi pelancongan di Ayer Keroh terletak di sekitarnya, di samping menjadi laluan utama untuk melancong ke Bandaraya Melaka. Sebuah pintu gerbang hiasan telah dibina kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Ayer Keroh yang bertindak sebagai "pintu masuk" ke negeri Melaka[2]. Selain menghubungkan lokasi-lokasi pelancongan, peranan laluan FT143 sebagai penghubung utama ke ibu negeri Melaka menyebabkan kesan pembangunan menjadi semakin rancak apabila wujudnya taman-taman perumahan dan pusat perniagaan[5].
Disebabkan itu, laluan FT143 sering kali mengalami kesesakan di beberapa lokasi persimpangan oleh kerana peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan ini[6], selain menjadi pilihan utama pengguna untuk ke Lebuhraya Utara-Selatan dari Bandaraya Melaka[7]. Antara lokasi persimpangan yang kerap mengalami kesesakan ialah di Persimpangan MITC, Persimpangan Istana Melaka[3], Persimpangan Air Terjun Bukit Sebukor[3] dan Persimpangan Peringgit. Setakat tahun 2024, hanya dua jambatan telah dibina di Persimpangan MITC dan Persimpangan Peringgit bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik dan memendekkan masa perjalanan ke lokasi pelancongan bersejarah yang terdapat di Bandaraya Melaka[6].
Senarai persimpangan
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
| Km | Susur keluar | Pertukaran/Simpang | Ke | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| EXIT 231 | Persimpangan Ayer Keroh |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka |
|||
| Plaza Tol Ayer Keroh AKH Touch 'n Go Touch 'n Go Touch 'n Go Touch 'n Go MyRFID SmartTAG | |||||
Pusat Khidmat Pelanggan PLUS |
Arah selatan | ||||
| Sempadan penyelenggaraan PLUS Mula/akhir laluan lebuh raya | |||||
| Sempadan penyelenggaraan JKR Mula/akhir laluan persekutuan | |||||
| 0 | DURIAN TUNGGAL | BARAT Durian Tunggal Alor Gajah Machap |
Persimpangan T | ||
| DURIAN TUNGGAL Persimpangan SPA |
BARAT MITC Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka TIMUR Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Kampus Induk) Kolej Yayasan Saad Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka |
Persimpangan bertingkat | |||
Stesen minyak dan TGV Petronas Ayer Keroh 3 |
|||||
| Sempadan Daerah Melaka Tengah-Alor Gajah | |||||
Pusat Penerangan Pelancong[8] |
Kedua-dua arah | ||||
| AYER KEROH | TIMUR Malaysia Heritage Studios |
Arah selatan | |||
| AYER KEROH Persimpangan Taman Botanikal |
BARAT Taman Tasik Utama Taman Botanikal Melaka |
Persimpangan T | |||
| AYER KEROH | BARAT Taman Buaya dan Rekreasi Melaka Restoran McDonald's[9] |
Arah utara | |||
| AYER KEROH | TIMUR Zoo Melaka Dataran Sejarah Ayer Keroh |
Arah selatan | |||
| AYER KEROH Jalan Tasik |
TIMUR Tasik Ayer Keroh Ayer Keroh Golf & Country Club |
Arah selatan | |||
| AYER KEROH Persimpangan MITC |
SELATAN Pusat Bandaraya TIMUR Kompleks Seri Negeri BARAT Batu Berendam MITC Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Kampus Teknologi) UTARA Kuala Lumpur Johor Bahru |
Keluar dari jejambat MITC | |||
| AYER KEROH Kota Fesyen |
BARAT Kota Fesyen Mydin Mall MITC |
Arah utara | |||
| AYER KEROH Persimpangan Ayer Keroh Lama |
BARAT UTARA Kuala Lumpur Johor Bahru |
Melalui bawah jejambat MITC | |||
Ayer Keroh |
BARAT Kawasan Perindustrian Ayer Keroh Pejabat Pos Ayer Keroh |
Arah utara | |||
| AYER KEROH | TIMUR Kawasan Industri Fasa 3 |
Arah selatan | |||
| AYER KEROH Jalan Utama |
BARAT Masjid Ubudiyah Ayer Keroh Taman Ayer Keroh Heights |
Arah utara | |||
| AYER KEROH Jalan Setia |
BARAT Taman Ayer Keroh Heights |
Arah utara | |||
| AYER KEROH Persimpangan Industri Ayer Keroh |
TIMUR Jalan Lingkungan Usaha Kawasan Perindustrian Ayer Keroh BARAT Bukit Beruang Universiti Multimedia Taman Muzaffar Shah |
Simpang empat | |||
Shell Ayer Keroh |
Arah utara | ||||
| AYER KEROH | TIMUR Jalan Taman Pelangi BARAT SM Sains Muzaffar Shah SK Ayer Keroh UTARA Kuala Lumpur Johor Bahru |
Simpang empat | |||
| AYER KEROH Persimpangan Istana Melaka |
TIMUR BARAT Bukit Beruang Universiti Multimedia Istana Melaka (Istana TYT) Hospital Pantai Ayer Keroh |
Simpang empat | |||
| BUKIT BARU Jalan Merbok |
TIMUR Melaka Mall |
Persimpangan T | |||
| Arah utara | |||||
Melaka Mall Restoran McDonald's |
Arah selatan | ||||
| BUKIT BARU Persimpangan Bukit Beruang |
SELATAN Melaka Sentral Bukit Baru TIMUR Duyong BARAT Universiti Multimedia Batu Berendam UTARA Kuala Lumpur Johor Bahru |
Simpang empat | |||
| BUKIT BARU |
SELATAN Hospital Besar Melaka TIMUR Bukit Baru Akademi Kastam Diraja Malaysia |
Persimpangan T | |||
| BUKIT BARU Jalan Padang Jambu |
Kampung Padang Jambu | Arah selatan | |||
| BUKIT BARU Persimpangan Pengkalan Batu |
TIMUR BARAT |
Simpang empat | |||
| PERINGGIT | BARAT Kolej Yayasan Melaka |
Arah utara | |||
| PERINGGIT Jalan Tun Fatimah |
BARAT Batu Berendam |
Arah utara | |||
| PERINGGIT Persimpangan Peringgit |
SELATAN Jalan Solok Pantai Peringgit TIMUR Hospital Besar Melaka BARAT UTARA Ayer Keroh Kuala Lumpur Johor Bahru |
Persimpangan bertingkat | |||
Sumber
- ^ "Makluman Penutupan Sementara Sebahagian Jalan FT 143 Lebuh Ayer Keroh Di Persimpangan Simpang 4". MBMB. 5 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2024. Dicapai pada 9 Oktober 2024.
- ^ a b c Salman Hamat (25 Disember 2023). "TMM2024: Melaka tingkat keceriaan lapan pintu masuk untuk gamit 18 juta pengunjung". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2024. Dicapai pada 9 Oktober 2024.
- ^ a b c Amir Mamat (9 April 2018). "Strategi penyuraian trafik". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
- ^ a b "Statistik Jalan Malaysia Edisi 2023" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 September 2024. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
- ^ "2,000ha approved for new township in Ayer Keroh". New Straits Times. 8 Februari 1996. m/s. 14. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
- ^ a b "Lenyapkan 'Melaka Darul Jem'". Sinar Harian. 7 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2019. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
- ^ Norafiqah Jamal (3 Mei 2022). "Trafik sesak di pintu keluar Tol Ayer Keroh setakat jam 4 petang". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2024.
- ^ Nazri Abu Bakar (20 April 2023). "Melaka lancar TIC Mobile pertama di Malaysia". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2024.
- ^ "Chilli sauce incident: Melaka police tracking down customer". Malay Mail. 27 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2024. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
- ^ Mohamad Fazrul Abdul Majid (27 Januari 2023). "Air terjun bercahaya persis filem Avatar". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2023. Dicapai pada 19 Oktober 2024.









