Koordinat: 3°09′39″N 101°43′07″E / 3.1607362°N 101.7187134°E
Lokasi | Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
---|---|
Alamat | Pusat Beli-belah Ampang Park, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur |
Tarikh pembukaan | 15 Mac 1973[1] |
Tarikh penutup | 31 Disember 2017 |
Pemaju | Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd |
Pengurusan | Ampang Park Management Corporation (1836) |
Arkitek | DP Architects dan Thomas A.S. Tiang |
Bil. gedung dan perkhidmatan | 250+ |
Keluasan lantai peruncitan | 340,000 ka2 (32,000 m2) [1] |
Tempat letak kereta | Tingkat bawah dan ruang bawah tanah |
Bil. tingkat | 5 tingkat, termasuk tingkat bawah dan ruang bawah tanah |
Laman web | www.ampangpark.com.my |
Ampang Park ialah sebuah kompleks membeli-belah Malaysia yang terletak berhampiran dengan Suria KLCC di pinggir utara Kawasan Segi Tiga Emas, Kuala Lumpur. Lokasinya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur harus tidak dikelirukan dengan Ampang, Selangor. Ia dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973. Ia merupakan kompleks beli belah yang pertama di Malaysia dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan kehendak selain perkhidmatan untuk warga kota.
Ia dibangunkan oleh syarikat Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd berikutan kejayaan projek pertamanya di Singapura, People's Park yang dibuka pada 1968.[2] Kompleks ini mudah disinggah dengan menggunakan alihan rel ringan Putra LRT (Aliran Kelana Jaya) yang singgah di stesen LRT Ampang Park yang terletak di sebelahnya selepas stesen LRT KLCC.
Ampang Park mempunyai banyak kedai serbaneka yang menjual pakaian dan barang kemas, serta juga mempunyai penukar-penukar wang yang memberikan kadar-kadar pertukaran yang amat bersaingan. Kompleks ini dikaitkan melalui sebatang jambatan pejalan kaki dengan City Square, sebuah kompleks membeli-belah kelas tinggi di Jalan Tun Razak yang mempunyai banyak kedai reka bentuk dalaman dan balai seni lukis yang menarik. Kompleks Ampang Park telah ditutup pada 31 Disember 2017 dan dirobohkan pada 2018 bagi memberi laluan kepada pembangunan Stesen MRT Ampang Park yang dibuka pada 16 Mac 2023.
Transit
Pusat beli-belah ini disambungkan ke Laluan Kelana Jaya oleh KJ9 Stesen LRT Ampang Park. Ampang Park juga merupakan hab bas untuk Ampang-bound bus, iaitu laluan '''300''' dan '''303''' yang menghubungkan Ampang Park ke KJ10 KLCC dan AG18 Stesen LRT Ampang. Ia juga akan disepadukan dengan Stesen MRT Ampang Park MRT SSP yang akan datang.
The Amazing Race
Pada akhir tahun 2002, Ampang Park ditonjolkan dalam musim ketiga The Amazing Race sebagai suatu lokasi yang para peserta harus singgah (khususnya, sebuah kedai foto yang dikenali sebagai "Citifoto") untuk mencuci gambar Menara Berkembar Petronas. Pasukan-pasukan peserta mengalami kesusahan untuk mencari kompleks ini dan terpaksa meminta orang tempatan untuk membantu mereka tiba ke sana.
Pelan perobohan
Pada Oktober 2015, berita berlaku bahawa pusat membeli-belah itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek MRT2.[3] Penyewa dan pemilik kedai di pusat membeli-belah itu mencadangkan bahawa stesen MRT yang dicadangkan dibina di bawah bidang, di belakang pusat membeli-belah. Seterusnya, kempen "Save Ampang Park" ditubuhkan untuk menggesa kerajaan untuk menimbang semula perobohan itu.[4]
MRT Corp telah memberikan dua pilihan untuk pemilik strata; pengambilan tanah atau persetujuan bersama di mana MRT Corp akan merobohkan Pusat Beli-Belah Ampang Park dan membina sebuah pusat membeli-belah baru untuk pemiliknya apabila projek MRT Ampang Park siap dalam tempoh tujuh tahun. Pada 6 November 2015, MRT Corp mengumumkan bahawa pusat membeli-belah itu terhindar daripada perobohan, berikutan pilihan reka bentuk baru untuk stesen Ampang Park.[5] Walau bagaimanapun, dengan reka bentuk baru, integrasi fizikal penuh antara stesen MRT Ampang Park dan stesen Transit Aliran Ringan Ampang Park (LRT) tidak dapat dibina.[5]
Pada 18 Januari 2017, Mahkamah Rayuan menolak permohonan semakan kehakiman oleh 39 pemilik strata pusat membeli-belah terhadap pengambilan tanah untuk projek stesen Transit Aliran Ringan Ampang Park (MRT) Lembah Klang.[6]
Penutupan dan perobohan
Penutupan
Selepas kegagalan rayuan, pengambilan tanah untuk Ampang Park telah dibenarkan. Oleh kerana itu, pemilik kedai di dalam kompleks tersebut mula berpindah secara perlahan ke lokasi yang tidak tentu. Pada 29 November 2017, semua pemilik kedai dalam kompleks beli belah tersebut telah menerima notis bahawa Ampang Park akan berhenti beroperasi pada 31 Disember 2017 dan bekalan elektrik serta air dijangka akan dipotong pada keesokan hari.[7] Pada 26 Disember 2017, 70% pemilik telah berpindah, manakala yang lain, memilih untuk kekal sehingga hari terakhir operasi.
Pada hari-hari terakhir yang sebelum penutupannya, Ampang Park telah dipenuhi sesak oleh orang ramai, dengan pengunjung yang mengambil gambar-gambar terakhir manakala yang lain mengambil kesempatan kepada jualan penghabisan stok. Ampang Park telah ditutup tirainya selepas hampir 45 tahun beroperasi.[8]
Selepas Penutupan, Perobohan, Keadaan semasa
Selepas sahaja kompleks ditutup, kerja-kerja perobohan telah bermula di dalam struktur.[9] Pada bulan Januari 2018, siling, hiasan lengkapan dan pendawaian elektrik telah mula dialih keluar dari pedalaman pusat beli-belah dan ia telah menimbulkan kebimbangan keselamatan awam. Pada 23 Januari 2018, MRT Corp mengeluarkan satu kenyataan yang memisahkan diri daripada kerja-kerja perobohan di pusat membeli-belah. Disebabkan pengambilan tanah untuk Ampang Park masih belum selesai, MRT Corp tidak dapat melakukan apa-apa kerja pada bangunan itu. Laporan polis juga dibuat sebelum kenyataan dikeluarkan.[10][11] Selepas pengambilan tanah selesai, Ampang Park telah dikelilingi oleh pagar pembinaan sebelum perobohan bermula pada Mei 2018, proses perobohan mengambil masa 4 bulan untuk selesai.
Pada 30 Mei 2018, Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir mengumumkan pembatalan projek MRT3 serta-merta, [12] Selepas beberapa perubahan terhadap projek Lalaun MRT Putrajaya, Stesen MRT Ampang Park telah dibuka pada 16 Mac 2023. Bekas tapak Kompleks Ampang Park yang telah dirobohkan, telah menjadi lapangan taman bersifat sementara dengan laluan perjalanan kaki untuk sambungan ke stesen LRT Ampang Park.
Rujukan
- ^ a b Chan, Richard (28 August 2004). "Knowing the retailer's mind". New Straits Times. Dicapai pada 9 March 2008.
- ^ Detik-detik terakhir Ampang Park
- ^ M, Bavani (14 October 2015). "Ampang park to make way for MRT project". The Star. Dicapai pada 20 October 2015. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ Lim, Jarod (20 October 2015). "In bid to save Ampang Park". The Star. Dicapai pada 20 October 2015. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ a b "MRT new station design avoids Ampang Park demolition". Bernama. 1The Sun Daily. 6 November 2015. Dicapai pada 6 November 2015. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ KARIM, KHAIRAH N. (18 January 2017). "Owners of iconic Ampang Park lose appeal over MRT's land acquisition". New Straits Times (dalam bahasa English). New Straits Times. Dicapai pada 19 January 2017. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Resignation as Ampang Park ambles towards its end". Malaysiakini. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Last few hours for Ampang Park Shopping Mall". New Straits Times. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Tearing down of Ampang Park shopping centre under way". Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "MRT Corp: Dismantling activities at Ampang Park shopping complex not done by us". The Malay Mail. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "MRT Corp lodges police report over missing fittings in Ampang Park". Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Kerajaan batal projek HSR, laluan MRT 3". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-01. Dicapai pada 2018-05-30.
Pautan luar
- Laman web rasmi Diarkibkan 2010-02-09 di Wayback Machine