Sekolah Kebangsaan Kampung Wa | |
---|---|
Lokasi | |
Kampung Wa, Dungun, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Nombor sekolah | 6098389110 |
Kod sekolah | TBA1015[1] |
Guru besar | SHARFIZA BINTI SHAMSIR ALAM |
GPK Pentadbiran dan Akademik | AMIZATON BINTI ZAKARIA |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | FARHANA BINTI OTHMAN |
Penolong Kanan Kokurikulum | MAIZATUL SYUHADA BINTI MANSOR |
Faks | TIADA |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Kampung Wa |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
Sekolah Kebangsaan Kampung Wa merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Wa , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Wa memiliki 69 pelajar lelaki dan 61 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 130 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah ini telah diasas oleh Mohamad bin Kadir (Pak Su Mat) yang telah meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 72 tahun. Sekolah Kebangsaan Kampung Wa, Dungun didirikan pada tahun 1963. Sesi persekolahan bermula pada tahun 1964. Sebelum itu anak-anak tempatan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jerangau dengan menyusur sungai sejauh 4 Km, Dengan muafakat orang kampung (Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Padang Ping dan Kampung Lintang) YB Ibrahim Fikri, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu telah melawat tapak projek dan meluluskan peruntukan membina sebuah sekolah di Kampung Wa di atas tapak yang ada sekarang.
Sekolah ini terletak berhampiran dengan sungai Dungun. Sekarang telah dibina sebatang jalan raya dan memberi banyak kemudahan kepada masyarakat setempat berbanding dahulu. Dari dahulu sehinggalah sekarang keramaian murid sekolah ini lebih kurang 125 orang. Antara sebabnya ialah kerana penghijrahan orang muda ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun sekolah ini kecil tetapi prestasinya amat cemerlang dalam Kurikulum, Kokurikulum dan aspek pencapaian UPSR setiap tahun.
Banjir besar telah melanda sekolah ini pada tahun 1981 dan menenggelamkan banyak rekod-rekod, peralatan dan perabot sekolah. Awal tahun 2002 sebuah makmal komputer telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya oleh 162 murid.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Kampung Wa
- Kampung Wa , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6098389110
- Fax = TIADA