Chenderong terletak di koordinat 4° 25' 0" Utara, 101° 3' 0" Timur, di Perak Tengah. Tempat berdekatan ialah Tanjung Tualang,Changkat Tin, Air Kuning, Batu Gajah, Kampung Gajah dan lain-lain.
Kampung Baru Cina Chenderong ini didiami ramai bekas pelombong bijih timah Cina yang pernah bekerja di sekitar kawasan ini dahulu. Pekan ini ditemui melalui jalan lama dari Batu Gajah ke Kampung Gajah dan Pasir Salak.