Larry Walker | |||
---|---|---|---|
![]() Walker bersama St. Louis Cardinals pada 2005 | |||
Right fielder | |||
Dilahirkan: Maple Ridge, British Columbia, Kanada | 1 Disember 1966|||
| |||
MLB debut | |||
16 Ogos, 1989, untuk Montreal Expos | |||
Penampilan MLB terakhir | |||
2 Oktober, 2005, untuk St. Louis Cardinals | |||
Statistik MLB | |||
Purata pukulan | .313 | ||
Pukulan | 2,160 | ||
Home run | 383 | ||
RBI | 1,311 | ||
Pasukan | |||
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
Ahli National | |||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |||
Pelantikan | 2020 | ||
Undian | 76.6% (undian kesepuluh) |
Larry Kenneth Robert Walker (lahir 1 Disember 1966) ialah bekas pemain besbol profesional Kanada yang bermain selama 17 musim dalam Major League Baseball (MLB) bersama pasukan Montreal Expos, Colorado Rockies dan St. Louis Cardinals. Pada tahun 1997, beliau menjadi satu-satunya pemain dalam sejarah liga utama yang mencatatkan peratusan slugging (SLG) .700 dan mencuri 30 base dalam satu musim yang sama, sekaligus memenangi Anugerah Pemain Terbaik (MVP) National League (NL). Walker juga merupakan pemain pertama dalam lebih 60 tahun yang mencatat purata pukulan .360 dalam tiga musim berturut-turut dari 1997 hingga 1999, serta memenangi tiga gelaran pemukul terbaik NL.
Beliau telah disenaraikanke dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Kanada pada tahun 2007, Dewan Kemasyhuran Besbol Kanada pada tahun 2009, dan dinamakan sebagai tokoh sukan Kanada ke-13 terbaik oleh majalah Sports Illustrated pada tahun 1999. Pada tahun 2020, Walker dipilih untuk dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan.
Walker terkenal sebagai pemain serba boleh yang memiliki gabungan kecergasan luar biasa dan naluri semula jadi. Beliau memiliki kemampuan memukul untuk purata dan kuasa, digabungkan dengan kelajuan yang melebihi purata, kecekapan pertahanan, serta kekuatan dan ketepatan lontaran yang tinggi. Pada tahun 1998, beliau diiktiraf sebagai atlet Kanada terbaik dengan memenangi Anugerah Lou Marsh. Antara penghargaan lain yang diraih termasuklah lima kali terpilih sebagai pemain All-Star MLB, tujuh Anugerah Sarung Tangan Emas, tiga Silver Slugger Award dan sembilan Tip O’Neill Award. Purata slugging sepanjang kariernya sebanyak .565 menjadikan beliau berada di kedudukan ke-12 sepanjang zaman. Walker ialah salah seorang daripada 19 pemukul dalam sejarah yang mencapai purata pukulan .300, peratusan on-base (OBP) .400, dan slugging .500 dengan sekurang-kurangnya 5,000 kali kemunculan di plat, serta salah seorang daripada enam yang memulakan kerjaya selepas tahun 1960. Dari segi metrik lanjutan, beliau merupakan antara tiga pemain sahaja dalam sejarah yang berada dalam kalangan 100 teratas bagi kategori larian pukulan, larian base-running, dan larian pertahanan; dua lagi ialah Barry Bonds dan Willie Mays.
Dibesarkan di Maple Ridge, British Columbia, Walker menghabiskan zaman mudanya bermain hoki jalanan dengan cita-cita menjadi penjaga gol National Hockey League. Namun, impian itu tidak kesampaian; sebaliknya, Montreal Expos melihat potensi besbolnya dan menandatangani beliau pada tahun 1984. Menjelang tahun 1990, Walker menjadi pemadang kanan utama mereka, membantu pasukan mencapai rekod terbaik liga pada tahun 1994 sebelum mogok pemain menghentikan peluang mereka ke Siri Dunia. Beliau menyertai Rockies sebagai ejen bebas selepas musim itu, dan dalam tempoh enam tahun bermula 1997, Walker menjadi pendahulu pukulan liga tiga kali dan dua kali menduduki tempat kedua NL. Pada 1997, beliau turut mendahului liga dalam kategori home run, OBP, dan SLG, selain menyertai kelab 30–30 (30 home run dan 30 stolen base), mencatat 12 assist dari luar lapangan dan memimpin posisinya dengan empat double play; beliau memenangi anugerah MVP NL pada tahun tersebut.
Oleh sebab beliau mahu dipindahkan ke pasukan yang lebih berpeluang menang, Walker dipindahkan oleh Rockies ke St. Louis pada pertengahan musim 2004 di mana beliau membuat penampilan pertama dalam Siri Dunia dan mencatatkan atau menyamai tiga rekod postseason Cardinals. Beliau mengumumkan persaraan daripada bermain besbol selepas Perlawanan 6 National League Championship Series 2005.
Selepas bersara, Walker telah berkhidmat sebagai jurulatih jemputan untuk Cardinals dan sejak 2009, menjadi jurulatih bagi pasukan kebangsaan Kanada. Dalam tempoh itu, Pasukan Kanada telah menyertai tiga kejohanan World Baseball Classic (WBC) dan dua kali dalam Sukan Pan Amerika, memenangi pingat emas berturut-turut pada tahun 2011 dan 2015.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Larry Walker di Wikipedia: | |
![]() |
Maklumat dari Wikidata |
![]() |
Takrifan dari Wikikamus |
![]() |
Imej dan media dari Commons |
![]() |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
![]() |
Berita dari Wikiberita |
![]() |
Petikan dari Wikipetikan |
![]() |
Teks sumber dari Wikisumber |
![]() |
Buku teks dari Wikibuku |
- Cdnmooselips33 Larry Walker di X
- Walker's three home run game on April 5, 1997 Diarkibkan Januari 8, 2017, di Wayback Machine
- Batting right-handed against Johnson in 1997 All-Star Game Diarkibkan Januari 9, 2017, di Wayback Machine