Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Sharifah | |||||
Keputeraan | Sharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail 10 Februari 1995 Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia | ||||
| |||||
Kerabat | Jamalullail Perlis | ||||
Ayahanda | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail | ||||
Bonda | Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil | ||||
Agama | Islam |
|
YAM Tengku Syarif Bendahara
|
YAM Tengku Syarif Temenggong
|
YAM Tengku Syarif Laksamana
|
YAM Tengku Syarif Panglima
|
YAM Dato’ Seri Syed Zainal Rashid |
YAM Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
|
YAM Dato’ Seri Syed Badlishah Jamalullail
|
Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (diputerakan pada 10 Februari 1995 di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan anakanda pertama dan puteri sulung kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Pendidikan
Yang Amat Mulia menerima pendidikan di INTER-COMMUNITY SCHOOL (ICS) OF ZURICH ketika menetap di Zumikon, Switzerland. Ayahandanya pernah bertugas sebagai Pengurus Kawasan di Switzerland, Austria dan negara-negara Eropah Tengah ketika berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Beliau menerima dwi Ijazah Sarjana Muda Sastera (dalam Jurusan Politik dan Perhubungan Antarabangsa) dari Universiti Melbourne di Australia.[1]
Kehidupan peribadi
Yang Amat Mulia mempunyai seorang adinda perempuan, Sharifah Farah Adriana, yang diputerakan pada 4 Mac 2001 dan seorang adinda lelaki, Syed Sirajuddin Areeb Putra, yang diputerakan pada 12 April 2009.
Kerjaya
Yang Amat Mulia mempunyai rangkaian perniagaan fesyen jenama Khatreena yang menjurus kepada seni rekaan busana dan tudung wanita. Jenama rangkaian fesyen Khatreena miliknya sering terlibat dalam acara fesyen tahunan Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang diadakan pada setiap bulan Ogos di Kuala Lumpur,Malaysia.[2] Acara pertunjukkan fesyen ini ialah satu siri acara musim panas (umumnya berlangsung selama lima hari) di mana koleksi rangkaian fesyen tempatan dan antarabangsa akan dipertontonkan kepada pembeli, pengamal media dan akhbar serta masyarakat umum.[3]
Terasul dan gelaran
Gelaran hormat bagi Sharifah Khatreena Nuraniah | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tengku |
- 10 Februari 1995 – 1 Ogos 2000: Yang Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Syed Faizuddin Putra Jamalullail
- 1 Ogos 2000 - kini: Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Rujukan
- ^ Bernama (17 Disember 2015) Puteri sulung Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, menerima ijazah daripada University of Melbourne, Australia. Utusan Borneo.
- ^ Rosmah Idayu (10 Julai 2019) Penampilan Bonda Pengaruhi Minat YAM Sharifah Khatreena Nuraniah Terokai Dunia Fesyen NONA.
- ^ Zaiton Manaf (4 September 2022) Sharifah Khatreena tonjolkan sifat tersendiri kopi dalam himpunan fesyen koleksi terbaharu Sinar Harian.