Sungai Rambai merupakan sebuah kampung yang terdapat dalam daerah Jasin, Melaka, Malaysia. Terdapat sebuah pelabuhan barter di sini. Pekan kecil ini menjadi pintu masuk ke Melaka yang bersempadan dengan Muar, Johor.
Sungai Rambai dipisahkan daripada Muar oleh sungai Kesang. Kini, pekan ini boleh dihubungi dengan lebih mudah melalui lebuh AMJ yang menghubungkan Alor Gajah dan Muar. Perjalanan dengan kereta dari bandar Melaka ke pekan ini kira-kira 30 minit. Antara kampung yang berhampiran dengan pekan ini ialah Batu Gajah, Sebatu, Parit Putat, Parit Perawas, Parir Sialang, Parit Sidang Seman, Parit Gantong, Jalan Tambak Merah, Jalan Gafar dan Parit Penghulu.