Sejarah China | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
PURBA | |||||||
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja | |||||||
Dinasti Xia 2100–1600 BCE | |||||||
Dinasti Shang 1600–1046 BCE | |||||||
Dinasti Zhou 1045–256 BCE | |||||||
Zhou Barat | |||||||
Zhou Timur | |||||||
Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh | |||||||
Zaman Negara Berperang | |||||||
Maharaja | |||||||
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE | |||||||
Dinasti Han 206 BCE–220 CE | |||||||
Han Barat | |||||||
Dinasti Xin | |||||||
Han Timur | |||||||
Tiga Kerajaan 220–280 | |||||||
Wei, Shu & Wu | |||||||
Dinasti Jin 265–420 | |||||||
Jin Barat | 16 Kerajaan 304–439 | ||||||
Jin Timur | |||||||
Dinasti-dinasti Utara & Selatan 420–589 | |||||||
Dinasti Sui 581–618 | |||||||
Dinasti Tang 618–907 | |||||||
( Zhou Kedua 690–705 ) | |||||||
5 Dinasti & 10 Kerajaan 907–960 |
Dinasti Liao 907–1125 | ||||||
Dinasti Song 960–1279 |
|||||||
Song Utara | Xia Barat | ||||||
Song Selatan | Jin | ||||||
Dinasti Yuan 1271–1368 | |||||||
Dinasti Ming 1368–1644 | |||||||
Dinasti Qing 1644–1911 | |||||||
MODEN | |||||||
Republik China 1912–1949 | |||||||
Republik Rakyat China 1949–kini |
Republik China (Taiwan) 1945–kini | ||||||
Zaman Negara Berperang ataupun Zaman Negara-Negara Berperang (Hanzi : 战国时代 ; Mandarin: Zhan Guo Shi Dai) merujuk kepada suatu era dalam sejarah China yang bemula selepas tamat Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh (春秋时代) pada tahun 475 SM, semasa kehancuran Dinasti Zhou, sehingga ia diakhiri dengan Dinasti Qin pada tahun 221 SM.
Dinasti Zhou
Zaman ini biasanya merujuk kepada bahagian kedua Dinasti Zhou, iaitu Dinasti Zhou Timur selepas tamat Zaman Luruh Bunga (春秋时代), walaupun Dinasti Zhou berakhir pada tahun 256 SM, 35 tahun lebih awal dari penamatan Zaman Negara Berperang.
Pada tahun 256 SM, Dinasti Zhou telah dihapuskan oleh seorang Jeneral (将军) dari Negara Qin bernama Bai Qi (白起) atas arahan dari Qin Zhuang Xiang Wang (秦庄襄王), ayahanda kepada Raja Ying Zheng dari Negara Qin.
Tiga Jin
Pada tahun 403 SM, tiga keluarga golongan bangsawan(公族) Negara Jin (晋国) yakni wangsa Han (韩), wangsa Zhao (赵) dan wangsa Wei (魏) telah memberontak melawan pemerintahan Jin selepas mendapatkan keizinan daripada kerajaan pusat Dinasti Zhou.
Ketua-ketua kepada tiga keluarga tersebut telah mengisytiharkan dirinya sebagai 'raja' kemudian dan memecahkan Negara Jin kepada tiga negara baharu yang didirikan oleh mereka.
Kejadian ini dikenali oleh ahli sejarah sebagai Tiga Keluarga Membahagi Negara Jin (三家分晋). Peristiwa ini juga merupakan punca Negara Han (韩国), Negara Zhao (赵国) dan Negara Wei (魏国) digelar sebagai Tiga Jin (三晋).
Negara Jin pada akhirnya menjadi sebuah negara mikro dan dihapuskan oleh kuasa Tiga Jin pada tahun 376 SM.
Tujuh Negara Besar
Nama | Tahun Didirikan (SM) | Tahun Dibubarkan (SM) | Nasib |
---|---|---|---|
Negara Han 韩国 | 403 | 230 | Ditakluk oleh Negara Qin |
Negara Zhao 赵国 | 403 | 228 | Ditakluk oleh Negara Qin |
Negara Wei 魏国 | 403 | 225 | Ditakluk oleh Negara Qin |
Negara Chu 楚国 | Abad ke-11 | 223 | Ditakluk oleh Negara Qin |
Negara Yan 燕国 | Abad ke-11 | 222 | Ditakluk oleh Negara Qin |
Negara Qi 齐国 | Abad ke-11 | 221 | Menyerah kalah kepada Negara Qin |
Negara Qin 秦国 | 905 | 221 | Menjadi Empayar Qin selepas penyatuan tujuh negara besar, menggantikan Zaman Negara Berperang kepada era Dinasti Qin |
Tujuh Negara Besar juga dikenali sebagai "Zhan Guo Qi Xiong (战国七雄)" merujuk kepada tujuh negara yang terbesar dalam seluruh tanah Zhong Yuan (中原; nama kepada kawasan pusat tanah China) selepas pewujudan Tiga Jin pada 403 SM.
Tujuh Negara Besar itu merupakan Negara Han (韩国), Negara Zhao (赵国), Negara Wei (魏国), Negara Chu (楚国) Negara Yan (燕国), Negara Qi (齐国) dan Negara Qin (秦国). Selain 7 negara tersebut, terdapat juga banyak negara kecil dan negara makro yang berwujud di Zhong Yuan.
Semua negara tersebut telah ditakluk oleh Negara Qin yang dipimpin oleh Raja Ying Zheng dari Negara Qin, dan akhirnya Negara Qin ini mengalami penstrukturan semula menjadi Empayar Qin pada tahun 221 SM.
Rujukan
- Ebrey, Patricia Buckley; Walthall, Anne; Palias, James B. (2006), Pre-Modern East Asia: A Cultural, Social, and Political History, Boston: Houghton-Mifflin Company, ISBN 0618133860
- Lewis, Mark Edward (1990), "The Spring and Autumn Period", dalam Loewe, Michael; Shaughnessy, Edward L. (penyunting), The Cambridge history of ancient China: from the origins of civilization to 221 B.C., Cambridge University Press, m/s. 587–649.
- Li Xueqin. Eastern Zhou and Qin Civilizations. Trans. K.C. Chang. New Haven: Yale University Press, 1985. ISBN 0-300-03286-2.
- Tzu, Sun; Griffith, Samuel B. (1963), The Art of War, New York: Oxford University Press
- Yap, Joseph P. (2009). Wars With The Xiongnu, A Translation from Zizhi tongjian. AuthorHouse, Bloomington, Indiana, U.S.A. ISBN 978-1-4490-0604-4.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Zaman Negara Berperang. |
- Warring States Project, University of Massachusetts Amherst
- Rulers of the warring states Chinese Text Project