Nama lain |
| ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Poland | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Podhale Poland[a] atau anjing gembala Tatra[b] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar Poland yang berasal dari Pergunungan Tatra di rantau Podhale di Poland selatan.[1]:78[3]:148 Ia sepenuhnya diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963.[4] Ia merupakan salah satu daripada lima baka anjing yang berasal dari Poland, selebihnya merupakan grehaun Poland, ogar Poland, anjing pemburu Poland, dan anjing gembala tanah pamah Poland.[5]:254
Sejarah
Seperti anjing penjaga kawanan putih besar lain Eropah seperti kuvasz, anjing gembala Maremma, dan anjing gunung Pyrénées, anjing gembala Tatra dipercayai diterbitkan daripada daripada anjing yang dibawa dari Asia oleh pastoralis nomad.[5]:254
Pertunjukan pertama untuk anjing ini diadakan pada tahun 1937. Oleh sebab ia berada di kawasan terpencil di pergunungan, sebilangan kecil anjing ini terselamat daripada peristiwa Perang Dunia Kedua.[6] Menjelang tahun 1954, apabila pertunjukan pertama pascaperang dianjurkan, kira-kira 120 contoh telah ditemukan; sebaik sahaja Związek Kynologiczny w Polsce, kelab kenel Poland, dibentuk semula selepas peperangan, pertunjukan diadakan di Kraków.[6]
Baka ini diiktiraf sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1963[4] atau tahun 1967.[6] Ia tidak lagi ditemukan hanya di kawasan asalnya tetapi tertabur di serata sebahagian besar Poland; sesetengah anjing berada di negara lain.[5]:254
Buku pembaka terbuka – anjing tidak berdaftar yang dinilai sebagai anjing tipikal baka ini boleh ditambahkan ke dalamnya. Kira-kira 300 ekor anak anjing lahir pada setiap tahun, dalam kira-kira 50 perinduk. Jumlah pendaftaran baharu tahunan dengan kelab kenel itu ialah 473 pada tahun 2011 dan 383 pada tahun 2012.[5]:254 Bukan semua anjing jenis ini didaftarkan dalam buku pembaka.[5]:254 Pada masa ini, AKC tidak mengiktiraf baka ini.
Ciri
Ketinggian pada paras kelasa ialah 65–70 sentimeter (26–28 in) untuk jantan dan 60–65 sentimeter (24–26 in) untuk betina.[2]
Ia biasanya hidup sehingga usia antara sepuluh dengan dua belas tahun.[3]:148
Kegunaan
Anjing gembala Tatra secara tradisional digunakan sebagai anjing penjaga kawanan ternakan untuk menghalang pemangsa daripada menyerang kawanan biri-biri di rupa bumi gunung-ganang di rantau Podhale. Di Poland moden, ia paling kerap dibela sama ada sebagai anjing pengawal atau sebagai haiwan pendamping.[5]:254
Lihat juga
Catatan
Rujukan
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Tatra |
- ^ a b Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
- ^ a b c "FCI breeds nomenclature: POLSKI OWCZAREK PODHALANSKI (252)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA PODHALE POLAND (252)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 15 Januari 2024.
- ^ a b c Pickeral, Tamsin (15 Oktober 2014). Dogs Unleashed [Anjing Dilepaskan] (dalam bahasa Inggeris). San Diego, California, Amerika Syarikat: Thunder Bay Press. ISBN 9781626860681. OCLC 880370238.
- ^ a b "FCI-Standard N° 252 POLSKI OWCZAREK PODHALANSKI (Tatra Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 252 Anjing Gembala Podhale Poland (Anjing Gembala Tatra)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 14 Julai 1997. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e f Radko, Anna; Rubiś, Dominika; Szumiec, Agnieszka (22 Februari 2017). "Analysis of microsatellite DNA polymorphism in the Tatra Shepherd Dog" [Analisis polimorfisme DNA mikrosatelit pada anjing gembala Tatra]. Journal of Applied Animal Research (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 46 (1): 254–256. doi:10.1080/09712119.2017.1292912. ISSN 0974-1844. S2CID 90573438.
- ^ a b c Kania-Gierdziewicz, Joanna; Gierdziewicz, Maciej; Budzyński, Bartłomiej (23 April 2015). "Genetic Structure Analysis of Tatra Shepherd Dog Population from Tatra Mountain Region" [Analisis Struktur Genetik bagi Populasi Anjing Gembala Tatra dari Rantau Gunung Tatra]. Annals of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Instytut Zootechniki. 15 (2): 323–335. doi:10.2478/aoas-2014-0090. ISSN 2300-8733. S2CID 84485015.