Sultan Riau-Lingga ialah jawatan warisan dan raja pemerintah Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga serta pulau-pulau di sekitarnya. Gelaran rasminya ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Yang Dipertuan Besar Kerajaan Riau-Lingga dengan segala daerah takluknya.
Jawatan ini wujud apabila Kesultanan Riau-Lingga wujud selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 di mana Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga serta pulau-pulau di sekitarnya kekal di bawah pemerintahan Sultan Johor ke-16, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah manakala negeri Johor dan negeri Pahang tidak lagi berada di bawah pemerintahan baginda lalu menjadi negeri bebas. Jawatan ini dimansuhkan apabila Kesultanan Riau-Lingga dibubarkan oleh Belanda pada 10 Februari 1911 kerana Sultan Riau-Lingga terakhir, Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah tidak mahu menurut kemahuan Belanda yang meminta baginda menandatangani perjanjian yang akan mengurangkan kuasanya dan meningkatkan penguasaan Belanda dalam Kesultanan Riau-Lingga.
Senarai Sultan
Wangsa Bendahara (1830–1883)
No. | Potret | Nama | Tempoh pemerintahan | Tarikh keputeraan dan kemangkatan | Pusat pemerintahan | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ![]() |
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah سلطان عبدالرحمن معظم شاه (Tengku Abdul Rahman) |
29 Oktober 1830 – 9 Ogos 1832 (1 tahun, 9 bulan dan 11 hari) |
1780 – 9 Ogos 1832 (sekitar umur 52 tahun) |
Lingga (1830 – 1832) |
| |||
2 | ![]() |
Sultan Muhammad II Muazzam Shah سلطان محمد معظم شاه (Tengku Muhammad) |
9 Ogos 1832 – 1835 (kira-kira 3 tahun) |
1803 – 20 Julai 1841 (sekitar umur 38 tahun) |
Lingga (1832 – 1835) |
| |||
3 | ![]() |
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah سلطان محمود مظفر شاه (Tengku Mahmud) |
1835 – 7 Oktober 1857 (kira-kira 22 tahun) |
1823 – 10 Julai 1864 (sekitar umur 41 tahun) |
Lingga (1835 – 1857) |
| |||
Kesultanan Riau-Lingga mengakui ketuanan Belanda pada tahun 1857 | |||||||||
4 | ![]() |
Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah سلطان سليمان بدر العالم شاه (Tengku Sulaiman) |
7 Oktober 1857 – 17 September 1883 (25 tahun, 11 bulan dan 10 hari) |
? – 17 September 1883 | Lingga (1857 – 1883) |
| |||
Raja Abdul Rahman diangkat menjadi Sultan Riau-Lingga lalu berakhirnya era Wangsa Bendahara dan bermulanya era Wangsa Yang Dipertuan Muda |
Wangsa Yang Dipertuan Muda (1883–1911)
No. | Potret | Nama | Tempoh pemerintahan | Tarikh keputeraan dan kemangkatan | Pusat pemerintahan | Nota | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
5 | ![]() |
Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah سلطان عبدالرحمن معظم شاه (Raja Abdul Rahman) |
13 Oktober 1883 – 10 Februari 1911 (27 tahun, 3 bulan dan 28 hari) |
1851 – 28 Disember 1930 (sekitar umur 79 tahun) |
| ||||
Kesultanan Riau-Lingga dibubarkan oleh Belanda pada tahun 1911 |