Datuk Bandar Pulau Pinang | |
---|---|
Penyandang Dato' Ir. Rajendran P. Anthony sejak 6 Mei 2023 | |
Gelaran | Yang Berbahagia |
Bidang kuasa | Pulau Pinang |
Institusi | Majlis Bandaraya Pulau Pinang |
Dilantik oleh | Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
Penjawat sulung | Datuk Patahiyah Ismail |
Dibentuk | 1 Januari 2015 |
Tapak web | http://www.mbpp.gov.my/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Datuk Bandar Pulau Pinang merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di George Town, iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang selepas penaiktarafan status George Town daripada bandar kepada bandar raya pada 1 Januari 2015.
Penyandang Datuk Bandar Pulau Pinang ialah Dato' Ir. Rajendran P. Anthony yang mula berkhidmat sejak 6 Mei 2023[1].
Pelantikan
Jawatan Datuk Bandar Pulau Pinang dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang[1].
Penyandang
Sehingga kini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang diketuai oleh empat orang Datuk Bandar.
Patahiyah Ismail menjadi Datuk Bandar wanita pertama di Pulau Pinang pada 2015 hingga 2017. Kemudian, beliau digantikan dengan Maimunah Mohd Sharif.[2][3] Walau bagaimanapun, kepimpinan Maimunah sebagai Datuk Bandar hanya selama setahun sahaja berikutan pelantikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UN HABITAT; yang mana Maimunah merupakan warga Asia pertama yang dilantik ke jawatan tersebut.[4][5] Yew Tung Seang kemudiannya dilantik sebagai Datuk Bandar bermula pada 20 Januari 2018 dan melengkapkan perkhidmatan beliau bersara wajib pada 2023.[6] Terkini, Rajendran P. Anthony menerajui Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai Datuk Bandar bermula 6 Mei 2023.
# | Nama | Tempoh khidmat | Catatan | |
---|---|---|---|---|
1 | Patahiyah Ismail | 2015 – 2017 | [3] | |
2 | Maimunah Mohd Sharif | 2017 – 2018 | [2] | |
3 | Yew Tung Seang | 2018 – 2023 | [6] | |
4 | Rajendran P. Anthony | 2023 - |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b BERNAMA (20 November 2019). "Adib Azhari Datuk Bandar JB yang baharu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-22. Dicapai pada 25 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b "Maimunah takes over on island while Rozali assumes Seberang Prai post - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-14.
- ^ a b "Council president now Penang's first mayor". 2015-03-31. Dicapai pada 2018-03-13.
- ^ "Lady mayor bids goodbye - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-14.
- ^ "Maimunah listed in MBOR as first Asian to helm UN-Habitat". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-12. Dicapai pada 2018-01-14.
- ^ a b "Penang Island gets a new mayor - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-17.