Nama lain | Anjing gembala Bukovina Anjing gembala Eropah Tenggara | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Romania | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Bukovina Romania[a] atau hanya anjing gembala Bukovina[b] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan yang asli di bekas kawasan Bukovina. Baka ini berkait rapat dengan baka-baka penjaga haiwan ternakan lain dari kawasan ini, seperti anjing gembala Yunani, tornjak, dan anjing Pergunungan Šar. Terdapat empat baka anjing gembala Romania: anjing gembala Miorița Romania (nama lama: barac), anjing gembala Karpatos Romania (nama lama: zăvod), anjing gembala gagak Romania, dan anjing gembala Bukovina Romania. Dalam FCI, baka khusus ini secara rasmi disebut ciobănesc românesc de Bucovina ("anjing gembala Bukovina Romania").[1]
Sejarah
Ia merupakan baka semula jadi dengan asal usul di Pergunungan Karpatos (Romania). Perhatian khusus untuk perkembangan baka ini bangkit di rantau Romania timur laut, di rantau Bukovina, kawasan pindah ternak cukup terkenal bagi gembala sejak zaman dahulu lagi. Pemilihan dan penambahbaikan telah membawa kepada jenis sebenar. Baka ini berjaya digunakan untuk pertahanan kawanan ternakan dan sebagai anjing penjaga bagi isi rumah di rantau tersebut.[1]
Piawaian pertama ditulis pada tahun 1982 dan dikemaskinikan pada tahun 2001 oleh Asociația Chinologică Româna (Kelab Kenel Romania). Piawaian semasa, yang bertarikh dari 29 Mac 2002, ditulis dan dikemaskinikan menurut model yang diasaskan pada tahun 1987 oleh Perhimpunan Agung FCI di Jerusalem.[2]
Pada tahun 2019, anjing gembala Bukovina diiktiraf secara muktamad (sepenuhnya) oleh FCI.[3]
Perangai
Anjing gembala Bukovina dibiakbakakan untuk melindungi kawanan biri-biri dan kawanan lembu dan terbukti berani dan sangat agresif apabila pemangsa berpotensi hadir. Ia merupakan anjing pengawal cemerlang, yang mempunyai salakan sangat dalam dan berkuasa dan sangat berwaspada apabila orang asing memasuki wilayahnya.[1] Pada waktu malam, ia meronda di sekeliling hartanah atau kawanan. Anjing gembala Bukovina dewasa memerlukan banyak ruang untuk berlari dengan halaman belakang luas.
Baka ini seimbang, tenang, sangat setia, dan menyukai kanak-kanak. Ia sangat mencurigai orang asing.
Penampilan
Anjing bersaiz besar; memerintah, angkuh, dan bangga
Bulu
Kepala dan bahagian hadapan tungkai diliputi dengan bulu pendek. Pada tubuh, bulunya lebat, sepanjang 6–9 sentimeter (2.4–3.5 in), bulunya jauh lebih panjang sehingga membentuk surai; di sisi belakang sukuan hadapan, Bulunya membentuk rumbai; di sisi belakang sukuan belakang, bulunya lebih panjang dan membentuk kulot. Ekornya lebat.[1]
Warna
Warna utama lapis bulunya ialah putih metah atau putih-kuning air dengan tompok-tompok tersendiri berwarna kelabu, hitam, atau hitam dengan pantulan merah-perang muda. Bintik-bintik hitam atau kelabu dapat muncul pada tungkai. Unsur brindle pada tompok ditolak.[1]
Saiz
Anjing gembala Bukovina jantan adalah setinggi 68–78 sentimeter (27–31 in). Betinanya bersaiz hampir, iaitu pada 64–72 sentimeter (25–28 in).[1]
Pengakuran
Kepala anjing gembala Bukovina adalah besar, ternaik sedikit berhubungan dengan garis belakang. Tengkoraknya sederhana lebar. Stopnya bertanda sedikit. Hidungnya hitam, cukup terbentuk, dan lebar. Muncungnya mempunyai bentuk kon terpenggal, sama panjang dengan tengkorak, cukup terbentuk. Muncungnya beransur menjadi semakin tipis ke arah hujung tetapi tidak pernah runcing.
Bibirnya tebal, terpakai dengan baik, dengan pempigmenan kuat. Baka ini patut mempunyai rahang kuat, dengan gigi putih sihat dan gigitan gunting. Gigitan separas diizinkan.
Pipinya tidak menonjol. Matanya kecil berbanding dengan dimensi tengkorak, berbentuk badam, dan serong, berwarna perang berangan atau lebih cerah sedikit, tidak pernah kuning.
Kelopak matanya berpigmen dengan baik. Telinganya tinggi, berbentuk V, dengan hujung membulat, labuh, dan sangat dekat dengan pipi. Lehernya sederhana panjang, besar dan kuat, tanpa gelambir.
Tubuh berototnya besar dengan belakang yang tersokong dengan baik. Dadanya lebar dan tinggi, mencapai paras siku dengan rusuk cukup melengkung. Kulitnya tebal dan kelabu gelap. Bulunya pendek pada kepala dan tungkai depan. Pada tubuh, bulunya lebat, lurus, lebih tebal, dan lebih keras, sepanjang 2.5–3.5 inci (6.4–8.9 cm). Lapis bulu seterusnya lebih pendek dan tebal, dengan warna lebih cerah. Di leher, bulunya lebih panjang dan membentuk surai. Di sisi belakang tungkai, bulunya membentuk rumbai sederhana panjang.
Ekornya lebat, dilitupi dengan bulu yang lebih panjang dan lebih tebal. Apabila anjing berkenaan santai, ia cenderung untuk mengangkat ekor rendah-rendah, mencapai titik keting atau malah lebih rendah. Apabila anjing berkenaan berjaga-jaga dan memberikan perhatian atau sedang bertindak, ekornya ternaik. Dalam kes ini, ekornya mungkin naik melebihi paras belakang, berbentuk sabit.[1]
Gaya jalan
Berharmoni, anjal, selaras dengan baik, memberikan kesan kuasa tanpa susah payah. Gaya jalan yang diutamakan ialah ligas.[1]
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- Anjing gembala Karpatos Romania
- Anjing gembala Miorița Romania
- Anjing gembala gagak Romania
Catatan
Rujukan
- ^ a b c d e f g h "FCI-Standard N° 357 CIOBĂNESC ROMÂNESC DE BUCOVINA (Romanian Bucovina Shepherd)" [Piawaian FCI No. 357 Anjing Gembala Bukovina Romania] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Asociația Chinologică Română. Disemak oleh Jennifer Mulholland, Jorge Nallem, dan Petru Muntean. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 1 September 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ "Provisional Basis Recognition" [Pengiktirafan Dasar Sementara] (PDF). Recognition of Breed (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 13 Julai 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: CIOBANESC ROMÂNESC DE BUCOVINA (357)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA BUKOVINA ROMANIA (357)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Januari 2024.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Bukovina Romania |
- Halaman Anjing Gembala Bukovina di ciobanesc.ro (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 12 April 2009 di Wayback Machine
- Pembiak Baka Anjing Gembala Bukovina (dalam bahasa Romania)