Kamunting | |
---|---|
![]() | |
Koordinat: 4°53′24″N 100°43′42″E / 4.8899°N 100.7284°EKoordinat: 4°53′24″N 100°43′42″E / 4.8899°N 100.7284°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Larut, Matang dan Selama |
Aras | 26 m (85 ft) |
Kamunting ialah sebuah bandar serta mukim dalam daerah Larut, Matang dan Selama, negeri Perak, Malaysia.[1][2] Kamunting terletak berhampiran dengan bandar Taiping dan merupakan kawasan perindustrian yang penting bagi negeri Perak.
Sejarah
Kamunting pada asalnya bernama Klian Baharu dan merupakan sebuah kawasan di Larut. Kamunting berkembang pesat dengan pembukaan lombong-lombong bijih timah di sini pada tahun 1860-an. Buruh Cina yang berasal dari Canton, China berhijrah masuk secara besar-besaran sebagai pelombong bijih timah. Kumpulan buruh Cina yang mengerjakan lombong Klian Baharu (Kamunting) menjadi ahli kongsi gelap Ghee Hin di bawah ketua bernama So Ah Chiang.
Pendidikan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
- Sekolah kebangsaan Long Jaafar
- Sekolah menengah kebangsaan bukit Jana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting Bakti
- Kolej Vokasional Taiping
- Sekolah Kebangsaan Kamunting
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kamunting
- Sekolah Kebangsaan All Saints, Perak
- Kolej Komuniti Taiping
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
- Nesst Academy
Rumah Ibadat
- Masjid Jamek Kamunting
- Masjid Kampung Expo
- Masjid Maimun
- Masjid Raja Muda Musa
- Kuil Sri Maha Mariamman Kamunting
- Kuil Durga Amman Bukit Mas
- Tokong Sam Wong Yah
- Gurdwara Sahib Kamunting
Hotel
- Taiping Golf & Country Club (sebelum ini dikenali sebagai Bukit Jana Golf & Country Club) yang menyediakan 18 lubang, 5,972 meter, 72 par.
- SSL Traders Hotel
- Tune Hotel
- Beverly Hotel
- Kimal hotel
Tarikan Pelancong
- Air Terjun Bukit Jana
- Taman Tasik Kamunting
- Pasar Minggu Kamunting Lama
- Kompleks Rakan Muda Bukit Jana
- Jeti Kelip-kelip Kampung Dew
Rujukan
- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ "Kamunting, Malaysia". Geoname. Dicapai pada 28 Mei 2021.