Sanjō Sanetomi | |||||
|---|---|---|---|---|---|
三条 実美 | |||||
Putera Sanjō Sanetomi, s. lewat 1880-an | |||||
| Penyimpan Mohor Diraja Jepun | |||||
| Dalam jawatan 22 Disember 1885 – 18 Februari 1891 | |||||
| Raja | Meiji | ||||
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan | ||||
| Digantikan oleh | Tokudaiji Sanetsune | ||||
| Pemangku Perdana Menteri Jepun | |||||
| Dalam jawatan 25 Oktober 1889 – 24 Disember 1889 | |||||
| Raja | Meiji | ||||
| Didahului oleh | Kuroda Kiyotaka | ||||
| Digantikan oleh | Yamagata Aritomo | ||||
| Canselor Kerajaan Jepun | |||||
| Dalam jawatan 13 September 1871 – 22 Disember 1885 | |||||
| Raja | Meiji | ||||
| Didahului oleh | Takatsukasa Masamichi (1848) | ||||
| Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan | ||||
| Menteri Kanan | |||||
| Dalam jawatan 15 Ogos 1869 – 13 September 1871 | |||||
| Raja | Meiji | ||||
| Didahului oleh | Tokugawa Iemochi (1866) | ||||
| Digantikan oleh | Iwakura Tomomi | ||||
| Ahli Dewan Bangsawan | |||||
| Dalam jawatan Februari 1890 – 18 Februari 1891 | |||||
| Maklumat peribadi | |||||
| Lahir | 13 Mac 1837 Kyoto, Yamashiro, Jepun | ||||
| Meninggal dunia | 18 Februari 1891 (umur 53) Roppongi, Tokyo, Jepun | ||||
| Parti politik | Bebas | ||||
| Nama Jepun | |||||
| Kanji | 三条 実美 | ||||
| |||||
Putera Sanjō Sanetomi (三条 実美, 13 Mac 1837 – 18 Februari 1891) ialah seorang bangsawan istana dan negarawan Jepun pada zaman Pemulihan Meiji. Beliau memegang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan Meiji.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Kyoto, Sanjō ialah anak kepada Naidaijin Sanjō Sanetsumu. Beliau memegang beberapa jawatan penting di istana dan menjadi tokoh utama dalam gerakan sonnō jōi ("Hormati Maharaja, Usir Orang Gasar"), yang menentang Barat dan pemerintahan keshogunan Tokugawa.
Apabila rampasan kuasa pada 30 September 1863 membawa kelompok Aizu dan Satsuma yang lebih sederhana berkuasa, Sanjō melarikan diri ke Chōshū. Beliau kembali ke Kyoto selepas pengunduran shōgun Tokugawa Yoshinobu pada tahun 1867.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pejabat pentadbiran pertama (Sanshoku) kerajaan Meiji ditubuhkan pada 3 Januari 1868: Sōsai (Presiden), Gijō (Pentadbiran) dan San'yō (Pejabat Penasihat). Pejabat-pejabat ini dimansuhkan pada 11 Jun 1868 dengan penubuhan Dajō-kan (Majlis Agung Negara). Dalam kerajaan Meiji yang baru, Sanjō Sanetomi mengetuai Gijō, memegang jawatan Menteri Kanan (右大臣) dari 11 Jun 1868 hingga 15 Ogos 1871, dan kemudian Canselor Kerajaan (Dajō-daijin) dari 15 Ogos 1871 hingga 22 Disember 1885.
Sanjō dianugerahkan Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum pada 1882. Pada 7 Julai 1884, gelarannya ditukar menjadi koshaku (putera) di bawah sistem bangsawan kazoku. Beliau berkhidmat sehingga sistem dajōkan dimansuhkan pada 1885 dan kemudian dilantik sebagai Penyimpan Mohor Diraja Jepun selepas penubuhan sistem Kabinet.[1]
Pada 1889, apabila Perdana Menteri Kuroda Kiyotaka dan kabinetnya meletak jawatan secara besar-besaran, Maharaja Meiji hanya menerima peletakan jawatan Kuroda dan menjemput Sanjō memimpin kerajaan. Tanpa pelantikan perdana menteri baharu selama dua bulan, Sanjō menjadi satu-satunya Perdana Menteri Jepun (sementara) yang juga memegang jawatan Penyimpan Mohor Diraja Jepun secara serentak.
Pada 1890, beliau memperoleh kerusi dalam Dewan Bangsawan di Diet Jepun yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Meiji. Sanjō meninggal dunia pada 1891 dan diberikan penghormatan pengebumian negara. Makamnya terletak di Kuil Gokoku-ji, Bunkyō, Tokyo.
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ After the Meiji Constitution was adopted in 1890, a new system was established: "In case of death, incapacitation, resignation or removal of the prime minister, a member of the cabinet shall serve as acting prime minister until the next prime minister is formally appointed." Today Sanjō’s government is generally regarded as continuation of Kuroda’s.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sanjō Sanetomi |
- National Diet Library biography and photo
- Meiji Dignitaries is a portrait of Sanetomi and others from 1877
- . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911.
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Tokugawa Ienari |
Canselor Kerajaan Jepun 1871–1885 |
Jawatan dimansuhkan |
| Didahului oleh Kuroda Kiyotaka |
Perdana Menteri Jepun Pemangku 1889 |
Diikuti oleh: Yamagata Aritomo |








