Muzaffar Riayat Shah II | |||||
---|---|---|---|---|---|
Paduka Sri Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Johor Darul Takzim III | |||||
Sultan Johor Darul Takzim III | |||||
Pemerintahan | 2 Julai 1564 sehingga 1570 | ||||
Kemahkotaan | 1564 | ||||
Didahului oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah II | ||||
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Shah I | ||||
Pemangku raja | Sultan Abdul Jalil Shah I | ||||
Raja Muda Johor Darul Takzim III | |||||
Pemerintahan | 1549 - 1 Julai 1564 | ||||
Didahului oleh | sultan Alauddin Riayat Shah II | ||||
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Shah I | ||||
Keputeraan | 1546 | ||||
Kemangkatan | 1570 (umur 24) | ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Alauddin Riayat Shah II | ||||
Agama | Sunni Islam | ||||
Tandatangan | ![]() |
Sultan Muzaffar Riayat Shah II ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II Zilullah fil-Alam Khalifat ul-Muminin merupakan sultan Johor yang ke-2.
Latar belakang
Nama asal baginda ialah Raja Muzafar atau Radin Bahar dan seterusnya bergelar Sultan Muzaffar Shah II apabila baginda menaiki takhta sebagai Sultan Johor ke-2 pada tahun 1564. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II.
Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Tanjung Batu sebelum pada akhirnya baginda telah berpindah dan bersemayam di kota seluyut dan menjadikan kota Seluyut sebagai pusat pemerintahannya pada tahun 1565. Dan disini jugalah, Tun Muhammad atau Tun Sri Lanang iaitu pengarang buku sejarah melayu di lahirkan. Istana Sultan dibina di atas bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204ft dengan tujuan supaya dapat mengawasi pergerakan kapal di sungai Johor. Sewaktu pemerintahan baginda, baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda telah menghantar tentera untuk membantu orang Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh.
Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut, dan makamnya disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".
Rujukan
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
Lihat juga
Pautan luar
- Sejarah Sultan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Malacca-Johor Genealogy
Penyandang Terdahulu | Sultan Johor ke-2 1564 – 1570 |
Penyandang Kemudian |
Alauddin Riayat Shah II | Abdul Jalil Shah I |