Datuk Bandar Shah Alam | |
---|---|
Gelaran | Yang Berbahagia |
Dilantik oleh | Kerajaan Negeri Selangor |
Tempoh jawatan | 2 tahun |
Penjawat sulung | Abu Sujak Mahmud |
Dibentuk | 10 Oktober 2000 |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Datuk Bandar Shah Alam ialah ketua bagi kerajaan tempatan di Selangor. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Shah Alam, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Shah Alam selepas penaiktarafan status Shah Alam daripada bandar kepada bandar raya.
Datuk Bandar Shah Alam yang pertama ialah Abu Sujak Mahmud yang mula berkhidmat sejak 10 Oktober 2000[1].
Pelantikan
Sebagaimana jawatan di bahagian pentadbiran peringkat ketiga di Malaysia yang tidak dipilih melalui pilihan raya selepas dimansuhkan pada 1965[2], jawatan Datuk Bandar Shah Alam dilantik oleh kerajaan Negeri Selangor.[3]
Senarai penyandang
Lihat juga
Rujukan
- ^ YAKKUB, MOHD YUNUS (2021-02-11). "Bekas Timbalan MB Selangor meninggal dunia". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-10-30.
- ^ "Kerajaan P.Pinang Dapat Kebenaran Mula Petisyen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-06-28. Dicapai pada 2024-10-30.
- ^ "PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YDP UNTUK PBT". Dewan Negeri Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-30.