Lokasi | Kuching, Sarawak, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | 22 Ogos 1985 |
Pengurusan | Wisma Saberkas Management Corporation |
Arkitek | Pusat beli-belah Pejabat kerajaan |
Bil. tingkat | 21 |
Laman web | https://wismasaberkas.my/ |
Wisma Saberkas ialah pusat beli-belah serta pejabat kerajaan yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak.
Sejarah
Pada awalnya, Wisma Saberkas dibina di tapak bekas kilang padi. Kontraktor utama bagi pembinaan Wisma Saberkas ialah Promet Berhad, sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrikal pula dijalankan oleh Bintai Kinden Corporation Berhad, sebuah syarikat kejuruteraan yang bersekutu dengan Jepun.
Pada 22 Ogos 1985, Wisma Saberkas dibuka secara rasmi oleh perdana menteri keempat dan ketujuh Malaysia, Mahathir Mohamad. Ia menjadi pusat beli-belah bertingkat tinggi yang pertama di Kuching.[1][2]
Sejak dibuka pada tahun 1985, Wisma Saberkas telah menjadi salah satu mercu tanda perniagaan utama di bandaraya Kuching. Pada tahun-tahun awal, pusat beli-belah ini menempatkan pelbagai jenis kedai termasuk restoran, bank, gedung serbaneka, kedai barangan elektronik, kedai alat muzik, pusat penajaran seni, serta kedai cakera padat. Antara kedai yang terkenal ketika itu termasuk restoran All Joy Food Centre, Hong Kong Noodle House, Stone Ice dan Kentucky Fried Chicken, cawangan Public Bank, gedung serbaneka Hibariya dan Ngiu Kee, kedai barangan elektronik PC Image, pusat seni Saberkas Arts School, serta kedai cakera padat Speedy.[3]
Namun, bermula sekitar tahun 2015, dengan pembangunan pesat pusat beli-belah moden di Kuching, jumlah pengunjung dan aktiviti perniagaan di Wisma Saberkas semakin berkurangan. Menjelang dekad 2020-an, kebanyakan premis asal telah ditutup, dan kira-kira 80% ruang perniagaan diambil alih oleh pelbagai kedai barangan elektronik. Pada tahun 2020-an, Wisma Saberkas berfungsi sebagai salah satu pusat utama bagi penduduk Kuching dan pelawat luar untuk membeli peralatan elektronik.[1][2]
Seni bina
Wisma Saberkas merangkumi 7 tingkat dasar berbentuk segi empat pepejal (podium) dan 14 tingkat tinggi berbentuk silinder (menara). 7 tingkat dasar berfungsi sebagai tempat letak kereta dan membeli-belah, manakala 13 tingkat tinggi dijadikan pejabat untuk kegunaan pegawai kerajaan. Sebaris gerai penjaja terbuka pun dibina di antara tingkat dasar tertinggi dengan tingkat tinggi terbawah.[2]
Meskipun Malaysia menggunakan sistem pemanduan sebelah kanan, di mana tempat duduk pemandu terletak di sebelah kanan kenderaan dan kenderaan dipandu di lorong sebelah kiri jalan raya, disebabkan reka bentuk bangunan Wisma Saberkas yang membolehkan kenderaan mengelilingi bahagian luar sebelum memasuki tingkat tempat letak kereta, pemandu mesti menggunakan lorong sebelah kanan untuk menunju ke tempat tersebut.
Setiap tingkat dasar Wisma Saberkas dilengkapi dengan sepasang eskalator dan tangga yang dibina berdekatan.
Rujukan
- ^ a b "Wisma Saberkas: 34 Years And Still Going Strong | Sarawak Tribune" (dalam bahasa Inggeris). 2019-02-17. Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ a b c "An Introduction to Wisma Saberkas Shopping Complex". Wisma Saberkas (dalam bahasa Inggeris). Malaysia.
- ^ "'I want to be happy like my father': Son keen to help dad run Stone Ice, hopes to take over one day" (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Dayak Daily. 16 Disember 2023.
Pautan luar
- Portal rasmi Wisma Saberkas (Inggeris)