| Chipper Jones | |||
|---|---|---|---|
Jones bersama Atlanta Braves pada 2009 | |||
| Atlanta Braves – No. 10 | |||
| Third baseman | |||
| Dilahirkan: 24 April 1972 DeLand, Florida, A.S. | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 11 September, 1993, untuk Atlanta Braves | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 3 Oktober, 2012, untuk Atlanta Braves | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .303 | ||
| Pukulan | 2,726 | ||
| Home run | 468 | ||
| RBI | 1,623 | ||
| Pasukan | |||
Pemain:
Jurulatih:
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
| Ahli National | |||
| Pelantikan | 2018 | ||
| Undian | 97.2% (undian pertama) | ||
Larry Wayne "Chipper" Jones Jr. (lahir 24 April 1972) ialah seorang bekas pemain besbol profesional Amerika yang bermain sebagai penjaga tapak ketiga dalam Major League Baseball (MLB) bersama pasukan Atlanta Braves dari tahun 1993 hingga 2012. Braves memilih Jones sebagai pilihan pertama keseluruhan dalam draf MLB 1990. Beliau juga merupakan ahli pasukan juara Siri Dunia 1995 yang menewaskan Cleveland Indians. Sebagai pemain All-Star sebanyak lapan kali, Jones memenangi Anugerah Pemain Terbaik (MVP) National League (NL) pada tahun 1999 serta Anugerah Silver Slugger NL bagi posisi penjaga tapk ketiga pada tahun 1999 dan 2000. Beliau turut menjadi pendahulu pukulan MLB pada tahun 2008 dengan purata pukulan .364.
Jones mengakhiri kerjayanya pada tahun 2012 dengan purata pukulan kerjaya .303, 468 home run, dan 1,623 larian hasil pukulan (RBI). Beliau memegang rekod pasukan Braves untuk purata mendapatkan base (on-base percentage) tertinggi sebanyak .402, dan menduduki tempat ketiga dalam senarai home run sepanjang zaman pasukan tersebut. Jones merupakan satu-satunya pemain switch hitter dalam sejarah MLB yang mempunyai purata pukulan kerjaya melebihi .300 dan memukul lebih 300 home run. Beliau berada di tempat kedua dalam jumlah RBI untuk switch hitter selepas Eddie Murray, dan ketiga dalam peratusan slugging selepas Mickey Mantle dan Lance Berkman. Jones juga merupakan pemain ke-18 dalam sejarah MLB yang mencapai 5,000 kali pukulan dan menamatkan kerjaya dengan purata pukulan sekurang-kurangnya .300, purata mendapatkan base sekurang-kurangnya .400, dan peratusan slugging sekurang-kurangnya .500 — serta satu-satunya switch hitter yang berjaya mencapai semua pencapaian ini.
Pada 28 Jun 2013, Braves menamatkan penggunaan nombor jersi 10 milik Jones dan mengangkatnya ke dalam Dewan Kemasyhuran pasukan tersebut. Pada tahun 2018, beliau diangkat ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun pertama kelayakannya. Jones berkhidmat sebagai penganalisis warna (color analyst) di ESPN pada tahun 2020 dan kembali ke Braves sebagai pembantu jurulatih bagi latihan pukulan pada tahun 2021.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Chipper Jones |








