Stesen keretapi Ampang dibina oleh kerajaan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia II. Pengangkutan kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari lombong-lombong yang banyak di sekitar Ampang ke Pelabuhan Klang.
Kini, ia tidak digunakan lagi. Stesen ini telah dimusnahkan dan diganti dengan Stesen LRT Ampang.