Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh (lahir 21 Disember 2000) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3]
Beliau telah membintangi pelbagai drama dan filem keluaran Malaysia antaranya yang telah menaikkan nama beliau dalam industri seni ialah drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Sampai saat ini, nama pelakon dan model keluaran program realiti TV Hero Remaja ini masih terkenal dalam kalangan peminat tambahan pula lakonan beliau dalam drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah baru - baru ini telah menyerlahkan bakat lakonannya lagi.
Aniq Suhair menghadirkan dirinya ke ujibakat Hero Remaja 2019/2020 tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Bermula disitulah beliau mengenali rakan-rakan seperjuangan termasuk Nadhir Nasar dan Meerqeen. Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau ditawarkan membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas di TV3, ini kemudian diikuti oleh Lelaki Lingkungan Cinta dan Tak Sempurna Mencintaimu.[2] Beliau kemudian membintangi filem pertamanya, Banglo Seksyen 12, seterusnya muncul dalam telefilem Dolla Watch Me Glow.
Aniq Suhair ialah anak sulung daripada empat beradik. Beliau menyifatkan dirinya seorang introvert kerana lebih selesa bersendirian dan kurang bersosial. Aniq ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan (Pemasaran) di City University, Kuala Lumpur.[2]