Majlis Bandaraya Ipoh | |
---|---|
Majlis Bandaraya Ipoh Jawi: مجلس بندارايا ايڤوه Tamil: ஈப்போ மாநகராட்சி (Īppō mānakarāṭci) bahasa Inggeris: Ipoh City Council | |
![]() | |
![]() Bendera Majlis Bandaraya Ipoh | |
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Diasaskan | 1962 |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Ipoh |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majils |
Moto | |
Ipoh Bestari Sejahtera | |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Bangunan MBI Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia 4°35′55″N 101°05′24″E / 4.59866°N 101.08992°E | |
Laman sesawang | |
mbi | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting ![]() |
Majlis Bandaraya Ipoh(Jawi: مجلس بندارايا ايڤوه;Tamil: ஈப்போ மாநகராட்சி (Īppō mānakarāṭci); bahasa Inggeris: Ipoh City Council, Disingkatkan sebagai MBI) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Ipoh, Perak. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Latar belakang
Majlis Bandaraya Ipoh merupakan bandaraya yang ketiga di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor.
Sejarah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) awalnya bermula dengan kewujudan Ipoh Sanitary Board pada tahun 1893 yang diasaskan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British. Kemudian pada 31 Mei 1962, Ipoh diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Ipoh. Seterusnya, Ipoh secara rasminya mendapat status bandaraya pada 27 Mei 1988.
Bunga rasmi bagi Majlis Bandaraya Ipoh ialah bunga kertas.
Ahli Majlis
Seramai 24 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri.
Datuk Bandar
Berikut merupakan senarai Datuk Bandar Ipoh.
No | Datuk Bandar | Mula khidmat | Tamat khidmat |
---|---|---|---|
1 | Dato' Haji Umar bin Abu | 27 Mei 1988 | 31 Mei1993 |
2 | Dato' Ismail Shah bin Bodin | 1 Jun 1993 | 31 Disember 1994 |
3 | Dato' Haji Ahmad Saleh bin Haji Sarif | 2 Januari 1995 | 31 Disember 1997 |
4 | Dato' Haji Talaat bin Haji Husain | 1 Februari 1998 | 2 Disember 2002 |
5 | Dato' Sirajuddin bin Haji Salleh | 3 Disember 2002 | 15 April 2004 |
6 | Dato' Hassan Nawawi bin Abd Rahman | 1 Mei 2004 | 23 Julai 2006 |
7 | Dato' Mohamad Rafiai bin Haji Moktar | 24 Julai 2006 | 5 Jun 2008 |
8 | Dato' Roshidi bin Haji Hashim | 23 Julai 2008 | 2 Januari 2014 |
9 | Dato' Harun Rawi | 2 Januari 2014 | 30 Jun 2015 |
10 | Dato' Zamri Man | 1 Julai 2015 | 1 Julai 2019 |
11 | Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim | 1 Julai 2019 | 31 Mac 2020 |
12 | Dato' Rumaizi Baharin | 1 April 2020 | Penyandang |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987