| Roberto Clemente | |||
|---|---|---|---|
![]() Clemente bersama Pirates pada 1962 | |||
| Right fielder | |||
| Dilahirkan: 18 Ogos 1934 San Antón, Carolina, Puerto Rico | |||
| Meninggal dunia: Disember 31, 1972 (umur 38) Pesisir pantai Isla Verde, Puerto Rico | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 17 April, 1955, untuk Pittsburgh Pirates | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 3 Oktober, 1972, untuk Pittsburgh Pirates | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .317 | ||
| Pukulan | 3,000 | ||
| Home run | 240 | ||
| RBI | 1,305 | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
| Ahli National | |||
| Pelantikan | 1973 | ||
| Undian | 92.7% | ||
| Kaedah Pemilihan | Pemilihan Khas | ||
Roberto Enrique Clemente Walker[a] (sebutan Sepanyol: [roˈβeɾto enˈrike kleˈmente (ɣ)walˈkeɾ]; 18 Ogos 1934 – 31 Disember 1972) ialah seorang pemain besbol profesional dari Puerto Rico yang bermain selama 18 musim dalam Major League Baseball (MLB) bersama pasukan Pittsburgh Pirates, dengan bermain sebagai pemain posisi pemadang kanan.
Clemente dilahirkan di Carolina, Puerto Rico. Semasa muda, beliau cemerlang dalam acara olahraga dan merupakan harapan Olimpik sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada sukan besbol. Kerjaya profesionalnya bermula pada usia 18 tahun bersama pasukan Cangrejeros de Santurce dalam Liga Besbol Profesional Puerto Rico.
Prestasi cemerlangnya menarik perhatian Brooklyn Dodgers, yang menawarkannya bonus sebanyak AS$10,000 untuk menandatangani kontrak. Namun, disebabkan peraturan bonus pada masa itu dan keputusan Dodgers untuk menghantarnya ke liga bawahan (minor league), Clemente akhirnya dipilih oleh Pittsburgh Pirates selepas musim 1954 melalui proses draf MLB.
Clemente menjadi All-Star selama 13 musim dan dipilih untuk 15 perlawanan All-Star. Beliau dinobatkan sebagai Anugerah Pemain Terbaik (MVP) National League (NL) pada tahun 1966, dan menjadi pendahulu pukulan NL pada tahun 1961, 1964, 1965, dan 1967. Beliau juga memenangi Anugerah Sarung Emas (Gold Glove Award) selama 12 musim berturut-turut dari tahun 1961 hingga 1972. Sepanjang kerjayanya, purata pukulan Clemente melebihi .300 untuk 13 musim, dengan jumlah keseluruhan 3,000 pukulan. Clemente merupakan juara Siri Dunia sebanyak dua kali, dan menjadi pemain pertama dari Caribbean dan Amerika Latin yang meraih Siri Dunia sebagai pemain posisi utama (1960), meraih Anugerah MVP National League (1966) dan memenangi Anugerah MVP Siri Dunia (1971).
Semasa luar musim atau offseason, selain bermain dalam liga musim sejuk Puerto Rico, Clemente turut aktif dalam kerja-kerja kebajikan di negara-negara Amerika Latin dan Caribbean. Pada 31 Disember 1972, beliau meninggal dunia dalam nahas udara ketika dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Nicaragua. Clemente terkorban apabila pesawat Douglas DC-7 yang disewanya untuk membawa dan menghantar bantuan kecemasan kepada mangsa gempa bumi besar di Nicaragua terhempas ke dalam laut berhampiran pantai Isla Verde, Puerto Rico. Beliau meninggal dunia sewaktu berusia 38 tahun.
Selepas kematiannya, Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan telah mengubah peraturan kelayakan untuk membolehkan pemain yang telah meninggal dunia sekurang-kurangnya selama enam bulan dicalonkan untuk pemilihan. Pada tahun 1973, Clemente telah dilantik secara anumerta ke dalam Dewan Kemasyhuran, menjadikannya pemain pertama dari Caribbean dan pemain kedua berketurunan Hispanik (selepas Lefty Gomez pada tahun 1972) yang menerima penghormatan tersebut. Beliau dikenali secara meluas dengan gelaran "The Great One".
Musim berikutnya, Pittsburgh Pirates menggantung jersi nombor 21 miliknya sebagai tanda penghormatan. Selain itu, Major League Baseball menamakan semula Commissioner’s Award kepada Anugerah Roberto Clemente, yang diberikan kepada pemain yang "paling mencerminkan semangat permainan besbol, semangat kesukanan, penglibatan masyarakat, dan sumbangan kepada pasukan."
Nota
- ^ Kedua-dua satu temu bual pada tahun 1955 bersama Orange Clemente dan satu lagi temu bual pada tahun 1994 bersama isterinya, Vera, mengesahkan bahawa nama penuh Clemente merangkumi nama tengah Enrique. Perbezaan ejaan — antara “Enrique” (dari temu bual 1994) dan “Enricque” (kononnya seperti yang dieja oleh Clemente untuk penemu bual pada 1955) — dipercayai berpunca daripada salah faham oleh penemu bual akhbar Post-Gazette yang tidak bertutur dalam bahasa Sepanyol. Kemungkinan besar, penemu bual tersebut tersilap menganggap perkataan “sí” (bermaksud “ya” dalam bahasa Sepanyol) sebagai huruf “c”, lalu menyebabkan kekeliruan dalam ejaan nama tersebut.[1][2]
Catatan
- ^ Abrams, Al (June 7, 1955). "Sidelight on Sports: A Baseball Star is Born". Pittsburgh Post-Gazette.
- ^ O'Brien, Jim (1994). Remember Roberto: Clemente Recalled by Teammates, Family, Friends, and Fans. James P. O'Brien Publishing. m/s. 54. ISBN 0-916114-14-7.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Roberto Clemente |
| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Roberto Clemente |
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac , or Beisbol 101
- Roberto Clemente Foundation
- Templat:Bbhof
- Templat:Sabrbio
- Roberto Clemente di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Roberto Clemente Museum
- Roberto Clemente Day









