| Ted Williams | |||
|---|---|---|---|
Williams pada 1940 | |||
| Left fielder / Pengurus | |||
| Dilahirkan: 30 Ogos 1918 San Diego, California, A.S. | |||
| Meninggal dunia: 5 Julai 2002 (umur 83) Inverness, Florida, A.S. | |||
| |||
| MLB debut | |||
| 20 April, 1939, untuk Boston Red Sox | |||
| Penampilan MLB terakhir | |||
| 28 September, 1960, untuk Boston Red Sox | |||
| Statistik MLB | |||
| Purata pukulan | .344 | ||
| Pukulan | 2,654 | ||
| Home run | 521 | ||
| RBI | 1,839 | ||
| On-base percentage | .482 | ||
| Rekod pengurus | 273–364 | ||
| % kemenangan | Templat:Winning percentage | ||
| Pasukan | |||
Pemain
Pengurus
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
| Ahli National | |||
| Pelantikan | 1966 | ||
| Undian | 93.4% (undian pertama) | ||
Theodore Samuel Williams (30 Ogos 1918 – 5 Julai 2002) ialah bekas pemain dan pengurus besbol profesional Amerika. Beliau bermain sepanjang 19 tahun kerjayanya dalam Major League Baseball (MLB), kebanyakannya di posisi pemadang kiri untuk pasukan Boston Red Sox dari tahun 1939 hingga 1960. Kerjayanya terhenti seketika disebabkan oleh beliau terlibat dalam khidmat ketenteraan semasa Perang Dunia Kedua dan Perang Korea. Dikenali dengan pelbagai gelaran seperti "Teddy Ballgame", "The Kid", "The Splendid Splinter", dan "The Thumper", Williams dianggap secara meluas sebagai antara pemukul terbaik dalam sejarah besbol, dan merupakan pemain terakhir dalam sejarah MLB yang mencapai purata pukulan melebihi .400 dalam satu musim.
Williams merupakan All-Star sebanyak 19 kali, pemenang Anugerah Pemain Terbaik (MVP) sebanyak dua kali, pendahulu pukulan AL sebanyak enam kali, serta pemenang Triple Crown sebanyak dua kali. Sepanjang kerjayanya, beliau mencatat purata pukulan .344, 521 home run, dan peratusan gabungan on-base plus slugging (OPS) sebanyak 1.116, iaitu yang kedua tertinggi sepanjang zaman. Purata pukulannya juga merupakan yang tertinggi bagi mana-mana pemain MLB selepas Perang Dunia Kedua, dan berada di tangga ke-11 sepanjang zaman.
Dilahirkan dan dibesarkan di San Diego, Williams mula bermain besbol sejak usia muda. Setelah menyertai Boston Red Sox pada tahun 1939, beliau segera muncul sebagai salah seorang pemukul terbaik dalam sukan itu. Pada tahun 1941, Williams mencatat purata pukulan .406, menjadikannya pemain kedua terakhir dalam sejarah MLB yang memukul melebihi .400 dalam semusim. Peratusan on-base sepanjang kerjayanya, iaitu .482, masih kekal sebagai yang tertinggi dalam sejarah MLB. Beliau memenangi Triple Crown pertamanya pada tahun 1942, sebelum menyertai Tentera Laut dan Kor Marin Amerika Syarikat dari 1943 hingga 1945 untuk berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua.
Selepas kembali ke MLB pada tahun 1946, Williams memenangi Anugerah MVP pertamanya dan membuat satu-satunya penampilan dalam Siri Dunia. Beliau kemudian meraih Triple Crown keduanya pada tahun 1947. Williams sekali lagi dipanggil untuk berkhidmat sebagai juruterbang tempur dalam Perang Korea pada tahun 1952 dan 1953. Meskipun begitu, pada usia 39 dan 40 tahun (1957 dan 1958), beliau masih berjaya menjadi pendahulu memukul AL untuk kali kelima dan keenam.
Williams bersara daripada permainan pada tahun 1960, dan pada tahun 1966 beliau telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun pertama kelayakannya. Selepas itu, beliau menjadi pengurus kepada pasukan Washington Senators / Texas Rangers dari 1969 hingga 1972. Selain besbol, Williams juga seorang pemancing ikan yang tegar, mengacarakan program televisyen memancing, dan kemudiannya dilantik ke dalam IGFA Fishing Hall of Fame.
Williams turut aktif dalam aktiviti amal, terutama melalui Jimmy Fund, yang membantu mengumpul berjuta-juta dolar untuk penyelidikan dan rawatan kanser. Pada tahun 1991, beliau menerima Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden George H. W. Bush, iaitu anugerah awam tertinggi kerajaan Amerika Syarikat. Williams turut disenaraikan dalam Major League Baseball All-Time Team pada tahun 1997, serta Major League Baseball All-Century Team pada tahun 1999.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ted Williams |
| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Ted Williams |
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac
- Templat:Bbhof
- Official Website
- Templat:Sabrbio
- Ted Williams di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)








