Roseyatimah | |
---|---|
Kelahiran | Rosnah binti Jasni 17 November 1943 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 14 Disember 1987 | (umur 44)
Sebab kematian | Kanser payudara |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1952–1987 |
Terkenal kerana | 'Rose' (Pendekar Bujang Lapok) 'Halimah' (Anak Bapak) |
Pasangan | Datuk Mustapha Maarof (k. 1967; m. 1987) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Neng Yatimah |
Bapa | Jasni Ahmad |
Datin Rosnah Jasni atau lebih dikenali sebagai seniwati Roseyatimah (17 November 1943 – 14 Disember 1987) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu yang terkenal pada era 1960an. Nama beliau adalah gabungan nama Rose dan Yatimah iaitu nama ibunya seniwati Neng Yatimah oleh P. Ramlee), beliau dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar.
Kerjaya filem
Pembabitannya dalam dunia seni bermula dengan kejayaan dalam satu ujibakat yang diadakan oleh P. Ramlee untuk filem Pendekar Bujang Lapok termasuk Aziz Sattar yang turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat. Beliau adalah salah seorang dari 10 peserta yang dipilih.
Selepas menjayakan filem komedi arahan dan lakonan P. Ramlee bersama Aziz dan S. Shamsuddin, kerjaya Roseyatimah terus melambung dan beliau terus tidak menoleh ke belakang untuk bergelar anak wayang. Bakat lakonannya di Cathay Keris menerusi beberapa filem lain seperti Tunang Pak Dukun, Sri Mersing, Rumah Itu Dunia Aku, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning, Chuchu Datok Merah, Muda Mudi semakin menyerlahkan lagi namanya.
Namun selepas berlakon dalam filem Anak Bapak yang diarahkan P. Ramlee pada 1965 di Studio Merdeka, Roseyatimah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang lakonan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga selepas bergelar isteri dengan suami yang dikenalinya semenjak sejak sekitar tahun 1950-an lagi iaitu seniman Datuk Mustapha Maarof sewaktu mempelajari seni silat di Boon Teck Road, Singapura bersama guru silat bernama Pak Awang, yang juga merupakan rakan baik kepada Pak Jasni (bapa kepada Roseyatimah). Dari situlah Mustapha mengenali Roseyatimah sehinggalah mereka sama-sama berpindah ke Cathay Keris. Pada 1960, Datuk Mustapha Maarof kemudian berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur manakala Roseyatimah pula masih lagi di Cathay Keris. Selepas itu, barulah beliau digandingkan bersama suaminya di dalam filem Sri Mersing arahan Salleh Ghani. Filem Udang Si Sebalik Batu adalah filem terakhir lakonan beliau bersama suaminya dan kemudian disusuli dengan perkahwinan mereka pada 1967.[1]
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1965 | Jiran Sekampong | Aktres Terbaik | Menang |
Keuzuran dan kematian
Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.
Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 di rumahnya di Subang Jaya, Selangor akibat penyakit barah payudara ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.[2][3]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1952 | Antara Senyum dan Tangis | Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak | |
1959 | Pendekar Bujang Lapok | Rose | |
1960 | Tunang Pak Dukun | Tijah | |
Pak Pandir Moden | Busu | ||
1961 | Sri Mersing | Siti Payung | |
Jalak Lenteng | Kemuning | ||
1962 | Lanchang Kuning | Teratai | |
Badang | Tengku Manis | ||
Jula Juli Bintang 7 | |||
Tun Fatimah | Lela Sari | ||
1963 | Rumah Itu Dunia Aku | ||
Chuchu Datok Merah | Siti Molek | ||
1964 | Dua Pendekar | Kenanga | |
Panglima Besi | Baiduri | ||
Hutang Darah Dibayar Darah | Puteri Balkis | ||
1965 | Muda Mudi | ||
Jiran Sekampung | Salmah | ||
Mata Dan Hati | |||
1965 | Gurindam Jiwa | ||
1966 | Udang Di Sebalik Batu | Suria | |
1967 | Under The Stars of Singapore | Kak Siti | Filem Jepun; penampilan khas |
1968 | Anak Bapak | Halimah | |
1975 | Anak Seluang Jauh Melaut | Sharifah | Filem terakhir |
Rujukan
- ^ "Roseyatimah cinta sejati Mustapha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2017-06-16.
- ^ Wahida Asrani (10 November 2006). "Roseyatimah: Hilang di mata, tidak di hati". mStar Online. Dicapai pada 24 Februari 2014.
- ^ "ROSEYATIMAH - Karier Bermula & Berakhir Di Tangan P. Ramlee". Nostalgia. Cinema Malaysia. 09 Mar 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada 24 Februari 2014. Check date values in:
|date=
(bantuan)