Sekolah Kebangsaan Ajil | |
---|---|
Lokasi | |
Pekan Ajil,, Ajil, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | GURU CEMERLANG MURID GEMILANG SEKOLAH TERBILANG |
Ditubuhkan | 2002 |
Nombor sekolah | 6096861154 |
Kod sekolah | TBA5053[1] |
Guru besar | TUAN HAJI MOHD ZAKI BIN TAIB |
GPK Pentadbiran dan Akademik | K.D FOLONIAH @ NUR LIANNA BT. ABDULLAH |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | NORRA BINTI MOHD BASIR |
Penolong Kanan Kokurikulum | ROHANI BINTI MAT SALLEH |
Faks | 6096861159 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Ajil |
Koordinat: 5°05′11″N 103°04′53″E / 5.086425°N 103.081498°E Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Sekolah Kebangsaan Ajil merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pekan Ajil , Ajil , Terengganu Darul Iman, Malaysia. Kedudukan sekolah ini agak strategik kerana ianya berhampiran dengan Pekan Ajil, Pejabat Pos, Balai Polis, Pos Imigresan, Loji Percetakan New Straits Times, Balai Hutan Ajil, Klinik, Kawasan Perindustrian Ajil dan Sekolah Menengah Ajil.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ajil memiliki 183 pelajar lelaki dan 154 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 337 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Ajil mula dibina pada tahun 2002, di bawah peruntukan “design and built” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawasan sekolah ini adalah seluas 4.682 hektar, dibina dengan menimbus kawasan berpaya yang dalam (dulu kawasan ini dikenali oleh penduduk kampung di sekitarnya sebagai Paya Besar). Oleh kerana projek sekolah ini dikategorikan sebagai ”Projek Sakit”, pembinaannya tergendala dan lambat disiapkan.
Pada 1 Mei 2007, dua orang guru dilantik sebagai perintis di sekolah ini iaitu :
- i. En. Mohd Azam b. Puteh – sebagai Penolong Kanan 1 : Dari Sekolah Kebangsaan Seri Berang.
- ii. En. Mohd Zubir b. Abdullah – sebagai Penolong Kanan Kokurikulum : dari Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.
Kedua-dua guru ini dibantu oleh Cik Norasidah bt. Deraman selaku Pembantu Tadbir (N17) dan Puan Azuraidah bt. Ramli (N1) serta Pembantu Pengurusan Murid, Puan Rafidah bt. A. Aziz @ Musa (N17).
Pada 10 Jun 2007, sesi persekolahan penggal kedua bermula, Sekolah Kebangsaan Ajil mula menerima murid seramai 239 orang bagi Tahun 1 hingga Tahun 5. Ke semua murid-murid ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Bukit Perah. Murid yang dihantar ke sekolah ini adalah merupakan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah dari persekitaran kampung seperti berikut :
- i. Pekan Ajil
- ii. Kampung Bukit Ara
- iii. Kampung Tok Gebuk
- iv. Kampung Merbau Pulas
- v. Kampong Cerang Nibung
- vi. Kampung Kolam
Guru Besar pertama sekolah ini ialah YM Syed Ahmad b. Syed Hassan yang mula bertugas di sekolah ini pada 1 Julai 2007. Pada 16 April 2008, beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pauh dan diganti dengan guru besar yang kedua iaitu Haji Mohd Zaki b. Taib dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Ajil
- Pekan Ajil , Ajil, Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 6096861154
- Fax = 6096861159
Rujukan
Pautan luar