Majlis Bandaraya Diraja Klang | |
---|---|
Majlis Bandaraya Diraja Klang MBDK | |
Fail:The Official Seal of Klang Royal City Council.svg | |
Jenis | |
Jenis | |
Dewan | Bandaraya |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | Dato Haji Abd Hamid bin Hussain |
Timbalan Datuk Bandar | Tuan Mohd Zary Affendi bin Mohd Arif |
Moto | |
Perpaduan Asas Kemakmuran | |
Tempat persidangan | |
Bangunan Sultan Alam Shah, Jalan Perbandaran, 41675 Klang, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Majlis Bandaraya Diraja Klang (sebelum ini Majlis Perbandaran Klang) ialah sebuah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab mentadbir serta mengurus daerah Klang, Selangor, Malaysia.
Sejarah
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.
Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.
Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
Penaiktarafan kepada bandar raya
Ia telah diisytiharkan penaiktarafan kepada Majlis Bandaraya Klang pada Julai 2023[1], dan dimasyhurkan dengan nama Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 5 Februari 2024[2], dan secara rasmi akan menukar nama selepas mendapat perkenan Sultan Selangor kelak.
Garis masa penaiktarafan
- 1890 - Lembaga Kesihatan Klang
- 1945 - Lembaga Bandaran Klang
- 1954 - Majlis Bandaran Klang
- 1971 - Majlis Daerah Klang
- 1977 - Majlis Perbandaran Klang
- 2024 - Majlis Bandaraya Diraja Klang
Bidang kuasa
MBDK mempunyai bidang kuasa tertentu yang diperuntukan di bawah Akta, enakmen, undang-undang kecil, perintah, peraturan dan kaedah yang digunapakai oleh Majlis seperti berikut:
Akta
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 [Akta 133]
- Akta Pemusnahan Serangga dan Pembawa Penyakit, 1975
- Akta Kerajaan Tempatan, 1976 [Akta 171]
- Akta Perancang Bandar dan Desa, 1974 [Act 172]
- Akta Makanan, 1983
- Akta Pengangkutan Jalan, 1987
Enakmen
- Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971
- Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam 1995
- Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam [Pindaan] 1998
Undang-Undang Kecil
- Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MPK) 1965
- Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Kerajaan Tempatan 1979
- Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1982
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPK) 1983
- Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPK) 1984
- Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (MPK) 1984
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 1987
- Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 1987
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPK) 1988
- Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 1989
- Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1989
- Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MPK) 1990
- Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 1991
- Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 1991
- Undang-Undang Kecil Lesen Bersesama (MPK) 1992
- Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Krematorium (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Perkuburan Islam (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1993
- Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pindaan) (MPK) 1993, Akta Kerajaan Tempatan 1976
- Undang-Undang Kecil Kerja-Kerja Di Jalan (MPK) 1996
Perintah
- Perintah Tetap Mesyuarat 1992
- Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MPK) 1996
Peraturan
- Peraturan Makanan 1983
- Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 1993
- Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan dan Penyeliaan) (Selangor) 1996
- Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996
Kaedah
- Kaedah-Kaedah Pekerja (perlakuan dan Tatatertib) MPK 1995
- Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 (Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan) 1999.
Wakil Rakyat
Ahli Parlimen
- Ahli Parlimen Kapar
- YB Dr. Halimah Ali
- Ahli Parlimen Klang
- YB Tuan Ganabatirau Veraman
- Ahli Parlimen Kota Raja
- YB Datuk Seri Mohamad Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN)
- ADN Meru
- YB Puan Mariam Abdul Rashid
- ADN Sementa
- YB Tuan Najhan Salleh
- ADN Selat Klang
- YB Datuk Abdul Rashid Asari
- ADN Bandar Baru Klang
- YB Dr. Quah Perng Fei
- ADN Pelabuhan Klang
- YB Tuan Azmizam Zaman Huri
- ADN Pandamaran
- YB Tuan Leong Tuck Chee
- ADN Sentosa
- YB Tuan Gunarajah George
- ADN Sungai Kandis
- YB Tuan Wan Dzahanurin Ahmad
Rujukan
- ^ "Klang dinaik taraf sebagai bandar raya". MalaysiaNow. 2023-07-26. Dicapai pada 2024-02-05.
- ^ "Klang dinaik taraf sebagai bandar raya - Nga". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-08-04.