Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah
Istanbul | |
---|---|
Hagia Sophia | |
Kedudukan di Turki | |
Gambaran Keseluruhan | |
Wilayah | Wilayah Marmara, Turki |
Wilayah | Wilayah Istanbul |
Jumlah penduduk | 12,428,380 [1] (2019) |
Keluasan | 5,764 km² |
Kepadatan penduduk | 6,521 orang/km² |
Ketinggian | 100 m |
Koordinat | 41.01°′ U 28.98°′ T |
Kod pos | 34010 - 34850 dan 80000 - 81800 |
Kod kawasan | (+90) 212 (bahagian Eropah) (+90) 216 (bahagian Asia) |
Plat nombor Turki | 34 |
Datuk Bandar | Kadir Topbaş (Parti Keadilan dan Pembangunan) |
Laman sesawang | Kawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul |
Gabenor | Muammer Güler |
Laman sesawang Gabenor | Portal Istanbul |
Istanbul (B. Turki: İstanbul , bentuk Uthmaniyah استانبول ; Yunani: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis; juga dalam bahasa Melayu lama: Setambul, Jawi: ستمبول )[2] ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi negara Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Tanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.
Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:
- Empayar Rom (330-395);
- Empayar Rom Timur (395-1453); dan
- Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).
Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.
Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).
Nama-nama lain
Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Kostantiniye, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantinus Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah. [3]
Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantinus di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. [4] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.
Melalui sebuah warta perintah pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional bukan Turki (baik yang dipinjam dari Bahasa Arab seperti Kostantiniye atau Yunani) tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing. [5]
Iklim
Suhu dan kerpasan purata untuk Istanbul, Turki | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tertinggi °C (°F) | 18.3 (65) |
24.0 (75) |
26.2 (79) |
32.9 (91) |
33.0 (91) |
40.2 (104) |
40.5 (105) |
38.8 (102) |
33.6 (92) |
34.2 (94) |
27.2 (81) |
21.2 (70) |
40.5 (105) |
Suhu tinggi purata °C (°F) | 8.7 (48) |
9.1 (48) |
11.2 (52) |
16.5 (62) |
21.4 (71) |
26.0 (79) |
28.4 (83) |
28.5 (83) |
25.0 (77) |
20.1 (68) |
15.3 (60) |
11.1 (52) |
18.4 (65) |
Suhu rendah purata °C (°F) | 2.9 (37) |
2.8 (37) |
3.9 (39) |
7.7 (46) |
12.0 (54) |
16.0 (61) |
18.5 (65) |
18.7 (66) |
15.5 (60) |
12.0 (54) |
8.5 (47) |
5.3 (42) |
10.3 (51) |
Rekod terendah °C (°F) | -10.4 (13) |
-16.1 (3) |
-7.0 (19) |
-0.6 (31) |
3.6 (38) |
8.0 (46) |
10.5 (51) |
8.2 (47) |
5.2 (41) |
1.0 (34) |
-4.0 (25) |
-9.4 (15) |
−16.1 (3) |
Kerpasan mm (inci) | 98.4 (3.9) |
80.2 (3.2) |
69.9 (2.8) |
45.8 (1.8) |
36.1 (1.4) |
34.0 (1.3) |
38.8 (1.5) |
47.8 (1.9) |
61.4 (2.4) |
96.9 (3.8) |
110.7 (4.4) |
123.9 (4.9) |
843.9 (33.2) |
Sumber: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (PBB)[6] Devlet Meteoroloji İşleri Genel Müdürlüğü (DMİ)[7][8] dan BBC Weather Centre[9] 24 Juni 2010 |
Galeri gambar
Bandar kembar
Istanbul mempunyai 45 buah bandar kembar:
Lihat juga
- Byzantium
- Kustantiniyah
- Kejatuhan Kustantiniyah
- Pimpinan Iklim Bandar Raya Besar
- Senarai datuk bandar Istanbul
- Senarai tokoh Istanbul
Catatan
- ^ "World Gazetteer - Istanbul". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-30. Dicapai pada 2013-06-30.
- ^ "Setambul". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
- ^ R. Krautheimer, "Three Christian Capitals: Topography and Politics". Berkeley, 1983
- ^ Prof. Dr. Murat Belge. "Kültür Haritaları Serisi" (dalam bahasa Turkish). National Geographic Türkiye. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 2007-01-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Stanford dan Ezel Shaw (1977): History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge, Jilid II, m.s. 386; Robinson (1965), The First Turkish Republic, m.s. 298
- ^ "Weather Information for Istanbul". Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan) - ^ "Yıllık Toplam Yağış Verileri - İstanbul". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-31. Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan) - ^ "Ölçülen En Düşük Sıcaklıklar (Lowest Recorded Temperatures): 30.01.2012 06:00 - 31.01.2012 06:00 (UTC) - İstanbul". Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan) - ^ "BBC - Weather Centre - World Weather - Average Conditions - Istanbul". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-18. Unknown parameter
|dateformat=
ignored (bantuan)
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Istanbul di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- (Inggeris) Laman web rasmi Istanbul
- Laman web Wikivoyage: Panduan Istanbul
- Laman web WikiMapia: Pemandangan WikiSatellite tentang Istanbul
- Peta interaktif, dengan tempat-tempat menarik
- Kawasan Perbandaran Greater Istanbul (dalam bahasa Turki dan Inggeris) Diarkibkan 2005-11-26 di Wayback Machine
- Kepurbaan Istanbul Empayar Rom Timur Diarkibkan 2006-09-15 di Wayback Machine
- Gambar-gambar bersejarah Istanbul
- Gambar-gambar daripada Muzium Arkeologi
- Sejarah dan muzium Istanbul Diarkibkan 2018-09-25 di Wayback Machine
- Laman web Suara Amerika: Rencana tentang Istanbul sebagai satu contoh toleransi keagamaan
- Laman web Lonely Planet: Panduan untuk Istanbul
- Laman web AboutTurkey.com: Istanbul Diarkibkan 2006-11-05 di Wayback Machine
- (Jerman) Bandaraya-bandaraya dan negara-negara Diarkibkan 2006-07-15 di Wayback Machine
- Istanbul: Bandaraya Cinta & Impian Diarkibkan 2012-06-24 di Wayback Machine
- Gambar-gambar lama dan moden tentang Istanbul Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
Error: tiada nama laman disertakan (help).
- Halaman dengan teg koordinat yang tidak elok
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Turki Uthmaniyah (1500-1928)
- World Heritage Sites in Turkey
- Templat hatnote dengan ralat
- Bandar di Turki
- Istanbul
- Kota Yunani
- Tapak arkeologi di Turki
- Empayar Byzantium
- Bandar di Laluan Sutera
- Bandar raya suci
- Tapak Rom di Turki
- Ibu kota khilafah