Pertempuran Lyuban | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
![]() Pertempuran Volkhov, 10 Januari – 28 Jun 1942 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Kekuatan | |||||||
Sekitar 200,000 orang |
7 Januari: Barisan Volkhov: 327,700 askar[1][2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
56,768 askar[3]
|
|
Pertempuran Lyuban, juga dikenali sebagai Operasi Penyerangan Lyuban atau Pertempuran Volkhov (7 Januari 1942 – 30 April 1942) (Bahasa Rusia: Любанская наступательная операция; Bahasa Jerman: Schlacht am Wolchow) ialah satu operasi penyerangan oleh Kesatuan Soviet semasa Perang Dunia Kedua. Ia dijalankan oleh Barisan Volkhov dan Barisan Leningrad dari Tentera Merah dengan tujuan untuk membebaskan Pengepungan Leningrad serta mengepung dan memusnahkan tentera Jerman yang menjalankan kepungan tersebut.[4]
Serangan ini tidak melibatkan penggunaan kereta kebal kerana keadaan muka bumi, dan bergantung sepenuhnya kepada infantri dan artileri. Pasukan Soviet yang menyerang berdepan dengan tembakan sengit dari kedudukan pertahanan Jerman, dan Tentera Merah kekurangan sokongan artileri yang mencukupi untuk memecahkan garisan Jerman. Serangan tersebut terhenti dan Soviet beralih ke pertahanan. Fil Marsyal Georg von Küchler melancarkan serangan balas dalam operasi yang dinamakan “Binatang Buas” (Operation Raubtier), menyebabkan Tentera Darat Ke-2 Gempur Soviet terputus dan dikepung. Ketumbukan itu dimusnahkan pada Jun 1942 dan panglimanya, Andrey Vlasov, ditawan. Vlasov kemudiannya menjadi tokoh utama dalam organisasi kolaborasi Jawatan Kuasa Pembebasan Rakyat Rusia dan Tentera Pembebasan Rusia.[5]
Petikan
- ^ a b Glantz 2000, m/s. 184.
- ^ a b Krivosheev 1997, m/s. 108.
- ^ "1942". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2013. Dicapai pada 26 Disember 2017.
- ^ Glantz 2000, m/s. 130.
- ^ Glantz 2000, m/s. 129.
Bibliografi
- Forczyk, Robert (2009). Leningrad 1941–44: the epic siege. Oxford: Osprey. ISBN 978-1-84603-441-1.
- Glantz, David M. (2000). "Forgotten Battles of the German-Soviet War (1941-45), Part 5: The Winter Campaign (5 December 1941-April 1942): The Leningrad Counteroffensive". Journal of Slavic Military Studies. 13 (4): 127–192. doi:10.1080/13518040008430463. S2CID 219624530.
- Krivosheev, Grigoriy (1997). Soviet Casualties and Combat Losses in the Twentieth Century. London: Greenhill Books. ISBN 1-85367-280-7.