Diasaskan pada | 1988 |
---|---|
Pengasas | Ainon Mohd Abdullah Hassan |
Negara asal | Malaysia |
Lokasi ibu pejabat | Kuala Lumpur |
Pengedaran | Kedai Borong PTS Bookcafe Buku Lelong Kedai Buku PTS |
Imprin | PTS Publishing House PTS Junior Bookiut Komik-M Penerbit X Puteh Press |
Laman web rasmi | pts.com.my |
PTS Media Group Sdn Bhd (dahulunya sebagai PTS Consultants Sdn Bhd) ialah sebuah kumpulan syarikat penerbitan dan pengedaran buku di Malaysia. Ia menghimpunkan beberapa buah syarikat di bawah jenama PTS yang diasaskan oleh pasangan penggiat bahasa, Ainon Mohd dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan. PTS merujuk kepada singkatan Professional Training Service.
Sejarah
PTS Consultants Sdn Bhd diasaskan pada 1988 bagi menawar khidmat rundingan penerbitan, latihan suntingan teks dan susun atur huruf.[1] Bermula tahun 2000, PTS mula aktif menerbit dan mengedar buku dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk bacaan umum.
PTS menyediakan perkhidmatan daripada segi latihan penulis, teknik menulis, para penulis, kulit, kandungan, tatabahasa, jualan buku dan pemasaran penulis. Hingga kini aktiviti penerbitan PTS diurus oleh lapan (8) anak syarikat penerbitan yang menerbitkan genre berbeza.
PTS Consultants Sdn Bhd ditukar nama kepada PTS Media Group Sdn Bhd pada 4 Januari 2012 bagi memperkemas bidang penerbitan, pemasaran, media dan produksi syarikat tersebut.
Syarikat naungan
PTS Media Group kini menaungi syarikat-syarikat penerbitan iaitu PTS Publishing House Sdn. Bhd. dan Open Bridge Publications Sdn. Bhd. Ia juga menaungi syarikat-syarikat pengedaran dan jualan buku iaitu PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., PTS Bookcafe Sdn. Bhd. dan PTS Events & Exhibitions Sdn. Bhd.
Di bawah PTS Publishing House Sdn. Bhd., terdapat beberapa imprin buku yang digunakan iaitu PTS Publishing House. PTS Junior dan Bookiut. Sebelum penyelarasan syarikat, beberapa imrpin turut digunakan iaitu PTS Millennia, PTS Professional Publishing, PTS Akademia, PTS One, PTS Litera Utama, PTS Islamika dan PTS Darul Furqan.
Di bawah Open Bridge Publications Sdn. Bhd. pula, terdapat beberapa imprin buku bergenre luar dari kebiasaan PTS iaitu Komik-M (genre komik), Penerbit X (genre misteri dan pengembaraan) dan Puteh Press (penerbitan bebas).
Di bawah sektor pengedaran pula, beberapa produk jualan buku ditubuhkan seperti Kedai Borong PTS (jualan secara borong), Kedai Buku PTS (kedai fizikal), Bookcafe (kedai dalam talian) dan Gedung Buku Lelong (jualan murah buku lama).
Rujukan
- ^ Pengenalan PTS. Capaian 21 Ogos 2012.