เพลงชาติไทย | |
National anthem Thailand | |
Lirik | Luang Saranupraphan, 1939 |
---|---|
Muzik | Phra Chenduriyang, 1932 |
Diguna pakai | 1932 |
Dipilih semula | 1939 (dengan lirik terkini) |
Sampel audio | |
"Thai National Anthem" (instrumental & vocal) |
Phleng Chat (Bahasa Thai: เพลงชาติ ) adalah lagu kebangsaan Thailand dan diperkenalkan pada 10 Disember 1939. Lagu digubah oleh Peter Feit (nama Thai: Phra Chen-Duriyang), 1883-1968, anak kepada pendatang dari Jerman dan juga penasihat diraja untuk muzik. Lirik ditulis oleh Luang Saranupraphan.[1][2][3]
Lagu ini digubah beberapa hari setelah berlakunya satu perebutan kuasa pada 1932 (yang membawa kepada perlaksanaan kerajaan raja berperlembagaan) dan pertama kali disiarkan pada Julai 1932. Lirik pada asalnya digubah oleh Khun Wichitmatra. Apabila negara Siam menukar namanya kepada Thailand pada 1939, sebuah pertandingan telah dilancarkan untuk mencari lirik yang baru. Lirik yang dikarang Luang Saranuprapan menjadi pemenang. Perdana Menteri, Phibunsongkhram, telah memerintahkan lagu kebangsaan ini dimainkan setiap hari tepat pada pukul 8 pagi dan 6 petang, dengan semua orang berdiri untuk memberi penghormatan kepada negara. Undang-undang ini masih berkuatkuasa hingga kini.
Lirik
Dalam bahasa Thai |
Perumian |
Terjemahan |
ประเทศไทยรวมเลือดเนื้อชาติเชื้อไทย |
Prathēt thai rūam lư̄at nư̄a chāt chư̄a thai |
Negara Thai menyatukan daging dan darah Thai. |
Rujukan
- ^ ความเป็นมาของเพลงชาติไทยปัจจุบัน Diarkibkan 2008-04-09 di Wayback Machine by Somsak Jiamthirasakul (TU Journal, Vol. 27, No. 1, December 2004) (Thai)
- ^ History of Thai National anthem from Banfun.com (Thai)
- ^ History of Thai National anthem from Rakbankerd.com[pautan mati kekal] (Thai)
- ^ Berdasarkan sistem perumian khas diolah dari kaedah ALA-LC (berdasarkan RTGS 1939); hanya ada beza tiadanya "č" dan ‘.
Pautan luar
Wikisumber bahasa Inggeris mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikisumber bahasa Thai mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- Recordings of the National and Royal Anthem of Thailand and others honor musics from Thai Government Public Relations Department
- Thailand: Phleng Chat Thai - Audio of the national anthem of Thailand, with information and lyrics
- เพลงชาติไทย (Thai National Anthem)
- Thailand National Anthem (MCOT 2009 - 2011) di YouTube (Thai)
- English lyrics to the Thai National Anthem
- A website dedicated to information on Thai National Anthem (Thai Language)