Butiran | |
---|---|
Ditubuhkan | 1819 |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Jenis | Tanah Perkuburan Islam Awam |
Milik | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) |
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Jawi: تانه ڤرقبورن اسلام جالن امڤاڠ) ialah tanah perkuburan di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Jalan Ampang berhampiran Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Perkuburan itu diasaskan pada tahun 1819.[1]
Pengebumian terkenal
- Raja Muda Laut bin Sultan Muhammad Shah – Raja Muda Selangor semasa pemerintahan Sultan Sir Alauddin Sulaiman Shah. (meninggal dunia: tahun 1913)
- Raja Muda Mahmud bin Sultan Muhammad Shah – Raja Muda Selangor semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah. (meninggal dunia: tahun 1919)
- Sutan Puasa bin Mangaraja Iro Koling – Seorang pemimpin dan pedagang dari suku Mendailing, dikenali dalam sejarah sebagai pengasas Kuala Lumpur. (meninggal dunia: tahun 1908)
- Tengku Panglima Besar Raja Allang bin Raja Berayun –Pembuka Kajang dan pemimpin kawasan tersebut. (meninggal dunia: tahun 1927)
- Syeikh Muhammad Salleh al-Minangkabawi – Syeikhul Islam (Mufti) Mufti Kerajaan Negeri Perak. (meninggal dunia: tahun 1933)
- Dato' Raja Mohamed bin Raja Allang –Yang Dihormatkan Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur ataupun Engku Orang Kaya Maha Bijaya Kuala Lumpur. (meninggal dunia: tahun 1962)
- Dato' Mohd Seth bin Mohd Said – Pemangku Menteri Besar Johor (meninggal dunia: tahun 1962)
- Aman Ramlie bin Jaafar – pelakon, pengarah, penyanyi, dan penulis lagu yang dikenali sebagai A.R. Tompel. (meninggal dunia: tahun 1973)
- Tan Sri Datuk Amar Ramlee bin Puteh – pelakon, pengarah, penyanyi, dan penulis lagu. (meninggal dunia: tahun 1973)
- Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) – Tokoh Bahasa, Pemikir dan Cendekiawan Melayu terulung (meninggal dunia: tahun 1973)
- Tun Mohamed Salleh Ismael – Ketua Polis Negara kedua (meninggal dunia: tahun 1973)
- Haji Mohd Yusuf bin Adil – Penulis buku sejarah, guru besar di Ipoh, Ketua Siaran Sekolah-sekolah Melayu di Radio Malaya (meninggal dunia: tahun 1976)
- Tun Dato' Maha Kurnia Abdul Malek bin Yusuf – Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama dan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kedua (meninggal dunia: tahun 1977)
- Puan Sri Datin Amar Salmah Ismail (Saloma) – Pelakon dan penyanyi filem Malaysia yang berasal dari Singapura dan juga isteri Tan Sri P. Ramlee. (meninggal dunia: tahun 1983)
- Tan Sri Abdul Rahman Hashim – Ketua Polis Negara (meninggal dunia pada tahun 1974, dalam pembunuhan yang dilakukan oleh subversif komunis semasa Pemberontakan Komunis (1968-1989))
- Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin – Ketua Setiausaha Negara keempat (1970–1976) (meninggal dunia: tahun 1978)
- Tan Sri Yaacob Abdul Latiff – Datuk Bandar Kuala Lumpur kedua (1973–1983) (meninggal dunia: tahun 1985)
- Datin Rosnah Jasni (Roseyatimah) – Pelakon filem Melayu era 1960-an dan isteri kepada Dato' Mustapha Maarof. (meninggal dunia: tahun 1987)
- Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais – Ketua Setiausaha Negara kedua (1964–1967) – Menteri Besar Selangor ke-6 (meninggal dunia: tahun 1994)
- Tan Sri Dato' Haji Abdul Mubin Sheppard – Pegawai tentera, Pegawai awam, Pengarah Muzium, Sejarawan, Mejar Pasukan Sukarelawan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (meninggal dunia: tahun 1994)
- Tun Mohammad Ismail Mohammad Ali – Gabenor kedua Bank Negara Malaysia (abang sulung kepada Razali Ali) (meninggal dunia: tahun 1998)
- Tan Sri Ahmad Razali Mohammad Ali – Menteri Besar Selangor ke-10 (adik kepada Ismail Ali) (meninggal dunia: tahun 2001)
- Dato' Seri Harun Idris – Menteri Besar Selangor ke-8 (meninggal dunia: tahun 2003)
- Nasir P. Ramlee – Anak lelaki Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (meninggal dunia: tahun 2008)
- Tan Sri Ainuddin Wahid – Tokoh Pendidikan dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (meninggal dunia: tahun 2013)
- Tan Sri Dr. Salma Ismail – Doktor wanita Melayu pertama (meninggal dunia: tahun 2014)
- Dato' Mustapha Maarof – Pelakon veteran filem Melayu (meninggal dunia: tahun 2014)
- Mariani Ismail – Pelakon veteran filem Melayu dan juga kakak Biduanita Negara Puan Sri Salmah Ismail (Saloma) (meninggal dunia: tahun 2015)
- Tan Sri S.M. Salim – Biduan Negara dan Penyanyi legenda lagu Melayu asli (meninggal dunia: tahun 2016)
- Tan Sri Elyas Omar – Datuk Bandar Kuala Lumpur ketiga (1983–1992) (meninggal dunia: tahun 2018)
- Mohamad Hanapiah Nasir – Sukan olahraga Negara (meninggal dunia tahun 2023)
Rujukan
- ^ "Muslim Cemeteries of the World". The Star. The Star. Dicapai pada 22 October 2019.