Jazmy Juma | |
|---|---|
| Kelahiran | Jazmy Khan bin Juma Khan 20 Mac 1998 |
| Nama lain | Jazmy Khan |
| Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
| Tahun aktif | 2020–kini |
Karya | Filemografi |
| Ketinggian | 1.82 m (6 ka 0 in) |
Jazmy Khan bin Juma Khan (lahir 20 Mac 1998) juga dikenali sebagai Jazmy Juma atau Jazmy Khan ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis bagi pertandingan ikon pemuda Malaysia Hero Remaja pada tahun 2020.
Kehidupan awal
Jazmy dilahirkan pada 20 Mac 1998 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau mempunyai darah kacukan Pakistan dan Melayu. Beliau mempunyai kelulusan diploma dalam bidang binaan dan pembangunan. Beliau kini menetap di Puchong, Selangor bersama keluarganya.[1][2]
Kerjaya
Pada tahun 2020, Jazmy menyertai sebuah pertandingan ikon pemuda Malaysia, Hero Remaja musim ke-10. Beliau menyertai pertandingan tersebut kerana ingin mencabar dirinya dalam bidang yang berbeza daripada yang pernah ceburinya sebelum ini. Jazmy serta peserta lain telah dinilai berdasarkan rupa dan kebijaksanaan mereka dari segenap aspek. Beliau juga telah menimba pengalaman berlakon melalui pertandingan tersebut. Jazmy berjaya mengakhiri pertandingan tersebut sebagai salah seorang finalis.
Pada tahun 2021, Jazmy telah memulakan kerjaya lakonannya. Beliau memegang watak Zamir dalam drama Marry Me Senorita yang ditayangkan menurusi Astro Ria.[3][4] Beliau juga memainkan watak pembantu dalam drama Shah Alam 40000 yang disiarkan di TV3.[5]
Pada tahun 2022, Jazmy memegang watak Lans Koperal Nazri dalam drama Kalis Peluru yang ditayangkan melalui TV1.[6][7][8][9] Beliau akan membawakan watak Dauz dalam sebuah filem Malaysia akan datang Pulau.[10] Beliau kini menjalani penggambaran untuk drama televisyen TV Okey yang akan datang Julia Arina di mana beliau memainkan watak Adam Heykal.[11]
Filemografi
Diskografi
| Tahun | Tajuk | Album | Label |
|---|---|---|---|
| 2024 | "Gelora" | – | Warner Music Malaysia |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Newcomer Terhangat | Dirinya sendiri | Tercalon |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Artis Baharu Lelaki Popular | Menang |
Rujukan
- ^ https://iluminasi.com/bm/biodata-jazmy-khan-finalis-hero-remaja-2020.html
- ^ https://www.hellokerja.com/2020/03/kenali-rapat-biodata-hero-remaja-2020.html
- ^ https://www.remaja.my/marry-me-senorita-menampilkan-barisan-pelakon-dari-hero-remaja-dewi-remaja/
- ^ https://www.missviraltv.com/2021/02/senarai-dan-umur-sebenar-pelakon-drama.html
- ^ https://www.instagram.com/p/CTPDQtIA1hH/
- ^ https://www.instagram.com/p/CVW1deUPDBH/
- ^ https://www.instagram.com/p/CWXqTTHPu-B/
- ^ https://www.instagram.com/p/CVvD3sDvGi-/
- ^ https://www.instagram.com/p/CY1fj7eFlnu/
- ^ https://www.instagram.com/p/CaJiS5nvJhV/
- ^ https://www.instagram.com/p/CZ4Ac25PyEN/
Pautan luar
- Kelahiran 1998
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Muslim Malaysia
- Orang dari Perak
- Pelakon Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Penyanyi Malaysia
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Peserta Hero Remaja








