Dato' Seri Haji Wan Zahidi Wan Teh PSD; SPMP, DPMP (Perak); PMW (WP) | |
---|---|
Mufti Negeri Perak ke-9 | |
Menyandang jawatan 1 Ogos 2022 | |
Timbalan | Zamri Hashim |
Sultan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Didahului oleh | Harussani Zakaria |
Ahli Dewan Negara Negeri Perak | |
Ahli Kerana Jawatan | |
Menyandang jawatan 1 Ogos 2022 | |
Yang di-Pertua | Sultan Nazrin Shah |
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-6 | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2017 – 15 Ogos 2022 | |
Didahului oleh | Abdul Shukor Husin |
Digantikan oleh | Nooh Gadut |
Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 | |
Dalam jawatan 21 Mac 2006 – 20 Mac 2014 | |
Didahului oleh | Mohammad Yusoff Hussain |
Digantikan oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Gerik, Perak | 25 Julai 1942
Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh ialah seorang ilmuwan Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Mufti Perak berkuat kuasa 1 Ogos 2022.[1] Beliau merupakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 bermula 21 Mac 2006 hingga 20 Mac 2014. Beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dari 2017 hingga 2022.
Latar belakang
Wan Zahidi dilahirkan pada 25 Julai 1942 di Kampung Kerunai, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kerunai, Gerik, Perak. Kemudian beliau belajar di Maahad Al Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak, Madrasah Al Mashoor , Pulau Pinang dan Sekolah Pondok Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Dalam pengajian tinggi pula, beliau melanjutkan pengajian sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengambil Diploma Am Pendidikan di Universiti Ain Shams, Mesir. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana dalam Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar sehingga tahun 1974.
Jawatan
- Mufti Wilayah Persekutuan (Mac 2006 - Mac 2014)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (1975-1982)
- Pegawai Khas kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Ghafar Baba (1986 - 1988)
- Pensyarah Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1982-1986/1988-1993)
- Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1993-1994)
- Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Dato' Seri Anwar Ibrahim (1994-1997)
- Pakar Perundingan, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) (2000-2001)
- Rektor, Kolej Islam Darul Ridzuan (2002-2004)
- Ahli Panel Pemilih, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia
Khidmat
- Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia (2017-2022)[2]
- Anggota Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 2019-2021
- Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Ahli Lembaga Pengarah Harta Suci Sdn. Bhd.(PPZ)
- Ahli Pemegang Amanah YADIM.
Penulisan
- Malaysia Sebuah Negara Islam.
- Pelaksanaan Siasah Syar'iyyah dalam Pentadbiran Kerajaan.
- Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam.
- Masalah Takrif Dalam Masyarakat Islam .
- Masjid Sebagai Institusi Di bawah Hak Sultan
- Nasihat Sebagai Kaedah dalam hubungan antara ulama', umara' dan ummah
Anugerah dan pengiktirafan
- Perak
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' - 2001
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P) - Dato' Seri - 2023
- Wilayah Persekutuan
- Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) - Datuk - 2009
- Malaysia
- Panglima Setia Diraja (P.S.D.) - Datuk - 2011
Rujukan
- ^ Sahibus Samahah Dato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dalam pelantikan beliau sebagai Mufti Negeri Perak
- ^ YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia