Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr. Salma Ismail PSM; DPMK, BCK (Kedah) | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 20 Julai 2014 | (umur 95)
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Warganegara | Malaysia |
Pusat pendidikan | Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura |
Pekerjaan | Doktor |
Tahun aktif | 1946–2005 |
Terkenal kerana | Doktor Melayu dari kalangan wanita pertama di Malaysia |
Pasangan | Datuk Dr. Abu Bakar Ibrahim |
Tan Sri Dato' Dr. Salma binti Ismail (19 Disember 1918 – 20 Julai 2014) ialah wanita Melayu pertama layak menjadi doktor di seluruh Tanah Melayu/Malaya. Berita kejayaan beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947.[1] Beliau penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-68 pada 11 Mei 2014.[2]
Pendidikan
Dr. Salma Ismail lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls' School / Sekolah Menengah Sultanah Asma , Alor Star.Beliau lulus Junior Cambridge (1934) dan Senior Cambridge (1935). Beliau calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Seterusnya belajar di King Edward VII College of Medicine di Singapura (1936) dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.Pelajaran beliau terhenti 1939-1945 oleh kerana Peperangan Dunia Kedua.Setelah menyambung semula pada 1946, beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.
Kerjaya
Selepas lulus jurusan perubatan , beliau menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur ; Pegawai Perubatan di Kedah (1950-1960) ; Pegawai Perubatan di Selangor (1961-1967) ; membuka klinik sendiri di Jalan Hale Kampung Baru, Kuala Lumpur (1967).
Beliau terlibat secara serius dalam perniagaan apabila menjadi Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd dan Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.
Aktiviti sosial
Beliau terpilih menjadi Presiden Kelab General Hospital Kedah ; Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah ; Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah ; Ahli Majlis Pelajaran Tinggi ; Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor (1976) ; Ahli Malaysian Medical Association ; Ahli Medical Defence Union ; Ahli College of General Practitioners ; Ahli Private Practitioners Association Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor dan Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society
Pingat dan anugerah
Beliau dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah (1957) ; Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) (1996) ; Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1997) yang membawa gelaran Tan Sri.[3]
Peribadi
Suaminya adalah Allahyarham Datuk Dr Abu Bakar bin Ibrahim, bekas Pengarah, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) (1918-1979). Mereka mendapat 4 orang anak: Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, En Ezani, Dr Normi dan Allahyarhamah Rosina. Allahyarhamah Rosina meninggal dunia dalam Tragedi Highland Towers.
Meninggal dunia
Dr Salma Ismail meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, Bangsar pada 20 Julai 2014. Usianya 96 tahun.
Rujukan
Pautan luar
- Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore, By Faridah Abdul Rashid
- Biography of the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore, By Faridah Abdul Rashid
- The Malays par excellence-- warts and all: an introspection, Ismail Noor, Muhammad Azaham, Pelanduk Publications, Dec 31, 2000 - History - 166 pages
- She: a tribute to the women of Malaysia, Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Ministry of Women, Family and Community Development, 2005 - Women in development - 191 pages