Hank Aaron | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Aaron bersama Atlanta Braves pada 1974 | |||||||||
Right fielder | |||||||||
Dilahirkan: Mobile, Alabama, A.S. | 5 Februari 1934|||||||||
Meninggal dunia: 22 Januari 2021 Atlanta, Georgia, A.S. | (umur 86)|||||||||
| |||||||||
MLB debut | |||||||||
April 13, 1954, untuk Milwaukee Braves | |||||||||
Penampilan MLB terakhir | |||||||||
3 Oktober, 1976, untuk Milwaukee Brewers | |||||||||
Statistik MLB | |||||||||
Purata pukulan | .305 | ||||||||
Pukulan | 3,771 | ||||||||
Home run | 755 | ||||||||
RBI | 2,297 | ||||||||
Pasukan | |||||||||
| |||||||||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||||||||
Rekod MLB
| |||||||||
Ahli National | |||||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |||||||||
Pelantikan | 1982 | ||||||||
Undian | 97.8% (undian pertama) | ||||||||
|
Henry Louis Aaron (5 Februari 1934 – 22 Januari 2021), digelar "Hammer" atau "Hammerin' Hank", ialah seorang pemain besbol profesional Amerika yang bermain sebagai pemadang kanan selama 23 musim dalam Major League Baseball (MLB) dari tahun 1954 hingga 1976. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain besbol terhebat dalam sejarah. Aaron menghabiskan 21 musim bersama pasukan Milwaukee / Atlanta Braves dalam National League (NL) dan dua musim bersama pasukan Milwaukee Brewers dalam American League (AL).
Semasa bersara, Aaron memegang kebanyakan rekod utama MLB dalam kategori power hitter. Beliau telah meleburkan rekod jumlah larian home run sepanjang kerjaya yang sebelum itu dipegang oleh Babe Ruth, dan mengekalkan gelaran tersebut selama 33 tahun sebelum rekod itu diatasi oleh Barry Bonds pada tahun 2007 dengan jumlah 762 home run. Aaron memukul sekurang-kurangnya 24 home run setiap musim dari tahun 1955 hingga 1973, dan merupakan salah seorang daripada hanya dua pemain (seorang lagi ialah Alex Rodriguez) yang berjaya memukul 30 atau lebih home run dalam satu musim sebanyak sekurang-kurangnya 15 kali.
Aaron memegang beberapa rekod sepanjang zaman MLB termasuk jumlah markah akibat pukulan (RBI) terbanyak dengan memiliki 2,297, seterusnya pukulan extra-base terbanyak (1,477), dan total bases terbanyak (6,856). Beliau juga berada di kedudukan ketiga sepanjang masa dalam jumlah pukulan dengan 3,771, dan kelima dalam jumlah larian yang dilengkapkan (2,174). Aaron merupakan salah seorang daripada hanya empat pemain yang mencatat sekurang-kurangnya 17 musim dengan 150 atau lebih pukulan. Kehebatan beliau sebagai pemukul terbukti apabila beliau masih mempunyai lebih daripada 3,000 pukulan walaupun tidak mengira sebarang home run.
Aaron terpilih sebagai All-Star National League selama 20 musim dan All-Star American League selama satu musim. Beliau memegang rekod pemilihan All-Star terbanyak dalam sejarah (25 kali), dan berkongsi rekod jumlah perlawanan All-Star terbanyak dimainkan (24 kali) bersama Willie Mays dan Stan Musial. Selain itu, beliau juga memenangi tiga Anugerah Sarung Tangan Emas, dan pada tahun 1957, beliau telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik (MVP) National League selepas membantu pasukan Milwaukee Braves untuk menjuarai Siri Dunia.
Aaron dilahirkan dan dibesarkan di sekitar kawasan Mobile, Alabama, dan merupakan salah seorang daripada lapan orang adik-beradik. Beliau pernah bermain seketika dalam Liga Negro Amerika serta Minor League Baseball sebelum memulakan kerjaya dalam liga utama. Menjelang musim terakhir beliau dalam MLB, Aaron merupakan pemain terakhir yang berasal daripada Liga Negro masih berada dalam senarai pasukan liga utama. Sepanjang kerjayanya, terutama ketika menghampiri rekod home run, beliau dan keluarganya menerima ancaman perkauman yang serius. Pengalaman ini telah mencetuskan penglibatannya dalam gerakan hak sivil di Amerika Syarikat.
Aaron telah terpilih ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun pertama kelayakannya pada tahun 1982, dan turut dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Wisconsin pada tahun 1988. Pada tahun 1999, MLB memperkenalkan Anugerah Hank Aaron bagi menghargai pemain ofensif terbaik dalam setiap liga. Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 30 pemain dalam Pasukan Abad MLB (MLB All-Century Team). Beliau juga telah meraih Pingat Kebebasan Presiden pada tahun 2002. Selepas bersara, Aaron berkhidmat dalam pengurusan pasukan Atlanta Braves termasuk sebagai naib presiden kanan. Beliau tinggal berhampiran Atlanta sehingga kematiannya pada tahun 2021.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hank Aaron |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Hank Aaron |
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan BNF
- Rencana dengan pengenalan GND
- Rencana dengan pengenalan J9U
- Rencana dengan pengenalan LCCN
- Rencana dengan pengenalan MusicBrainz
- Kelahiran 1934
- Kematian 2021
- Pemain besbol Amerika Syarikat
- Pemain Atlanta Braves
- Pemain Milwaukee Braves
- Pemain Milwaukee Brewers