Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-4 daripada 16 dalam Formula Satu musim 2003. | ||
Tarikh | 20 April 2003 | |
Nama rasmi | XXIII Grand Prix of San Marino | |
Lokasi | Autodromo Enzo e Dino Ferrari, Imola, Itali | |
Litar | Litar perlumbaan tetap 4.933 km (3.065 batu) | |
Jarak | 62 pusingan, 305.609 km (189.897 batu) | |
Cuaca | Cerah | |
Petak pertama | ||
Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
Masa | 1:22.327 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
Masa | 1:22.491 | |
Podium | ||
Pertama | Michael Schumacher | Ferrari |
Kedua | Kimi Räikkönen | McLaren-Mercedes |
Ketiga | Rubens Barrichello | Ferrari |
Grand Prix San Marino 2003 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 20 April, 2003, di Autodromo Enzo e Dino Ferrari di Imola, Itali. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 62 pusingan, dan merupakan perlumbaan keempat dalam kalendar Formula Satu musim 2003 telah dimenangi oleh pemandu Ferrari, Michael Schumacher.
Klasifikasi
Kelayakan
Perlumbaan
Ked | No | Pemandu | Pengeluar | Pusingan | Masa/Terkeluar | Petak | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1 | Michael Schumacher | Ferrari | 62 | 1:28:12.058 | 1 | 10 |
2 | 6 | Kimi Räikkönen | McLaren-Mercedes | 62 | +1.882 | 6 | 8 |
3 | 2 | Rubens Barrichello | Ferrari | 62 | +2.291 | 3 | 6 |
4 | 4 | Ralf Schumacher | Williams-BMW | 62 | +8.803 | 2 | 5 |
5 | 5 | David Coulthard | McLaren-Mercedes | 62 | +9.411 | 12 | 4 |
6 | 8 | Fernando Alonso | Renault | 62 | +43.689 | 8 | 3 |
7 | 3 | Juan Pablo Montoya | Williams-BMW | 62 | +45.271 | 4 | 2 |
8 | 17 | Jenson Button | BAR-Honda | 61 | +1 Pusingan | 9 | 1 |
9 | 20 | Olivier Panis | Toyota | 61 | +1 Pusingan | 10 | |
10 | 9 | Nick Heidfeld | Sauber-Petronas | 61 | +1 Pusingan | 11 | |
11 | 10 | Heinz-Harald Frentzen | Sauber-Petronas | 61 | +1 Pusingan | 14 | |
12 | 21 | Cristiano da Matta | Toyota | 61 | +1 Pusingan | 13 | |
13 | 7 | Jarno Trulli | Renault | 61 | +1 Pusingan | 16 | |
14 | 15 | Antônio Pizzonia | Jaguar-Cosworth | 60 | +2 Pusingan | 15 | |
15 | 11 | Giancarlo Fisichella | Jordan-Ford | 57 | Enjin | 17 | |
Ret | 14 | Mark Webber | Jaguar-Cosworth | 54 | Aci engkol | 5 | |
Ret | 12 | Ralph Firman | Jordan-Ford | 51 | Penyelaras minyak | 19 | |
Ret | 19 | Jos Verstappen | Minardi-Cosworth | 38 | Elektrikal | 20 | |
Ret | 18 | Justin Wilson | Minardi-Cosworth | 23 | Rig bahan api | 18 | |
Ret | 16 | Jacques Villeneuve | BAR-Honda | 19 | Enjin | 7 |
Nota
Kematian ibu Schumacher
Ralf dan Michael Schumacher berlumba meskipun ibu mereka meninggal dunia beberapa jam sebuah perlumbaan bermula. Mereka memakai ban lengan hitam dan tiada champagne disembur di atas podium sebagai tanda hormat. Ini juga merupakan kemenangan terakhir untuk kereta Ferrari F2002. Ketua pasukan Ferrari, Jean Todt, mengambil tempat Michael di acara sidang akhbar.
Penyerahan trofi dari Grand Prix Brazil
Kekeliruan yang disebabkan oleh bendera merah pada perlumbaan sebelumnya di Brazil telah menyebabkan Kimi Räikkönen diisytiharkan sebagai pemenang. Sebuah penyiasatan yang dijalankan oleh FIA pada hari-hari beikutnya membuktikan bahawa Giancarlo Fisichella ialah pemenang sebenar. Pada hari Jumaat untuk perjumpaan Grand Prix San Marino, sebuah upacara telah diadakan di mana Kimi Räikkönen dan Ron Dennis menyampaikan trofi kemenangan dari Grand Prix Brazil 2003 kepada Giancarlo Fisichella dan Eddie Jordan.
Rujukan
- "The Official Formula 1 website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-09-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - "Motorsport.com". Dicapai pada 2010-11-13.
Perlumbaan sebelum: Grand Prix Brazil 2003 |
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA Musim 2003 |
Perlumbaan seterusnya: Grand Prix Sepanyol 2003 |
Perlumbaan sebelum: Grand Prix San Marino 2002 |
Grand Prix San Marino | Perlumbaan seterusnya: Grand Prix San Marino 2004 |