Pertempuran Kharkov Kedua | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
![]() Operasi di timur Ukraine dari 12 Mei hingga 15 Jun 1942 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() |
![]() ![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
350,000 askar 447 kereta kebal[1] 40 meriam serbuan[2] 27 pemusnah kereta kebal[1] 591 pesawat[3] |
12 Mei: 765,300 askar[4] 1,176 kereta kebal 300 artileri gerak sendiri[5] 1,154 meriam dan howitzer[6] 1,700 mortar[6] 926 pesawat[7] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
±20,000–30,000 orang[8][9][10][3] 108 kereta kebal musnah[3] 49 pesawat musnah[11] 12 juruterbang terbunuh[11] 98 juruterbang hilang[11] |
277,190 askar 1,250 kereta kebal musnah[9]1,648–2,086 meriam dan howitzer hilang[3] 3,278 mortar hilang[3] 542 pesawat musnah[12] 57,000 kuda[3] |
Pertempuran Kharkov Kedua atau Operasi Fredericus ialah satu penyerangan balas oleh kuasa Paksi di kawasan sekitar Kharkov terhadap Tentera Merah yang menjalankan serangan dari pangkalan terdepan Izium antara 12 hingga 28 Mei 1942, di Perbatasan Timur semasa Perang Dunia Kedua. Objektifnya adalah untuk menghapuskan pangkalan terdepan Izium di Seversky Donets, juga dikenali sebagai "kawasan sesusuh Barvenkovo" (Rusia: Барвенковский выступ, rumi: Barvenkovsky vystup), iaitu salah satu kawasan pelancaran serangan Soviet. Selepas penyerangan balas musim sejuk yang mengundurkan tentera Jerman dari Moscow tetapi melemahkan simpanan Soviet, serangan di Kharkov ini adalah usaha baharu Soviet untuk memperluas inisiatif strategik mereka, walaupun gagal mencapai kejutan taktikal yang ketara.
Pada 12 Mei 1942, tentera Soviet di bawah pimpinan Marsyal Semyon Timoshenko melancarkan penyerangan terhadap Tentera Darat Ke-6 Jerman dari kawasan sesusuh yang terbentuk semasa penyerangan balas musim sejuk. Walaupun permulaannya agak baik, penyerangan itu dihentikan pada 15 Mei oleh serangan udara besar-besaran. Kesilapan kritikal oleh beberapa pegawai staf Soviet serta Joseph Stalin, yang gagal menilai keupayaan sebenar Tentera Darat Ke-6 dan terlebih anggar kekuatan sendiri, membolehkan Jerman melancarkan serangan kacip pada 17 Mei yang memisahkan tiga tentera darat medan Soviet dari barisan hadapan menjelang 22 Mei.
Terkepung dalam kawasan yang sempit, pasukan Soviet yang berjumlah kira-kira 250,000 orang dihentam dari semua arah oleh kuasa tembakan kereta kebal, artileri, mesingan serta bom udara seberat 7,700 tan. Selepas enam hari terkepung, tentangan Soviet tamat, dengan saki baki tentera sama ada terbunuh atau menyerah diri.
Pertempuran ini merupakan kemenangan besar bagi Jerman, dengan 280,000 korban Soviet berbanding hanya 20,000 bagi pihak Jerman dan sekutu mereka. Kumpulan Tentera Darat Selatan Jerman meneruskan kelebihan ini dengan mengepung Tentera Darat Ke-28 Soviet pada 13 Jun dalam Operasi Wilhelm dan menolak Tentera Darat Ke-38 serta Tentera Darat Ke-9 pada 22 Jun dalam Operasi Fredericus II sebagai operasi awal sebelum Case Blue, penyerangan utama Jerman di Perbatasan Timur tahun 1942 yang bermula pada 28 Jun.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Forczyk 2013, m/s. 24.
- ^ Forczyk 2013, m/s. 19.
- ^ a b c d e f Forczyk 2013, m/s. 90.
- ^ a b Glantz & House 1995, m/s. 295.
- ^ Москаленко Кирилл Семёнович На Юго-Западном направлении. Воспоминания командарма. Книга I. – М.: Наука, 1969 – Под Харьковом в мае 1942 года Diarkibkan 2009-12-23 di Wayback Machine
- ^ a b Forczyk 2013, m/s. 22.
- ^ Bergström 2007, m/s. 36.
- ^ Moskalenko 1969, m/s. 218.
- ^ a b c Glantz 1998, m/s. 218.
- ^ Beevor 1998, m/s. 67.
- ^ a b c Hayward 1997, m/s. 27.
- ^ Hayward 1997, m/s. 22.
Sumber
- Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemahkan oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. ISBN 978-1-4738-3386-9.
- Bergström, Christer (2007). Stalingrad – The Air Battle: 1942 through January 1943. Hinkley: Midland Publishing. ISBN 978-1-85780-276-4.
- Beevor, Antony (1998). Stalingrad: The Fateful Siege. New York: Viking. ISBN 0-670-87095-1.
- Erickson, John (1998). Barbarossa: The Axis and the Allies. Edinburgh University Press. ISBN 978-0-7486-0504-0.
- Forczyk, Robert (2013). Kharkov 1942: The Wehrmacht Strikes Back. Campaign. 254. Osprey. ISBN 978-1-78096-157-6.
- Glantz, David M. (1998). Kharkov 1942: Anatomy of a Military Disaster. New York: Sarpedon. ISBN 1-885119-54-2.
- Glantz, David M. (2002). The Battle for Leningrad, 1941–1944. Lawrence: University Press of Kansas. ISBN 978-0700612086.
- Glantz, David M.; House, Jonathan (1995). When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler. Lawrence: University Press of Kansas. ISBN 0-7006-0899-0.
- Hayward, Joel (1998). Stopped at Stalingrad: The Luftwaffe and Hitler's Defeat in the East, 1942–1943. Lawrence: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1146-1.
- Hayward, Joel S.A. (Summer 1997). "The German use of air power at Kharkov, May 1942". Air Power History. 2 (44).
- Moskalenko, K.S. (1969). На Юго-Западном направлении. Воспоминания командарма [On South-Western Direction] (dalam bahasa Rusia). Moscow: Science. OCLC 907047498.
- Trigg, Jonathan (2016). The Defeat of the Luftwaffe: The Eastern Front 1941-45; A Strategy for Disaster. Amberley, Stroud England. ISBN 978-1-4456-5186-6.
- Vasilevsky, A.M. (1978). Дело всей жизни [The Matter of My Whole Life] (dalam bahasa Rusia). Moscow: Politizdat. OCLC 6275232.
- Zhukov, G.K. (2002). Воспоминания и размышления [Memoirs and Reflections] (dalam bahasa Rusia). Moscow: Olma-Press. ISBN 5-224-03195-8.
49°59′33″N 36°13′52″E / 49.99250°N 36.23111°ELaman Modul:Sister project links/bar/styles.css tiada kandungan.
- Laman dengan ralat TemplateStyles
- CS1 menggunakan tulisan bahasa Rusia (ru)
- Pages using Sister project links with hidden wikidata
- Sejarah Hungary
- Konflik 1942
- Sejarah Ukraine
- Perang Dunia Kedua
- Tentera Jerman
- Tentera Itali
- Sejarah Romania
- Sejarah Rusia
- Perang Jerman-Soviet
- Pertempuran
- Pengepungan
- Pertempuran berperisai