Sekolah Kebangsaan Merchang | |
---|---|
Lokasi | |
21610 Merchang,, 21610, Marang,, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu pembentuk minda |
Nombor sekolah | 6098321252 |
Kod sekolah | TBA4004[1] |
Guru besar | HJ. TUAN MUSTAFA B. TUAN LAH |
GPK Pentadbiran dan Akademik | EN. MAT HASSAN BIN MUSA |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PN. HJH. ZAIDAH BT. AWG KECHIK |
Penolong Kanan Kokurikulum | EN. RUZMAN BIN NGAH |
Faks | 6098321252 |
Laman sesawang | http://skmerchang.blogspot.com |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Kebangsaan Merchang atau ringkasnya SK Merchang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Merchang, Marang, Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Merchang memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 533 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.Januari 2018[1]
Sejarah sekolah
Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Merchang
Alamat : SK Merchang, 21610 Merchang, Terengganu
Tarikh di buka: 1947 – Secara gotong royong (Sekolah Rakyat)
1948 – Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil alih
- Bilangan Murid : 20-30 orang
- Bilangan guru : 1 orang
- Bilangan kelas : 1 kelas
- Diasaskan oleh Khatib Haji Awang Bin Musa pada tahun 1947 dengan nama Sekolah Rakyat.
- Tapak asal berhampiran Masjid Kg. Merchang.
- Bangunan asal berdinding kayu dan beratapkan daun nipah.
- Murid pertama seramai 30 orang.
- Guru pertama mengajar Encik Che Ibrahim bin Mat Amin.
- Dipindahkan ke Kg Demang kerana masalah air pasang besar.
- Dipindahkan sekali lagi ke tapak sekarang di Kg Pulau Rusa apabila bangunan baru siap pada 31. 1. 1952.
1952- Dimulakan persekolahan ditapak kawasan sekolah yang ada sekarang ini seluas 6.081 ekar
- 136 orang (136 orang murid) (Darjah 1-5)
- 3 orang guru
Projek – projek 1984, 1985, 1986 dan 1987
1.) Projek Bangunan Tamabahan 3 bilik darjah
- Diusahakan PIBG sekolah dengan dibiayai oleh derma – derma peserorangan dan orang ramai.
- Dijalankan secara gotong royong dan di bantu oleh banduan-banduan dari Penjara Terbuka Marang
- Anggaran perbelanjaan ketika itu RM 5,000.00
- Awal 1984 telah siap digunakan
2.) Pusat Sumber SEK Keb. Merchang
- Dirasmikan pada 2hb April 1984 – Projek Kementerian Pelajaran – hanya dua buah sekolah yang dipilih di negeri ini.
3.) Pada tahun 1987, sekolah ini dipilih dan dijadikan Pusat Sumber Kelompok
4.) Projek 3 bilik darjah dan 3 unit rumah guru bermula pada tahun 1987.
- Projek 3 bilik darjah telah siap digunakan dan dilaksanakan secara gotong royong.
- Projek 3 unit Rumah Guru – dilaksanakan secara gotong royong.
- Peruntukan diberi sebanyak RM 30,0000.00 oleh Kementerian Pelajaran
- Projek ini telah siap dan telah didiami mulai Mei 1987.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Merchang,
- 21610 Merchang, Marang, Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6098321252
- Fax = 6098321252
Rujukan
- ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018