Labuan | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah Persekutuan Labuan | ||||||
Transkripsi Lain-lain | ||||||
• Jawi | لابوان | |||||
• Cina | 纳闽 | |||||
Dari atas, kiri ke kanan: Kompleks Labuan Taman Kewangan, Tanah Perkuburan Perang Labuan, Lapangan Terbang Labuan, dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan | ||||||
Nama panggilan: Pulau Mutiara Borneo | ||||||
![]() | ||||||
Koordinat: 5°19′13.16″N 115°12′40.42″E / 5.3203222°N 115.2112278°E | ||||||
Negara | Malaysia | |||||
Ibu kota | Bandar Victoria | |||||
Pentadbiran | ||||||
• Jenis | Pemerintahan persekutuan dengan kerajaan tempatan | |||||
• Badan | Perbadanan Labuan | |||||
• Pengerusi | Anifah Aman | |||||
Keluasan | ||||||
• Jumlah | 91 km2 (35 batu persegi) | |||||
Aras tertinggi | 94 m (308 ft) | |||||
Penduduk (2020) | ||||||
• Jumlah | 95,120 | |||||
• Kepadatan | 1,038/km2 (2,690/batu persegi) | |||||
Indeks Pembangunan Manusia | ||||||
• IPM (2023) | 0.843 (tinggi) (ke-3) | |||||
Zon waktu | UTC+8 (MST) | |||||
Kod kawasan | 087 | |||||
Pendaftaran kenderaan | L SL (sebelum menjadi WP) | |||||
Min waktu suria | UTC+06:46:40 | |||||
Laman sesawang | www.pl.gov.my |
Labuan, atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Labuan merupakan sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia. Wilayah ini merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91.64 km2, dan enam pulau kecil di luar perairan negeri Sabah di Malaysia Timur. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, dua jam setengah penerbangan dari Kuala Lumpur, dan sekitar 30 km dari pantai Brunei. Labuan telah diisytihar sebagai pusat kewangan luar pantai pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan". Pusat pentadbiran bagi Labuan ialah Bandar Victoria, yang terkenal sebagai pusat kewangan luar pesisir yang menawarkan perkhidmatan dan perniagaan antarabangsa sejak 1990, serta menjadi hab sokongan luar pesisir bagi aktiviti minyak dan gas serantau.
Sejarah

Empayar British 1846–1848[3][1]
Jajahan Mahkota Labuan 1848–1941[1][4][5]
• Borneo Utara British 1890–1904
• Empayar British 1904–1906
• Negeri-Negeri Selat 1907–1941[6][7]
Empayar Jepun 1942–1945
Jajahan Mahkota Borneo Utara 1946–1963[8]
Malaysia 1963–kini[9]
• Sabah 1963–1984

Selama tiga abad sejak abad ke-15, Pulau Labuan merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei.[1][2] Pada 1775, Labuan telah diduduki sementara oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris setelah kekalahan mereka di Pulau Balambangan. Sultan Omar Ali Saifuddien I, Sultan Brunei cuba mendapatkan sokongan syarikat itu terhadap penceroboh Sulu dengan menawarkan pulau Labuan sebagai alternatif kepada pulau Balambangan, namun syarikat itu sebaliknya cuba menduduki Balambangan buat kali kedua dan gagal. Penawaran semula Labuan oleh baginda Sultan kepada syarikat itu tidak menyebabkan penubuhan mana-mana penempatan tetap British di pulau itu.[10]
Kedatangan semula British
Labuan mula menarik semula perhatian British pada abad ke-19, apabila Kapten Rodney Mundy telah memperoleh pulau itu bagi pihak British melalui Perjanjian Labuan yang dimeterai bersama Sultan Omar Ali Saifuddin II pada 18 Disember 1846.[11] Rodney Mundy telah membawa Pengiran Momin bagi menyaksikan penyerahan pulau itu kepada kerajaan British pada 24 Disember 1846.[12] Beberapa sumber menyatakan bahawa Sultan telah diugut oleh tentera British yang akan menyerang istana Sultan jika baginda enggan menandatangani perjanjian itu, dan terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa penyerahan pulau itu merupakan ganjaran kepada British atas bantuan mereka memerangi lanun.[3][13][14]
Antara sebab utama penyerahan Labuan kepada British ialah keinginan British untuk membina pengkalan tentera laut bagi melindungi kepentingan komersial mereka di rantau ini dan menyekat kegiatan lanun di Laut China Selatan.[1][15][16] British juga mempercayai bahawa Labuan akan menjadi sebuah pulau seperti Singapura.[17] Pada 1848, Labuan telah menjadi sebuah jajahan Mahkota dengan James Brooke sebagai gabenor pertamanya.[1][4][5][18] Pada 1849, Syarikat Kepulauan Timur (Eastern Archipelago Company) menjadi antara syarikat pertama British yang cuba mengeksploitasi deposit arang batu pulau itu, namun tidak lama kemudian mereka terlibat dalam pertikaian dengan James Brooke.[19][1][20][21] Menyedari Labuan bukanlah aset komersial yang hebat dan strategik, pentadbiran pulau itu telah diserahkan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 1890.[22][23] Syarikat itu kemudiannya tidak dapat mengurus Labuan dengan baik, bahkan pada 1904, pulau itu dicadangkan untuk diserahkan semula kepada Brunei.[24] Pada 1894, British telah membina kabel komunikasi bawah laut bagi menghubungkan komunikasi pulau itu dengan Borneo Utara, Singapura dan Hong Kong buat kali pertama.[25] Menjelang 30 Oktober 1906, kerajaan British telah bercadang untuk memasukkan Labuan ke dalam Negeri-Negeri Selat, di mana cadangan itu mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1907.[6][7]
Pendudukan Jepun
Sewaktu Perang Dunia Kedua, Labuan telah diduduki oleh Jepun dari 3 Januari 1942 hingga Jun 1945 dan berada di bawah kawalan unit Tentera Jepun ke-37 yang mengawal Borneo Utara. Pulau itu telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran tentera Jepun dan ditukar namanya kepada Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima]) sempena nama Komander tentera Jepun di Borneo, Marquis Toshinari Maeda. Jepun juga telah membangunkan Labuan dan Teluk Brunei sebagai pengkalan tentera laut apabila serangan balas tentera Berikat makin hampir. Selepas pengunduran Jepun dan pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.
Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan bagi kaum Kedayan dan Melayu Brunei ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa atau LOFSA).
Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman Damai (lokasi Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban semasa berperang dengan tentera Jepun di Tanjung Taras dan Taman Burung Eksotik.
Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi Pulau Labuan.
Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.
Politik
Labuan merupakan salah sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia. Pulau ini ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan (Sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan). Perbadanan Labuan yang diketuai oleh seorang Pengerusi adalah menjalankan tugas sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pentadbiran Labuan. Labuan mempunyai seorang perwakilan di Dewan Negara dan seorang di Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara bagi Labuan adalah (Kosong, belum ada lantikan baharu) manakala wakil Labuan di Dewan Rakyat adalah YB Dato' Indera Dr. Suhaili Bin Abdul Rahman . Secara lazimnya, ahli Dewan Rakyat bagi Labuan akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan. Kampung-kampung di Labuan pula di tadbir oleh seramai 27 orang Ketua Kampung yang dilantik oleh Perbadanan Labuan. Secara tradisi, hampir semua ketua-ketua kampung adalah berketurunan Kadayan-Brunei kecuali Ketua Kampung Sungai Keling yang berketurunan Cina.
Berikut senarai para pentadbir di Labuan:
Gabenor
27 Nov 1847 - Nov 1852 James Brooke (l. 1803 - m. 1868)
1852 - 1856 Spencer St. John (l. 1825 - m. 1910)
Leftenan Gabenor (pemangku tugas Gabenor)
1848 - 1850 William Napier
1850 - 1856 John Scott (l. 1814 - m. 1898)
Gabenor
1856 - 1861 George Warren Edwards
1861 - 1866 Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (l. c.1830 - m. 1881)
1866 - 1867 Hugh Low (l. 1824 - m. 1905)
1867 - 1871 John Pope Hennessy (l. 1834 - m. 1891)
1871 - 1875 Henry Ernest Gascoyne Bulwer (l. 1836 - m. 1914)
1876 - 1878 Herbert Taylor Ussher (l. 1836 - m. 1880)
1878 - 1881 Charles Cameron Lees (l. 1837 - m. 1898)
1881 - 1888 Peter Leys
1888 - 1890 Arthur Shirley Hamilton
1890 - 1906 Gabenor Borneo Utara
1906 - 1946 Gabenor Negeri-negeri Selat
Timbalan Gabenor
1906 - 1946 Residen British di Brunei
Residen British
1907 - 19.. M.S.H. McArthur
Feb 1917 - 1918 Geoffrey Edmund Cator (l. 1884 - m. 1973)
1918 - 1934 ....
1934 - 1936 A.D. York (l. 1907)
1936 - 1940 ....
1940 - 3 Jan 1942 A.H.P. Humphrey (l. 1912)
Komander Jepun
3 Jan 1942 - Mar 1945 ....
Mar 1945 - 10 Jun 1945 Hichiro Okuyama
Residen British
1945 - 16 Sep 1963 ....
Pengerusi Perbadanan Labuan
2001 - 2003 Dato' Othman Mohd Rijal (l. 1945)
2003 - 2008 Dato' Suhaili Abdul Rahman (l. 1961)
2008 - 2011 Tan Sri Ahmad Phesal Talib
2011 - 2013 Datuk Yussof Mahal
2013 - 2018 Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli
2018 - kini Dato' Sri Amir Hussein
Geografi
Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir pantai pulau Borneo bahagian pantai barat. Pulau Labuan adalah pulau terbesar, manakala ianya mempunyai lima lagi pulau kecil yang lain di sekitarnya iaitu Pulau Papan, Pulau Burong, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar.
Kampung
Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 27 kampung :-
- Sungai Labu
- Batu Arang
- Batu Manikar
- Layang-Layangan
- Lubok Temiang
- Rancha-Rancha
- Nagalang
- Sungai Lada
- Kerupang
- Lajau
- Pantai
- Tanjung Aru
- Tanjung Aru Nelayan
- Durian Tunjung
- Sungai Pagar
- Sungai Miri
- Gersik Saguking
- Ganggarak
- Bukit Kuda
- Bukit Kalam
- Sungai Bedaun
- Bebuloh
- Pohon Batu
- Patau-patau
- Sungai Kaling
- Kilan
- Merinding
Ekonomi
Senarai hitam syurga cukai OECD
Pada April 2009, atas permintaan Kumpulan 20 negara kaya dan membangun, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah menyenaraihitamkan Labuan sebagai satu dari "syurga bagi rahsia perbankan". Selain Malaysia, OECD juga menyenaraihitamkan Filipina, Costa Rica dan Uruguay. Empat negara ini dinamakan sebagai negara yang paling bawah kerana menolak untuk menerima peraturan baru keterbukaan kewangan seperti bertukar-tukar maklumat mengenai cukai. Namun OECD mengeluarkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Labuan dalam senarai hitam syurga cukai yang tidak bekerjasama atau komitmennya untuk bekerjasama dalam memerangi penyalahgunaan pematuhan dalam piawai percukaian cuma beberapa hari kemudian.[26]
Demografi
Komposisi etnik di Labuan pada 2020 ialah Melayu Brunei dan Kedayan (61,549 atau 72.81%), Kadazan-Dusun, Rungus, Murut dan Lun Bawang/Lundayeh (2,084 atau 1.82%), Cina (17,620 atau 18.75%), India (209 atau 0.86%) serta lain-lain bangsa (7,179 atau 6.14%).
Budaya
Majoriti penduduk Labuan adalah berketurunan Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek Labuan. Dialek Labuan mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu standard. Berikut adalah antara perkataan yang sering digunakan dalam perbualan seharian:
- Awu=ya
- ani=ini
- atu=itu
- kita=awak (digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua atau dihormati)
- batah=lama
- tah=lah
- mun=kalau
- basar=besar
- damit=kecil
- aing=air
- karang=nanti
- bisai=cantik
- ia=dia
- mulih=pulang
- mengatil=mengacau
- antah=entah
- nda=tidak
- majal=paksa
- karit=kedekut
Antara makanan tradisi masyarakat Labuan pula ialah ambuyat, Kelupis dan makanan karing.
Darjah Kebesaran
Mulai tahun 2008, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (Wilayah Persekutuan) sempena Hari Wilayah Persekutuan. Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah ini mempunyai 7 pangkat iaitu:
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama
- Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk
- Johan Mahkota Wilayah (JMW)
- Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)
- Ahli Mahkota Wilayah (AMW)
- Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW)
Akan tetapi, disebabkan oleh sebuah syarat perjanjian sulit tambahan yang dimeterai pada tahun 1984 semasa pulau itu diserah kepada Kerajaan Persekutuan, warga-warga Labuan (tidak mengira anak jati yang asli dilahirkan serta dibesarkan di sana ataupun anak keturunan Sabah yang dilahirkan serta/atau dibesarkan di pulau itu, sebelum, semasa atau selepas ia menjadi sebuah Wilayah Persekutuan) juga boleh melayakkan diri untuk dianugerahi darjah-darjah kebesaran negeri Sabah, iaitu Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu. Darjah ini mempunyai 4 pangkat iaitu:
- Seri Panglima Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk
- Ahli Setia Darjah Kinabalu
- Ahli Darjah Kinabalu
Lihat juga
Nota kaki
- ^ a b c d e f g Stephen R. Evans; Abdul Rahman Zainal; Rod Wong Khet Ngee (1996). The History of Labuan Island (Victoria Island) (PDF). Calendar Print Pte Ltd. ISBN 981-00-7764-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Julai 2013.
- ^ a b R. W. McColl (1 Januari 2005). Encyclopedia of World Geography. Infobase Publishing. m/s. 123–. ISBN 978-0-8160-7229-3.
- ^ a b Rozan Yunos (7 September 2008). "Loss of Labuan, a former Brunei island". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2014. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ a b "Opening of the New Colony of Labuan". Sydney Daily Advertiser. National Library of Australia. 23 September 1848. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ a b Philip Mathews (28 Februari 2014). Chronicle of Malaysia: Fifty Years of Headline News, 1963–2013. Editions Didier Millet. m/s. 15–. ISBN 978-967-10617-4-9.
- ^ a b Alexander Wood Renton; Maxwell Anderson Robertson; Frederick Pollock; William Bowstead (1908). Encyclopædia of the laws of England with forms and precedents by the most eminent legal authorities. Sweet & Maxwell.
- ^ a b United States. Hydrographic Office (1917). Asiatic Pilot: The coasts of Sumatra and the adjacent straits and islands. Hydrographic office under the authority of the secretary of the navy.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaKratoska2001
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamalabuan
- ^ B.A. Hussainmiya, Brunei Revival of 1906 A Popular History, Brunei Press Sdn Bhd, Brunei, 2006, p.xi
- ^ Rodney Mundy; James Brooke (1848). Narrative of events in Borneo and Celebes, down to the occupation of Labuan: from the journals of James Brooke, Rajah of Sarãwak, and governor of Labuan, together with a narrative of the operations of H.M.S. Iris. Murray. m/s. 367–.
- ^ Graham Saunders (5 November 2013). A History of Brunei. Routledge. m/s. 78 & 123. ISBN 978-1-136-87394-2.
- ^ B.A. Hussainmiya (2006). Brunei Revival of 1906 (A Popular History) – The Surrender of Labuan and The First Brunei-British Treaty (PDF). Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam; Brunei Press Sdn Bhd. m/s. 12/34. ISBN 99917-32-15-2. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 September 2014. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ W. H. Treacher, C.M.G. M.A. Oxon (1891). "British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North Borneo" (PDF). University of California Libraries. Trinity Theological College. m/s. 12 / Chapter VI. Pages 84–92. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Oktober 2013. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Henry Keppel (2009). The Expedition to Borneo of H. M. S. Dido: 1843 – 1846. BoD – Books on Demand. m/s. 304–. ISBN 978-3-941842-95-3.
- ^ "The Straits Times, 14 October 1848, Page 3 (Labuan)". National Library Board. 14 Oktober 1848. m/s. 3. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ "The Straits Times, 21 October 1848, Page 3 (Labuan)". National Library Board. 21 Oktober 1848. m/s. 3. Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Rodney Mundy; James Brooke (1848). Narrative of events in Borneo and Celebes, down to the occupation of Labuan: from the journals of James Brooke, Rajah of Sarãwak, and governor of Labuan, together with a narrative of the operations of H.M.S. Iris. Murray. m/s. 367–.
- ^ Phillip Cottrell (25 Mei 2012). Investment Banking in England 1856–1881(Rle Banking and Finance). Routledge. m/s. 211–. ISBN 978-0-415-53020-0.
- ^ Eastern Archipelago Company (1853). The Queen on the Prosecution of Sir James Brooke, K.C.B. Against the Eastern Archipelago Company; Containing the Judgments of the Queen's Bench and the Exchequer Chamber, Together with Two Articles from the "Times" Newspaper, Etc. W. Clowes & Sons. m/s. 9–.
- ^ Eastern Archipelago Company (1853). Annual Report of the Directors of the Eastern Archipelago Company. Eastern Archipelago Company. m/s. 149–.
- ^ James Stuart Olson; Robert Shadle (1996). Historical Dictionary of the British Empire. Greenwood Publishing Group. m/s. 645–. ISBN 978-0-313-29367-2.
- ^ Frans Welman (9 Mac 2017). Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 162–. ISBN 978-616-245-078-5.
- ^ Marie-Sybille de Vienne (2015). Brunei: From the Age of Commerce to the 21st Century. NUS Press. m/s. 90. ISBN 9789971698188.
- ^ "Staying connected". The Star. 16 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2014. Dicapai pada 30 April 2014.
- ^ OECD terima komitmen Malaysia patuhi standard[pautan mati kekal], Berita Harian, 8 April 2009, dicapai pada 8 April 2009
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Labuan |
Kerajaan
- Labuan Corporation
- State Development Office Diarkibkan 2015-09-25 di Wayback Machine
- Labuan Tourism
- Labuan Maps
- Labuan FM - Suara Pesisir Anda Diarkibkan 2007-04-28 di Wayback Machine
Pelancongan
- Labuan - Informasi pelancongan
- http://www.youtube.com/@WildlifeandNatureNorthBorneo - Informasi dan Pengetahuan usaha memperkenalkan Labuan kepada industri pelancongan AviTourism atau EcoTourism serta usaha Konservasi hidupanliar tempatan.
Komuniti
- Labuan Online Community Diarkibkan 2016-05-04 di Wayback Machine
- https://labuaninvisualretrospective.wordpress.com/ - Komuniti Sejarah Tempatan khususnya di Pulau Labuan
- https://labuanislandbirds.wordpress.com/ - Komuniti aktiviti pengamatan burung dan konservasi tempatan
Hiburan
- Labuan Entertainment Center Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine
Perbankan
- Association of Banks Labuan Diarkibkan 2007-05-05 di Wayback Machine
Unit Amanah
- ECTrust Diarkibkan 2008-11-21 di Wayback Machine
- ITMC Fiduciary