Willie Mays | |||
---|---|---|---|
![]() Mays pada 1955 | |||
Center fielder | |||
Dilahirkan: Westfield, Alabama, A.S. | 6 Mei 1931|||
Meninggal dunia: 18 Jun 2024 Palo Alto, California, A.S. | (umur 93)|||
| |||
Debut profesional | |||
NgL: 25 Mei, 1948, untuk Birmingham Black Barons | |||
MLB: 25 Mei, 1951, untuk New York Giants | |||
Penampilan MLB terakhir | |||
9 September, 1973, untuk New York Mets | |||
Statistik MLB | |||
Purata pukulan | .301 | ||
Pukulan | 3,293 | ||
Home run | 660 | ||
RBI | 1,909 | ||
Pasukan | |||
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
Ahli National | |||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |||
Pelantikan | 1979 | ||
Undian | 94.7% (undian pertama) |
Willie Howard Mays Jr. (6 Mei 1931 – 18 Jun 2024), digelar "the Say Hey Kid", merupakan seorang pemain besbol profesional Amerika Syarikat yang bermain sebagai pemadang tengah selama 23 musim dalam Major League Baseball (MLB). Beliau secara meluas dianggap sebagai salah seorang pemain besbol terhebat sepanjang zaman, dikenali sebagai pemain lima kemahiran (five-tool player) kerana keupayaannya dalam pukulan, kuasa, kepantasan, pertahanan, dan lontaran.
Mays telah dilahirkan di Westfield, Alabama, dan merupakan seorang atlet serba boleh. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1948 bersama pasukan Birmingham Black Barons dalam Negro American League. Setelah tamat sekolah menengah, beliau menandatangani kontrak dengan pasukan New York Giants pada tahun 1950. Seterusnya, beliau membuat penampilan sulung dalam MLB pada tahun 1951 bersama New York Giants, dan memenangi Anugerah Rookie Terbaik selepas mencatat 20 home run, membantu pasukannya memenangi pennant National League sulung mereka dalam 14 tahun.
Pada tahun 1954, Mays memenangi Anugerah Pemain Terbaik National League (NL MVP) dan memimpin Giants ke kejuaraan Siri Dunia, kejuaraan terakhir mereka sebelum berpindah ke pantai barat. Tangkapan "over-the-shoulder" beliau dalam Perlawanan 1 Siri Dunia 1954 dianggap sebagai antara aksi paling ikonik dalam sejarah besbol.
Setelah Giants berpindah ke San Francisco, Mays terus menyerlah dan memenangi MVP kedua pada tahun 1965. Beliau turut membawa pasukannya ke Siri Dunia 1962, walaupun tewas kepada pasukan New York Yankees. Mays menamatkan kerjayanya bersama pasukan New York Mets selepas ditukar ke sana pada awal musim 1972, dan bersara selepas Siri Dunia 1973. Selepas bersara, beliau berkhidmat sebagai jurulatih Mets sepanjang dekad 1970-an, sebelum kembali ke Giants sebagai pembantu khas kepada presiden dan pengurus besar.
Willie Mays telah dipilih sebagai All-Star sebanyak 24 kali, menyamai rekod penampilan kedua terbanyak dalam sejarah. Sepanjang kerjayanya, beliau mendahului Nationa League dalam kategori home run sebanyak empat kali dan purata slugging sebanyak lima kali, sambil mencatat purata pukulan melebihi .300 dan sekurang-kurangnya 100 markah akibat pukulan (RBI) dalam sepuluh musim berbeza. Pada era 1950-an, Mays juga berada di barisan hadapan dalam kebangkitan penggunaan kepantasan sebagai senjata serangan, apabila beliau mendahului liga dalam jumlah stolen base sebanyak empat kali, triple sebanyak tiga kali, dan larian sebanyak dua kali. Sepanjang dekad tersebut, jumlah keseluruhan 179 stolen base yang dicatatnya adalah tertinggi dalam liga utama. Beliau merupakan pemain pertama dalam National League yang berjaya mencatat 30 home run dan 30 stolen base dalam satu musim, serta pemain pertama dalam sejarah yang mencapai gabungan 300 home run dan 300 stolen base. Beliau juga merupakan pemain kedua, dan yang pertama bermain sebagai pemukul tangan kanan, yang berjaya mencatat 600 home run.
Selain kehebatannya dalam serangan, Mays turut menetapkan piawaian baharu dalam permainan bertahan. Sejak Anugerah Sarung Tangan Emas diperkenalkan pada tahun 1957, beliau memenangi 12 kali berturut-turut dalam posisi pemadang luar — satu rekod yang masih kekal. Beliau juga mendahului pemain pemadang tengah National League dalam jumlah double play sebanyak lima kali dan dalam assist sebanyak tiga kali.
Sebagai contoh pemain klasik yang memiliki lima kemahiran, Mays menamatkan kerjayanya dengan purata pukulan .301. Ketika bersara, beliau memegang rekod National League untuk jumlah larian tertinggi sepanjang kerjaya dengan 2,062 larian, dan berada di kedudukan kedua di belakang Stan Musial dalam jumlah perlawanan yang diturunkan (2,992). Beliau berada di kedudukan ketiga dalam sejarah liga untuk jumlah home run (660), jumlah at-bat (10,881), jumlah RBI (1,903), total bases (6,066), pukulan extra-base (1,323) dan jumlah walk (1,464). Di samping itu, beliau menduduki tempat keempat dalam jumlah pukulan (3,293), kelima dalam purata slugging (.557), dan kelapan dalam jumlah double (523). Dengan 140 triple, beliau turut mencatat kedudukan keempat tertinggi dalam kalangan pemain yang aktif selepas tahun 1945. Dalam aspek pertahanan, beliau memegang rekod liga utama untuk jumlah perlawanan sebagai pemain pemadang tengah dengan 2,829 perlawanan, serta jumlah putouts tertinggi sebagai outfielder dengan 7,095. Beliau menamatkan kerjayanya sebagai pemain pemadang luar dengan jumlah perlawanan kedua terbanyak dalam sejarah (2,842), hanya di belakang Ty Cobb, dan berada di tempat ketujuh dalam jumlah assist (188) serta ketiga dalam double play (59) bagi posisinya iaitu pemadang tengah.
Willie Mays telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1979, iaitu pada tahun pertama beliau layak untuk dicalonkan. Pada tahun 1999, beliau turut disenaraikan dalam Pasukan Abad Major League Baseball (MLB All-Century Team), sebagai penghormatan kepada sumbangannya yang luar biasa dalam sejarah sukan tersebut. Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya yang melangkaui dunia sukan, Mays telah dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Barack Obama pada tahun 2015, iaitu penghormatan sivil tertinggi di Amerika Syarikat.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Willie Mays |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Willie Mays |
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan BNC
- Rencana dengan pengenalan GND
- Rencana dengan pengenalan LCCN
- Rencana dengan pengenalan MusicBrainz
- Kelahiran 1931
- Kematian 2024
- Pemain besbol Amerika Syarikat
- Pemain New York Giants (besbol)
- Pemain New York Mets
- Pemain San Francisco Giants